Tips dan Cara Untuk Jimat Pampers Anak

Salam ceria uolss terutamanya yang bakal atau sudah menjadi ibubapa..

Entri kali ini saya ingin memberi tips yang mungkin berguna kepada uolss iaitu 'Tips & Cara Untuk Jimat Pampers Anak'. Cara ini saya dah guna pakai pada kedua-dua anak perempuan saya. So, saya macam dah buat sedikit eksperimen & sudah try & adjust mengikut kesesuaian anak saya. Antara tips nya ialah:


  1. Pakai lampin yang boleh dibasuh semula (cloth diaper) - saya pakai cloth diaper (CD) ini waktu siang sahaja sebab kita boleh monitor cloth diaper ini. Maksudnya, saya akan tukar cloth diaper ini setiap 3-4 jam. Memang jimat lampin pakai buang terutamanya kalau anak kita tu berak. Anak-anak saya ini jenis yang bila kita dah tukar pampers baru, waktu tu lah dia nak berak dan lagi satu, lepas makan je mesti berak.  Kan dah membazir tu. So, penggunaan cloth diaper ini memang amat menjimatkan. Saya guna jenama Lunatots. Memang mula-mula beli harganya agak mahal lebih kurang RM50-60 setiap satu. Tapi dalam jangka masa panjang, ianya amatlah menjimatkan. Yang bakal menjadi ibubapa ini saya nasihatkan beli sikit-sikit dulu. Kalau beli sekaligus memang la mahal kan. Hihihi.
  2. Diapers liner - diapers liner ini pelapik yang kita letak di bahagian dalam atas pampers atau cloth diaper. Liner ini melindungi pampers/CD kita daripada terkena kotoran najis anak kita. Maksudnya di sini, bila anak kita berak, najis itu akan melekat dekat liner tersebut. So, kita hanya perlu buang liner itu sahaja & bukan pampers tersebut. Pampers/CD tetap akan basah kalau anak kita kencing. Kalau anak kita tak berak, liner ini boleh dibasuh, kering & guna semula sebanyak 2-3 kali. Jimat lagi... 
Lunatots Diapers Liner

Fiyya & lampin Lunatots


Koleksi Lunatots Cloth Diaper Saya

Itu lah antara tips saya untuk jimat duit daripada beli pampers banyak-banyak ni. Setakat ini saya ada 11 helai CD Lunatots seperti gambar di atas. Yang bestnya adik & kakak kongsi CD Lunatots ni. Jimat lagi. Hihi. Jikalau anda ada sebarang tips yang lain boleh lah kongsikan juga ya!

Pengedar Shaklee di Kampung Jawa, Jalan Kebun, Johan Setia,Taman Sri Andalas, Bukit Tinggi & Bandar Botanik Untuk COD

Salam 1Malaysia uolss.. 

Terima kasih kerana anda mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang produk Shaklee. Saya Dayang Ruqayyah Abang Jamari pengedar produk Shaklee yang berdaftar dengan nombor pendaftaran 894891. Kawasan jajahan saya adalah Kampung Jawa, Jalan Kebun, Johan Setia, Taman Sri Andalas, Taman Sentosa, Bandar Botanik, Bukit Tinggi dan Klang Jaya. Saya menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery (COD) di kawasan jajahan saya tersebut & juga melakukan pengeposan ke seluruh Malaysia. Anda boleh sms/call/whatsapp/telegram saya di nombor 017-5478807

KENAPA ANDA PERLU BELI DARIPADA SAYA?

Seperti yang kita tahu, dah ramai orang jual Shaklee ini. Tapi kenapa dengan saya jugak uolss kena beli? Sebab.... 
  1. Saya akan bagi cara makan eksklusif hanya kepada customer saya sahaja. So, uolss tak perlu pening kepala fikir macam mana nak makan produk Shaklee ni & susah-susah cari dalam internet lagi dah.
  2. Saya akan follow-up customer saya & uolss boleh tanya apa sahaja soalan mengenai Shaklee ini. Insyaallah saya akan jawab sebaik mungkin.
  3. Saya akan bagi tips mengenai produk Shaklee ini seperti apa yang boleh & tak boleh buat bila makan produk Shaklee ini. 
  4. Saya akan cuba ajar sebaik mungkin uolss yang serius berminat untuk berbisness Shaklee ini

Saya & Dr. Azizan ^-^

SAYA & SHAKLEE

Saya kenal Shaklee ini melalui kawan & kakak ipar saya pada tahun 2012. Mereka ini lah yang menyuruh saya mencuba Set Menyusu Shaklee memandangkan saya ada masalah kurang susu badan. Alhamdulillah, selepas 2 minggu mencuba, memang nampak perubahan ketara. Uolss boleh baca PENGALAMAN BREASTFEEDING SAYA DI SINI. Terus saya decide untuk jadi ahli Shaklee terus disebabkan keberkesanannya & juga untuk beli produk Shaklee dengan harga ahli. Memang tak rugi langsung. Lagi jimat adalah. :)


So, apa tunggu lagi? Jom cuba produk Shaklee! 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
♥ COD : Klang area only

Cara Turunkan Kolestrol dengan Cepat Ke Paras Normal

Salam 1Malaysia uolss.

Bulan Julai lepas ada "Safety Week" di tempat saya bekerja. Jadi memang banyak lah booth dekat situ dan salah satunya adalah booth dari Hospital Pantai. Mereka buat pemeriksaan kesihatan untuk staff-staff dekat situ. Antara yang diperiksa adalah paras kolesterol di dalam badan. Saya & suami pun saja-saja lah buat ingatkan okey je lah kolesterol kitaorang. Lepas ambil darah semua, paras kolesterol saya adalah 5.6mmol/l manakala suami saya 6.7mmol/l. Doktor cakap paras kolesterol kami berdua ini tinggi dan perlu turun kan ke paras normal. Ouccchhh! Nampak sangat tak jaga makan. Hihi.





3 jenis bacaan kolesterol

Mengikut kata doktor tersebut, ada 3 jenis bacaan kolesterol. Antaranya ialah:
  1. Keputusan di bawah 5.2 mmol/l, bermakna kadar kolesterol anda di tahap SELAMAT
  2. Keputusan antara 5.2 hingga 7.5mmol/l, bermakna paras kolesterol anda TINGGI dan perlu menurunkan kolesterol anda ke paras normal
  3. Melebihi 7.5 mmol/l, Kadar kolesterol ini SANGAT TINGGI
Hewhewhew.. Lagi sikit je nak capai kadar kolesterol sangat tinggi tu. Untuk pengetahuan uolss juga, bukan orang gemuk je mempunyai kolesterol tinggi, orang kurus pun ada tau. Contohnya bapa mertua saya. Kurus je orangnya tapi kolesterol tinggi dan sekarang ambil ubat lovastatin untuk turunkan kolesterol.

Jenis-jenis Kolesterol

Kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu LDL (low density lipoprotein) & HDL (high density lipoprotein). LDL juga dikenali sebagai 'kolesterol jahat' manakala HDL dikenali sebagai 'kolesterol baik'. Orang yang mempunyai LDL yang tinggi akan menyebabkan arteri mereka tersumbat. Ini boleh menyebabkan sakit dada, serangan jantung & juga stroke . Penyakit-penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom dan boleh saja menyerang kita tanpa mengira masa. Takut kan?


Punca Kolesterol Tinggi

  1. Makan makanan yang berminyak & berlemak
  2. Merokok
  3. Tidak aktif & kurang bersukan
  4. Menghidap diabetes atau darah tinggi
  5. Obesiti

Cara Turunkan Kolestrol dengan Cepat Ke Paras Normal

  1. Makan makanan yang berkhasiat & rendah kolesterol --> oats, kekacang,makanan berasaskan soya,salmon
  2. Bersenam & beriadah --> buat senaman litar yang ringkas pun sudah cukup seperti plank, lunges, squat, tricep dips, chest press, arm press
  3. Makan minyak ikan (Omega Guard Shaklee)
  4. Makan sterols/stanols daripada tumbuhan (Phytocol ST Shaklee)

Omega Guard & Phytocol ST Shaklee Membantu Menurunkan Kolesterol




Fungsi utama Phytocol ST Shaklee adalah untuk menghalang kolesterol daripada diserap masuk ke dalam  sistem penghadaman kita. Phytosterols yang terdapat di dalam Phytocol akan bersaing dengan kolesterol. Jadi penyerapan kolesterol akan terbantut lalu mengurangkan jumlah kolesterol di dalam badan. Uolss boleh baca dengan lebih lanjut mengenai Phytocol ST Shaklee di sini

Omega Guard Shaklee pula mengandungi omega-3 (DHA & EPA) yang boleh merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Macam mana pula omega-3 ini bantu kurang kan kolesterol? Haa... Caranya ialah omega-3 memberi respon kepada hormon Leptin. Leptin ini maksudnya KURUS dalam bahasa Greek. Hormon Leptin inilah yang memberi signal kepada otak kita supaya nafsu makan kita berkurang & juga meningkatkan kadar metabolisma di dalam badan kita. Leptin juga menyebabkan badan kita membakar lemak untuk menghasilkan tenaga. Uolss boleh baca tentang Omega Guard Shaklee di sini

Dekat bawah ini merupakan testimoni mereka yang telah berjaya menurunkan kolesterol jahat mereka dengan mengamalkan Omega Guard & Lecithin. 

Testimoni Omega Guard & Phytocol ST Shaklee












Kolesterol yang tinggi boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan. Kesihatan tubuh badan kita merupakan suatu benda yang lebih berharga daripada wang ringgit. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. :)


Jika anda inginkan sebarang konsultasi atau pun nasihat, jangan segan untuk hubungi saya seperti di bawah. Anda juga boleh klik "Order Now" untuk pembelian.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
♥ COD : Klang area only

Tips Atasi Asma Supaya Ibubapa Jimat Cuti

Salam ceria uolss.. 

Saya masih teringat dulu ada seorang kawan ofis saya yang terpaksa ambil banyak kali Emergency leave (EL) kerana anak dia kerap kali tidak sihat kerana asma. Asyik ulang alik ke hospital saja untuk ambil nebulizer. Kesian tengok pun ada tapi bila terlalu kerap, bukan sahaja cuti tahunan dia berkurang bahkan juga tidak disenangi oleh bos dan rakan sekerja. Yelah kan asyik cuti aje sampai kerja pun tak siap-siap. 




Ini memang delima ibubapa yang mempunyai anak yang menghidap asma, lelah, semput dan seumpamanya. Nak suruh ahli keluarga tolong jaga kan pun kadang-kadang rasa bersalah sebab macam menyusahkan diaorang. Jadi, terpaksa lah ambil EL demi anak kan. Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.



Penyakit asma ni memang tidak boleh di ambil ringan. Jika rawatan tidak diberikan, ianya boleh membawa maut. Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang disebabkan keradangan di saluran udara paru-paru. Apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan, dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi semput. Kesannya akan membuatkan pesakit asma mengalami gejala seperti batuk, berdesit (nafas berbunyi seperti wisel), susah bernafas dan dada rasa ketat (seperti ditekan).

Faktor-faktor Asma

  1. Genetik
  2. Persekitaran (asap rokok,ekzos kereta, jerebu, cuaca terlalu panas/sejuk)
  3. Tekanan perasaan
  4. Terlalu gembira
Jadi kita sebagai ibubapa perlulah tahu cara untuk mengawal asma anak-anak kita supaya serangan asma yang lebih serius dapat dielakkan. 


Cara-cara Untuk Mengawal Asma

1. Inhaler --> ada 2 jenis iaitu ubat pencegahan (glukokortikosteroid) & ubat pelega (bronkodilator). Inhaler ini perlu di bawa sentiasa tidak kira sama ada tahap asma itu sederhana atau teruk.

2. Elakkan daripada makan makanan yang boleh mencetuskan asma seperti aiskrim,ais batu,segala jenis makanan segera & makanan yang mengandungi banyak garam (kerepek,keropok)

3. Berhenti merokok --> kepada para bapa yang merokok, silalah berhenti merokok. Pada sesetengah kanak-kanak, bau asap rokok yang melekat pada baju juga sudah boleh menyebabkan mereka sukar bernafas. 

4. Omega Guard Shaklee --> Omega guard merupakan minyak ikan yang terbaik. Pengambilan supplemen minyak ikan dapat membantu mengurangkan pengecutan ruang pernafasan & mengurangkan keradangan paru-paru. Uolss boleh baca lebih lanjut tentang Omega Guard Shaklee di sini .



Jika masih ragu-ragu untuk mencuba, apa kata kita lihat sendiri testimoni ibubapa yang telah mencuba Omega Guard Shaklee ini.


Testimoni Omega Guard Elakkan Asma








Ramai ibubapa yang telah mencuba Omega Guard Shaklee ini dan Alhamdulillah banyak perubahan positif kita boleh tengok. Dah tak payah ambil nebulizer & juga tidak perlu lagi ulang-alik ke hospital. Kan dah jimat duit. Cuti tahunan pun jimat. 

Setiap bulan kita mampu sahaja beli handbag baru, tudung bokitta baru dan kasut baru. Suami pula sibuk beli gajet baru dan sekarang ni dah nak beli iphone 6 pula. Tapi bila hal kesihatan anak ramai yang ambil mudah. Anak ini harta kita. Kita juga yang nak tengok anak kita aktif bermain dengan kawan-kawan. Jadi jika anak kita ada asma, segeralah ikhtiar untuk mengubatinya. Berikanlah anak kita Omega Guard Shaklee ini.

Jika anda inginkan sebarang konsultasi atau pun nasihat, jangan segan untuk hubungi saya seperti di bawah. Anda juga boleh klik "Order Now" untuk pembelian.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
♥ COD : Klang area only

ESP Shaklee Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Hamil

Makanan Tambahan Ketika Hamil

Tempoh mengandung merupakan tempoh yang sangat membahagiakan untuk setiap wanita kerana waktu itu la kita boleh makan apa sahaja yang kita suka tanpa rasa bersalah. Betul tak? Hihi. Walaubagaimanapun, kita perlu memastikan makanan yang kita makan itu mempunyai khasiat yang tinggi supaya tumbesaran bayi di dalam kandungan tidak terjejas. Antara nutrien yang diperlukan ialah asid folik,zat besi,kalsium & banyak lagi. 

Makanan yang paling banyak kandungan nutrien adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara paling sihat untuk meningkatkan jumlah kalori harian.  




Selain sayur & buah, supplemen juga merupakan salah satu jalan alternatif bagi kita untuk mendapat nutrien yang secukupnya. Contohnya, multivitamin & asid folik yang selalu kita dapat daripda klinik kesihatan. Uols juga boleh pergi ke link ini ya --> SET IBU HAMIL/MENGANDUNG SHAKLEE

ESP SHAKLEE MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK IBU HAMIL


ESP SHAKLEE


Ketika mengandungkan anak ke-2 saya, ESP Shaklee merupakan 'kawan baik' saya sepanjang masa. Kenapa?? Sebab.. bila minum ESP Shaklee ini bersama dengan fresh milk memang sedap gila & saya sentiasa bertenaga walaupun bekerja. MC memang tak ada langsung sampai ramai tak percaya saya mengandung sebab aktif saje bekerja. Penangan ESP Shaklee. Hihi.

Indeks glisemik ESP yang rendah iaitu 39 memang sangat sesuai untuk ibu hamil yang menghidap kencing manis. ESP Shaklee memastikan paras gula dalam darah kita rendah. ESP Shaklee juga selamat untuk dimakan kerana ia dihasilkan daripada soya yang non-GMO (genetically modified organism). GMO adalah organisma yang telah diubah genetik asalnya. Lazimnya, GMO bertujuan untuk memperbaiki sesuatu characteristic supaya ianya menjadi lebih elok daripada genetik asalnya. Tetapi banyak pendapat mengatakan GMO ini berbahaya kepada kesihatan manusia. So, jangan risau pasal ESP Shaklee ini sebab ianya SELAMAT... Anak saya pulak bila lahir je memang gebu aje kulit dia walaupun dah terlewat 8 hari lahir :).. Jom tengok testimoni ibu-ibu yang sudah mencuba ESP Shaklee ini.


TESTIMONI ESP SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL










So bakal-bakal mommies sekalian, saya sangat mengesyorkan ESP Shaklee untuk kita kekal bertenaga sepanjang kehamilan. Nak lagi best boleh cuba Set Mengandung Shaklee terus. Lagi lengkap dengan semua nutrient yang ibu hamil perlukan. Berminat nak cuba ESP Shaklee? Klik "Order Now" atau hubungi saya di 017-5478807.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg



♥ COD : Klang area only

10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE

Salam 1Malaysia pembaca blog Mommafiyya :) Bersempena dengan promosi ESP pada bulan Oktober ini, saya ingin berkongsi 10 soalan popular atau frequently asked question (FAQ) mengenai ESP Shaklee ini.

1. ESP Shaklee ini untuk orang yang menyusukan anak je ke?

Hadoi.... Ini memang soalan yang selalu gila orang tanya. Jawapannya tidak ye kawan-kawan. Semua orang boleh minum ESP Shaklee ini. Baik lelaki mahupun perempuan. Banyak khasiat ESP Shaklee ini & bukan sahaja sebagai milkbooster untuk ibu yang menyusukan anak. Korang boleh baca Kebaikan ESP Shaklee di link ini ya.

2. ESP Shaklee ini HALAL ke tak?

HALAL ye kawan-kawan. Produk Shaklee Malaysia mendapat sijil halal daripada ISLAMIC SERVICES OF AMERICA (ISA). ISA merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM. So, kita tidak payah ragu-ragu lagi dengan status kehalalan ESP Shaklee ya.

Sijil Halal Shaklee

3. ESP Shaklee bahaya tak?

Nak bahaya kenapanya.. ESP Shaklee ini dihasilkan daripada kacang soya non-GMO. GMO bermaksud 'genetically modified organism'. ESP adalah non-GMO. So, uolss semua janganlah risau pasal bahaya ke tak ESP Shaklee ni.

4. Berapa harga ESP Shaklee ni?

RM150 untuk harga retail. Harga ahli lebih murah. So, saya nasihatkan uolss jadi je la ahli Shaklee ni untuk dapat harga murah. Senang sebab korang tak payah la menyusahkan diri mesej 5-10 distributor Shaklee ni untuk dapat harga ahli. 

5. Dekat mana nak beli ESP Shaklee ni?

Korang boleh beli daripada Shaklee Independent Distributor (SID) di seluruh Malaysia termasuk la saya. Hihi. Kalau ahli boleh beli online atau pergi sahaja HQ atau branch Shaklee. HQ & Branch Shaklee

6. Apa rasa ESP Shaklee ni?

Daripada pengalaman saya, kalau bancuh ESP + air suam memang rasa soya tapi sedikit payau. Paling sedap kalau bancuh dengan susu rendah lemak atau full cream. Memang berlemak gila. 

7. Apa pantang larang bila minum ESP Shaklee?

ESP Shaklee tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ianya akan menghancurkan protein di dalam ESP tersebut. Seeloknya bancuh dengan air suam atau sejuk. ESP juga tidak digalakkan untuk dibancuh dengan kopi atau teh. Kadar pengambilan air pula adalah minimum 2 liter setiap hari ya.

8. ESP Shaklee ini boleh tahan berapa lama?

Boleh tahan sebulan jika konsisten mengambil 3 sudu besar sehari. Kalau tak konsisten, dalam 2 bulan boleh tahan.

9. Siapa yang tidak boleh minum ESP Shaklee?

Mereka yang mempunyai alergik terhadap soya. Ada juga mengatakan orang yang mempunyai thyroid tidak sesuai untuk minum ESP. Tetapi ada juga yang mempunyai thyroid tidak mengalami apa-apa masalh bila minum ESP. So, kena cuba dulu baru kita tahu kita sesuai ke tidak dengan ESP Shaklee.

10. ESP Shaklee ini sesuai tak untuk orang yang ada kencing manis?

Sesuai kerana ESP Shaklee mempunyai nilai glisemik indeks (G.I) yang rendah iaitu 39.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

♥ COD : Klang area only

Vitamin Untuk Atasi Gastrik ketika Puasa

APA ITU GASTRIK?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut. 

SIMPTOM-SIMPTOM GASTRIK

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut, pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan. Jika dibiarkan sahaja, gastrik boleh menyebabkan penyakit lain seperti kanser tau. 

BAGAIMANA GASTRIK TERJADI?


Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencernakan makanan. Asid yang kuat ini boleh menghakis sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi. Orang yang mengadu sakit perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Jangkita oleh sejenis bakteria Helicobacter Pylori juga merupakan antara sebab gastritis. 


BAGAIMANA CARA MENGATASI GASTRIK?

  1. Minum susu - susu yang bersifat alkali dapat meneutralkan asid di dalam perut
  2. Elakkan minuman yang berkafein seperti kopi & teh kerana boleh menyebabkan lower esophageal sphincter (LES) lemah & mudah terbuka
  3. Kurangkan makanan bergoreng atau berlemak kerana ia lambat dicernakan . Makanan yang tersimpan akan menghasilkan lebih banyak asid di dalam perut
  4. Set Gastrik Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vitamin B complex & Ostematrix ataupun Set Mighty 3 Gems yang terdiri daripada ESP,Mealshake & Performance Drink.

set gastrik shaklee


Ostematrix


  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

B Complex

  • bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • bersifat seperti pain killer
  • orang yang ada gastrik ini selalunya akan stress kalau sakit gastrik itu datang. Jadi, vitamin B complex ini membantu mengurangkan stress tersebut

Energizing Soy Protein (ESP)

  • sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan

Peppermint Ginger Plus

  • melegakan otot perut & mempunyai kesan penenang
  • membantu melegakan kesakitan gastrik & pedih ulu hati






Gabungan Mealshake + Performance drink (PD) + ESP Shaklee memang sangat amazing. Set ini memberi kita tenaga yang berpanjangan & memastikan badan kita senantiasa terhidrat selain elok untuk mengurangkan sakit gastrik. Set ini sangat sesuai diambil jika hendak berpuasa. So, orang yang menghidap gastrik boleh la berpuasa penuh pada bulan puasa & tiada alasan untuk tidak berpuasa ye. Heheh. Gurau aje..

TESTIMONI SET GASTRIK SHAKLEE:









Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

Anda berminat nak cuba Set Gastrik Shaklee atau Set Mighty 3 Gems? Klik "Order Now" atau hubungi saya di 017-5478807.






Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg



♥ COD : Klang area only