Showing posts with label omega guard. Show all posts
Showing posts with label omega guard. Show all posts

Cara Turunkan Kolestrol dengan Cepat Ke Paras Normal

Salam 1Malaysia uolss.

Bulan Julai lepas ada "Safety Week" di tempat saya bekerja. Jadi memang banyak lah booth dekat situ dan salah satunya adalah booth dari Hospital Pantai. Mereka buat pemeriksaan kesihatan untuk staff-staff dekat situ. Antara yang diperiksa adalah paras kolesterol di dalam badan. Saya & suami pun saja-saja lah buat ingatkan okey je lah kolesterol kitaorang. Lepas ambil darah semua, paras kolesterol saya adalah 5.6mmol/l manakala suami saya 6.7mmol/l. Doktor cakap paras kolesterol kami berdua ini tinggi dan perlu turun kan ke paras normal. Ouccchhh! Nampak sangat tak jaga makan. Hihi.





3 jenis bacaan kolesterol

Mengikut kata doktor tersebut, ada 3 jenis bacaan kolesterol. Antaranya ialah:
  1. Keputusan di bawah 5.2 mmol/l, bermakna kadar kolesterol anda di tahap SELAMAT
  2. Keputusan antara 5.2 hingga 7.5mmol/l, bermakna paras kolesterol anda TINGGI dan perlu menurunkan kolesterol anda ke paras normal
  3. Melebihi 7.5 mmol/l, Kadar kolesterol ini SANGAT TINGGI
Hewhewhew.. Lagi sikit je nak capai kadar kolesterol sangat tinggi tu. Untuk pengetahuan uolss juga, bukan orang gemuk je mempunyai kolesterol tinggi, orang kurus pun ada tau. Contohnya bapa mertua saya. Kurus je orangnya tapi kolesterol tinggi dan sekarang ambil ubat lovastatin untuk turunkan kolesterol.

Jenis-jenis Kolesterol

Kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu LDL (low density lipoprotein) & HDL (high density lipoprotein). LDL juga dikenali sebagai 'kolesterol jahat' manakala HDL dikenali sebagai 'kolesterol baik'. Orang yang mempunyai LDL yang tinggi akan menyebabkan arteri mereka tersumbat. Ini boleh menyebabkan sakit dada, serangan jantung & juga stroke . Penyakit-penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom dan boleh saja menyerang kita tanpa mengira masa. Takut kan?


Punca Kolesterol Tinggi

  1. Makan makanan yang berminyak & berlemak
  2. Merokok
  3. Tidak aktif & kurang bersukan
  4. Menghidap diabetes atau darah tinggi
  5. Obesiti

Cara Turunkan Kolestrol dengan Cepat Ke Paras Normal

  1. Makan makanan yang berkhasiat & rendah kolesterol --> oats, kekacang,makanan berasaskan soya,salmon
  2. Bersenam & beriadah --> buat senaman litar yang ringkas pun sudah cukup seperti plank, lunges, squat, tricep dips, chest press, arm press
  3. Makan minyak ikan (Omega Guard Shaklee)
  4. Makan sterols/stanols daripada tumbuhan (Phytocol ST Shaklee)

Omega Guard & Phytocol ST Shaklee Membantu Menurunkan Kolesterol




Fungsi utama Phytocol ST Shaklee adalah untuk menghalang kolesterol daripada diserap masuk ke dalam  sistem penghadaman kita. Phytosterols yang terdapat di dalam Phytocol akan bersaing dengan kolesterol. Jadi penyerapan kolesterol akan terbantut lalu mengurangkan jumlah kolesterol di dalam badan. Uolss boleh baca dengan lebih lanjut mengenai Phytocol ST Shaklee di sini

Omega Guard Shaklee pula mengandungi omega-3 (DHA & EPA) yang boleh merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Macam mana pula omega-3 ini bantu kurang kan kolesterol? Haa... Caranya ialah omega-3 memberi respon kepada hormon Leptin. Leptin ini maksudnya KURUS dalam bahasa Greek. Hormon Leptin inilah yang memberi signal kepada otak kita supaya nafsu makan kita berkurang & juga meningkatkan kadar metabolisma di dalam badan kita. Leptin juga menyebabkan badan kita membakar lemak untuk menghasilkan tenaga. Uolss boleh baca tentang Omega Guard Shaklee di sini

Dekat bawah ini merupakan testimoni mereka yang telah berjaya menurunkan kolesterol jahat mereka dengan mengamalkan Omega Guard & Lecithin. 

Testimoni Omega Guard & Phytocol ST Shaklee












Kolesterol yang tinggi boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan. Kesihatan tubuh badan kita merupakan suatu benda yang lebih berharga daripada wang ringgit. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. :)


Jika anda inginkan sebarang konsultasi atau pun nasihat, jangan segan untuk hubungi saya seperti di bawah. Anda juga boleh klik "Order Now" untuk pembelian.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
♥ COD : Klang area only

Tips Atasi Asma Supaya Ibubapa Jimat Cuti

Salam ceria uolss.. 

Saya masih teringat dulu ada seorang kawan ofis saya yang terpaksa ambil banyak kali Emergency leave (EL) kerana anak dia kerap kali tidak sihat kerana asma. Asyik ulang alik ke hospital saja untuk ambil nebulizer. Kesian tengok pun ada tapi bila terlalu kerap, bukan sahaja cuti tahunan dia berkurang bahkan juga tidak disenangi oleh bos dan rakan sekerja. Yelah kan asyik cuti aje sampai kerja pun tak siap-siap. 




Ini memang delima ibubapa yang mempunyai anak yang menghidap asma, lelah, semput dan seumpamanya. Nak suruh ahli keluarga tolong jaga kan pun kadang-kadang rasa bersalah sebab macam menyusahkan diaorang. Jadi, terpaksa lah ambil EL demi anak kan. Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.



Penyakit asma ni memang tidak boleh di ambil ringan. Jika rawatan tidak diberikan, ianya boleh membawa maut. Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang disebabkan keradangan di saluran udara paru-paru. Apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan, dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi semput. Kesannya akan membuatkan pesakit asma mengalami gejala seperti batuk, berdesit (nafas berbunyi seperti wisel), susah bernafas dan dada rasa ketat (seperti ditekan).

Faktor-faktor Asma

  1. Genetik
  2. Persekitaran (asap rokok,ekzos kereta, jerebu, cuaca terlalu panas/sejuk)
  3. Tekanan perasaan
  4. Terlalu gembira
Jadi kita sebagai ibubapa perlulah tahu cara untuk mengawal asma anak-anak kita supaya serangan asma yang lebih serius dapat dielakkan. 


Cara-cara Untuk Mengawal Asma

1. Inhaler --> ada 2 jenis iaitu ubat pencegahan (glukokortikosteroid) & ubat pelega (bronkodilator). Inhaler ini perlu di bawa sentiasa tidak kira sama ada tahap asma itu sederhana atau teruk.

2. Elakkan daripada makan makanan yang boleh mencetuskan asma seperti aiskrim,ais batu,segala jenis makanan segera & makanan yang mengandungi banyak garam (kerepek,keropok)

3. Berhenti merokok --> kepada para bapa yang merokok, silalah berhenti merokok. Pada sesetengah kanak-kanak, bau asap rokok yang melekat pada baju juga sudah boleh menyebabkan mereka sukar bernafas. 

4. Omega Guard Shaklee --> Omega guard merupakan minyak ikan yang terbaik. Pengambilan supplemen minyak ikan dapat membantu mengurangkan pengecutan ruang pernafasan & mengurangkan keradangan paru-paru. Uolss boleh baca lebih lanjut tentang Omega Guard Shaklee di sini .



Jika masih ragu-ragu untuk mencuba, apa kata kita lihat sendiri testimoni ibubapa yang telah mencuba Omega Guard Shaklee ini.


Testimoni Omega Guard Elakkan Asma








Ramai ibubapa yang telah mencuba Omega Guard Shaklee ini dan Alhamdulillah banyak perubahan positif kita boleh tengok. Dah tak payah ambil nebulizer & juga tidak perlu lagi ulang-alik ke hospital. Kan dah jimat duit. Cuti tahunan pun jimat. 

Setiap bulan kita mampu sahaja beli handbag baru, tudung bokitta baru dan kasut baru. Suami pula sibuk beli gajet baru dan sekarang ni dah nak beli iphone 6 pula. Tapi bila hal kesihatan anak ramai yang ambil mudah. Anak ini harta kita. Kita juga yang nak tengok anak kita aktif bermain dengan kawan-kawan. Jadi jika anak kita ada asma, segeralah ikhtiar untuk mengubatinya. Berikanlah anak kita Omega Guard Shaklee ini.

Jika anda inginkan sebarang konsultasi atau pun nasihat, jangan segan untuk hubungi saya seperti di bawah. Anda juga boleh klik "Order Now" untuk pembelian.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
♥ COD : Klang area only

Omega Guard & Lecithin Shaklee: Membakar Lemak & Kolesterol Dengan Lebih Berkesan

Set Kurus Kombo Shaklee


Salam semua pembaca setia blog Mommafiyya! Sempena dengan promosi Omega Guard Shaklee yang bakal berakhir pada 31 Disember 2013, saya ingin bercerita tentang Set Kurus Kombo terhebat yang terdiri daripada Omega Guard & Lecithin. Sesiapa yang nak pecah & bakar lemak secara terhebat boleh cuba Set Kurus Kombo ini ye :) Yok baca!


Kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L. Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL. LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.


Oleh yang demikian, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal. Ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok. Justeru itu, Shaklee telah memperkenalkan Omega Guard & Lecithin untuk membakar & mengurangkan kadar kolesterol & lemak di dalam badan anda. 


Omega Guard Shaklee terdiri daripada asid lemak Omega-3 yang bertindak dengan hormon termasuk hormon leptin yang berkaitan dengan rasa lapar. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 membantu menjadikan tubuh kita ‘mesin pembakar lemak’. Selain itu, omega-3 juga mengurangkan kadar lemak trigliserida dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik) di dalam badan. 

Kebaikan Utama Omega Guard Shaklee:


1. Mengurangkankan kolesterol

2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung

3. Mengurangkan radang sendi

4. Mengurangkan tekanan darah

5. Menggalakkkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak

6. Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
7. Mengurangkan risiko kanser payudara,prostat dan usus
8. Menguatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru (memperbaiki penyakit lelah/asma)

Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik yang non-GMO (genetically modified organism). Setiap kapsul megandungi 530mg lecithin termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu. Lecithin Shaklee kaya dengan "polyunsaturated fat", dimana ia juga meningkatkan kadar HDL & menurunkan kadar LDL (kolesterol jahat) di dalam badan. Lecithin Shaklee juga dikenali sebagai "pemgemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan "melekat pada lemak". Ianya bermakna Lecithin menyebabkan lemak itu terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. 

Tindakan Lecithin Shaklee terhadap lemak



Kebaikan utama Lecithin Shaklee:

  1. Membantu tubuh menyerap vitamin yang larut lemak seperti A,D,E,K
  2. Melindungi hati --> menghalang enapan lemak dihati,sirosis hati dan hati berlemak
  3. Pemecahan lemak dan kolesterol --> lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi lemak,kolesterol dan trigliserida di dalam tubuh
  4. Pelangsingan --> pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang
  5. Mencantikkan otot dan kulit --> membentuk membran sel,melembapkan dan menghaluskan untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan


Testimoni Omega Guard + Lecithin Shaklee:





Apa tunggu lagi? Jom cepat dapatkan Omega Guard Shaklee sementara promosi (Buy 6 Free 1) masih berlangsung & juga Lecithin Shaklee!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
♥ COD : Klang area

Omega Guard Shaklee: Membantu Merangsang Minda Anak Anda

Nutrisi yang baik sememangnya perlu dan penting untuk kanak-kanak. Untuk memperolehi fungsi otak yang optima, mereka perlukan kepelbagaian makanan yang sihat. Malangnya, ramai di kalangan ibu bapa yang tidak menyedari bahawa perkembangan minda kanak-kanak adalah sensitif dan dalam masa yang sama memerlukan nutrien khusus bagi merangsang mindanya.

Anda mungkin pernah mendengar tentang kepentingan asid lemak perlu kepada kesihatan dan proses perkembangan kanak-kanak. Kekurangannya juga boleh mempengaruhi tumbesaran yang sihat. Tanda-tanda lazim kekurangan asid lemak 'politaktepu berantai panjang' di kalangan kanak-kanak termasuklah kulit yang kering, kuku yang rapuh serta rambut yang kering dan kusam.



Ramai pakar pemakanan dan ahli perubatan menyarankan pengambilan asid lemak perlu yang seimbang untuk kanak-kanak, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, kelemahan daya fokus dan tingkah laku seperti ADHD dan juga alahan.

Kajian yang dibuat oleh penyelidik dan pakar perubatan pemakanan Kanada ke atas kanak-kanak ADHD mendapati 80 peratus daripadanya mengalami kekurangan asid lemak perlu Omega-3 (seperti yang diperolehi daripada minyak ikan) dan satu dalam lima orang kekurangan asid lemak perlu asid gama linolenik (GLA) seperti yang diperolehi daripada minyak evening primrose.

Kajian oleh universiti Oxford juga menyetujuinya, di mana kajian mendapati kanak-kanak yang bermasalah dengan tingkah laku atau masalah pembelajaran memberi respon positif dengan pengambilan kombinasi minyak ikan dan minyak evening primrose.

Kanak-kanak seawal usia begini boleh diberikan makanan tambahan seperti yang kaya dengan asid lemak perlu, seperti omega-3 (boleh diperolehi daripada minyak ikan) dan omega-6. Asid dokosaheksanoik daripada asid lemak Omega-3 dianggap antara nutrien ajaib untuk otak dengan menjadikan membran berlemak yang mengelilingi atau sekitar sel saraf dalam otak lebih fleksibel, membenarkan lebih neurotransmiter dipindahkan antara sel saraf (perhubungan) dan sekaligus mempertingkatkan keupayaan untuk berfikir dengan lebih cepat dan memberi tumpuan yang lebih baik.

Memandangkan asid-asid lemak perlu ini berada dalam konsentrasi tinggi dalam otak untuk membolehkan ia berfungsi secara normal, maka tidak hairanlah kekurangannya akan mempunyai kaitan dan memberi kesan kepada kemerosotan fungsi minda.

Dengan pengambilan asid lemak yang mencukupi boleh memastikan perkembangan dan kelancaran fungsi otak, mata serta fungsi tubuh yang lain. Walaupun sel-sel otak sudah terbentuk sebelum kelahiran, tetapi perhubungan antara sel-sel otak giat berlaku pada peringkat awal kehidupan kanak-kanak untuk membolehkan pembelajaran berlaku. Ini kerana ia penting bagi mengekalkan keutuhan dan keanjalan membran sel supaya penghantaran mesej atau impuls antara sel-sel saraf berlaku secara efektif.

Anda boleh melihat tentang kesan pengambilan Omega-3 ke atas seorang kanak-kanak bernama Elliot di dalam video di bawah:






omega guard shaklee
Omega Guard Shaklee

Shaklee telah mengeluarkan minyak ikan mereka sendiri yang dikenali sebagai Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang terunggul di dunia! Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkain spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA & banyak lagi. Satu sajian Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg EPA & DHA.



Kebaikan Omega Guard Shaklee:

1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan radang sendi
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Menggalakkkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
6. Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
7. Mengurangkan risiko kanser payudara,prostat dan usus
8. Menguatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru (memperbaiki penyakit lelah/asma)


Omega Guard Shaklee sesuai untuk diambil sebagai supplemen tambahan untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, wanita & lelaki. Selain bagus untuk minda anak-anak anda, ianya juga boleh mengurangkan demam & selsema di kalangan kanak-kanak. Anda boleh lihat testimoninya DI SINI . Jom dapatkan Omega Guard Shaklee sekarang sebelum promosi tamat 31 Disember 2013! 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Omega Guard Shaklee: Membantu Mencegah Penyakit Jantung

Jumlah penyakit jantung di Malaysia kian meningkat dan ianya amat membimbangkan. Mengikut kajian dari Yayasan Jantung Malaysia, lebih 30% daripada jumlah kematian yang dilaporkan adalah akibat dari penyakit jantung. 


Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia. 



Kajian klinikal menunjukkan pengambilan asid perlu omega-3 boleh mengurangkan risiko serangan jantung; menurunkan paras trigliserida dan memperbaiki masalah tekanan darah tinggi. Suplemen asid lemak politidaktepu omega-3 terutamanya asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) bermanfaat untuk kesihatan jantung, termasuklah denyutan jantung yang tidak stabil, merendahkan paras trigliserida plasma dan mengurangkan kecenderungan darah berketul.


Pengambilan satu hingga dua hidangan ikan berlemak seperti makerel, salmon, tuna atau hering setiap hari (atau alternatif suplemen minyak ikan) dapat membantu. Namun bagi mereka yang mempunyai rekod penyakit jantung harus mengambil jumlah yang lebih tinggi. Begitu juga dengan mereka yang ingin mengurangkan paras lemak dalam darah.

Walaupun telah diketahui omega 3 berkesan untuk kesihatan jantung, tetapi bagaimana ia dapat mencegah penyakit jantung hanya diketahui setelah Dr Alex Leaf menjumpai bukti makmal yang menjelaskan mekanismanya dalam memerangi penyakit jantung.


Bukti yang telah didapati oleh Dr Alexander Leaf menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 daripada omega 3 daripada minyak ikan mampu mengimbangkan denyutan jantung yang tak seragam dan boleh mengelak dari kematian yang secara tiba-tiba akibat penyakit jantung. Penyelidikan ini juga membuktikan membran otot jantung boleh distabilkan untuk mengurang risiko denyutan tak seragam yang boleh mencetuskan kematian secara tiba-tiba ini.

Asid lemak omega-3 juga merendahkan tekanan sistolik (darah yang dipam keluar daripada jantung) dan tekanan diastolik (darah dipam dari sel ke jantung). Dengan itu, ia mengelakkan pemekatan dan ketulan darah di dalam salur darah.


Berdasarkan kajian tersebut, asid lemak omega 3 kini disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika (Amerian Heart Association) dan digunakan oleh para pengamal perubatan, untuk mencegah penyakit jantung. Walaubagaimana pun, kita harus memastikan punca minyak ikan yang diperolehi adalah selamat dan bebas dari kontaminasi toksin-toksin punca pencemaran pengairan.

Keistimewaan Omega Guard Shaklee:
omega guard shaklee
Omega Guard Shaklee
Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkain spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA & banyak lagi. Satu sajian Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg EPA & DHA.




Penyulingan molekular



Shaklee mengeluarkan minyak ikan melalui proses yang dikenali sebagai Penyulingan Propietari Tiga Molekul' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. 


Kebaikan Omega Guard Shaklee untuk kesihatan jantung:


1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan tekanan darah


Sumber: Utusan Malaysia



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Omega Guard Shaklee: Membantu mencegah dan mengurangkan penyakit asma

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.



Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan. Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun. Kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit (kawan baik saya yang juga menghidap asma juga jarang datang ke sekolah. Huhu).

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru. Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital. Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. 

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya. Antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Justeru itu, apa kata anda atau mempunyai ahli keluarga yang menghidap asma mencuba Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang terbaik di dunia. Anda boleh membacanya dengan lebih lanjut DI SINI

omega guard shaklee
omega guard shaklee


Kebaikan Omega Guard Shaklee:


1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan radang sendi
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Menggalakkkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
6. Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
7. Mengurangkan risiko kanser payudara,prostat dan usus
8. Menguatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru (memperbaiki penyakit lelah/asma)


Testimoni mereka yang telah mencuba Omega Guard Shaklee untuk mengurangkan asma:







Omega Guard Shaklee sesuai untuk diambil untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, wanita & lelaki. Jom dapatkan Omega Guard Shaklee sekarang!


Sumber: Utusan Malaysia


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg