Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Tips berpuasa ketika hamil

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua.. Tinggal 1 hari sahaja lagi untuk kita mula berpuasa. Bagaimana dengan persediaan bakal-bakal ibu yang sedang hamil untuk mengahdapi bulan Ramadhan? Mesti anda berasa gusar & tertanya-tanya adakah diri anda mampu melaksanakannya bukan? Mari baca antara tips-tips berpuasa ketika sedang hamil.


Tips Elak Kekurangan Tenaga & Nutrien yang Diperlukan Oleh Bayi Didalam Kandungan:
  • Minum banyak air ketika bersahur & berbuka
  • Kurangkan minum kopi & teh
  • Pastikan ambil banyak protein (kekacang,daging,telur)
  • Elakkan makanan yang bergula. Akan sebabkan paras gula tinggi & rendah secara mendadak & ini akan membuat anda rasa pitam & pening
  • Elakkan makanan yang bergoreng & berlemak
  • Makan kurma & kekacang kerana ia memberi tenaga berterusan
Panduan Untuk Elak Keletihan Ketika Berpuasa:
  • Rancang aktiviti harian agar dapat rehat secukupnya
  • Elakkan berjalan jauh
  • Elakkan terdedah kepada cuaca panas 
  • Kurangkan kerja rumah yang berat & membawa barang yang berat
  • Perbanyakkan bacaa Al-Quran
Komplikasi Kehamilan Berikut Dilarang Untuk Berpuasa:
  • kencing manis
  • penyakit buah pinggang
  • hati tidak berfungsi
  • bronchial asthma yang kuat
  • tekanan darah tinggi
  • kehamilan kembar
  • berisiko melahirkan bayi pramatang
Jika Anda Mempunyai Tanda-tanda Berikut, Dinasihatkan Untuk Tidak Meneruskan Berpuasa:
  • pening,pitam,lemah walaupun telah berehat
  • loya & mula muntah
  • sangat haus,warna kencing menjadi keruh & berbau hancing
  • kekurangan pergerakan bayi dalam kandungan
  • rahim mengeras
  • berat badan ibu menurun
Ibu juga tidak digalakkn berpuasa terutama pada trimester pertama (3 bulan pertama) kerana pada peringkat ini, ibu selalu mengalami masalah seperti morning sickness di samping saat inilah bayi memerlukan nutrien yang secukupnya.

Jangan sesekali tinggalkan sahur kalau ibu berkeinginan berpuasa. Makanan ketika sahur haruslah lengkap,mengenyangkan & memberi tenaga untuk sepanjang hari. Bagi mereka yang tidak mampu berpuasa akibat penyakit yang dhidapi, dibenarkan berbuka namun harus gantikannya. 



Asid folik & kehamilan

Kebanyakan wanita tidak menyedari kepentingan asid folik sebelum hamil. Asid folik sangat digalakkan untuk diambil antara 3-6 bulan sebelum hamil. Asid folik (folat/vitamin B9) sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA baru & pada masa yang sama memperbaik DNA yang rosak di dalam sel. Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, tahap kesihatan bayi yang dikandung akan terjejas. 

Kebaikan asid folik:

  1. mengurangkan risiko kecacatan pada bayi terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect / NDT), gangguan pembentukan otak & tempurung kepala yang tidak sempurna tau langsung tidak terbentuk (anecephaly/encephalocele) & masalah saraf tunjang (spina bifida)
  2. menambahkan kepekatan hemoglobin dalam darah
  3. mengurangkan risiko kelahiran pra-matang,lahir mati & keguguran
  4. mengurangkan anemia
  5. mengurangkan risiko masalah sumbing lelangit,kecacatan pada jantung,pembentukan tangan & kaki yang tidak sama (limb reduction),kecacatan pada sistem pembuangan air kencing

Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil & sepanjang kehamilan. Supplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan dinasihatkan untuk mengambil asid folik setiap hari sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak & sistem saraf bayi sedang berkembang dengan pesatnya.



Supplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini adalah kerana ia adalah agen pertumbuhan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itu ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kehamilan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, pengambilan pil asid folik 3-6 bulan sebelum merancang hamil sangat penting! Ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

Asid folik & kesuburan

Asid folik dapat membantu masalah kesuburan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Lelaki di galakkan mengambil asid folik antara 700-1000mcg sehari. Asid folik juga merupakan bahan penting dalam proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan menolong wanita mematangkan telur ovum,membantu pembentukan plasenta & proses pelekatan janin di dalam rahim. 

Bagi pasangan yang sukar mendapatkan zuriat,mereka digalakkan untuk mengambil supplemen asid folik sebagai salah satu usaha untuk merawat masalah kesuburan yang dialami. Tapi kena ingat bahawa SUPPLEMEN ASID FOLIK BUKAN UBAT KESUBURAN. :)

Sumber semula jadi asid folik:

  1. brokoli,bayam
  2. sayuran berubi
  3. buah & sayur berwarna kuning (oren,pisang,labu,jagung)
  4. bijirin,oat,gandum
  5. barli
  6. beras perang
  7. kekacang
  8. keju,telur
  9. hati ayam
  10. daging lembu,ayam,kambing
  11. salmon,tuna
Shaklee juga mempunyai supplemen asid folik iaitu B Complex. B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B iaitu B1,B2,B3,B6,B12,asid folik,biotin & pantothenic acid. Kandungan asid folik di dalam B Complex ialah 200mcg.

b complex shaklee
B Complex Shaklee

b complex shaklee nutrition facts
Fakta nutrisi B Complex Shaklee


Sumber: Pa&Ma


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Benarkah GLA Complex Shaklee mampu membantu wanita yang mahu hamil?

GLA Complex boleh membantu untuk hamil? Biar betul? Boleh.. Dengan izin Allah. :) GLA Complex ini hanya lah salah satu usaha kita untuk hamil. Macam mana GLA Complex ini boleh membantu anda untuk hamil? 

GLA membantu wanita untuk menghasilkan mukus/bendalir serviks yang dipanggil "egg white cervical mucus". Bendalir ini akan menolong sperma lelaki untuk berenang ke uterus & tiub fallopio untuk mencari ovum/telur wanita. Bendalir ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Ini meninggikan lagi kebarangkalian untuk mengandung. 

Selain daripada itu, GLA juga membantu mereka yang mempunyai period /haid yang tidak teratur kembali normal. Salah satu sebab susah untuk hamil adalah haid yang tidak teratur. Kedatangan haid yang tidak menentu mungkin berpunca daripada ketidakstabilan hormon. Bukan itu sahaja, ada di kalangan wanita mengalami simptom-simptom lain yang tidak menyenangkan seperti kekejangan otot dan beberapa ketidakselesaan lain. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita. Cyst & fibroid juga antara sebab utama wanita sukar untuk hamil. Fungsi GLA ialah ia akan mengurangkan keradangan & saiz fibroid & juga cyst. 

Saya mencadangkan kepada mereka yang mahu hamil untuk mengambil GLA Complex + B complex + Vitamin C + ESP + Alfalfa + Vita Lea. Jikalau mempunyai kekangan bajet, saya mencadangkan untuk mengambil GLA + B complex + ESP. B complex diperlukan untuk menukarkan GLA kepada protaglandins (good prostaglandins). 

Set Kesuburan Wanita


Jom tengok testimonial mereka yang telah mencuba GLA Complex.

testimonial gla shaklee


testimonial gla shaklee


testimonial gla shaklee





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Faktor-faktor yang boleh menghalang kehamilan

Keinginan memiliki cahaya mata tentunya meluap-luap lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun mencuba namun masih tidak berjaya. Kepada yang berhadapan dengan masalah seperti ini, adalah penting untuk anda mengetahui bahawa ada banyak faktor yang boleh menghalang kehamilan.


Untuk pengetahuan, di kalangan pasangan suami isteri yang subur, peratusan kejayaan hamil selepas percubaan bulan pertama hanyalah sekitar 25 peratus. Ini bermakna 75 peratus daripada pasangan perlu mencuba beberapa kali sebelum berjaya hamil. Ramai tertanya-tanya mengapakah dia masih gagal hamil walaupun telah banyak kali mencuba tanpa jemu. Antara faktor penyebabnya ialah:

Usia wanita tersebut
Dalam zaman yang serba moden ini, ramai wanita mendirikan rumah tangga hanya selepas berjaya memperoleh kerjaya yang diinginkan. Akibatnya, usia sudah ‘banyak’. Tahu kah anda bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun.

Usia dan tahap kesihatan pasangan
Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.

Gaya hidup
Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya ialah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup dan senaman secara berkala.

Stres yang melampau
Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-duanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin susah bagi mereka untuk mendapatkan anak.

Pakaian
Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, elokkan bertukar kepada memakai ‘boxer’ agar lebih longgar.

Masalah hormon
Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Bilangan sperma yang rendah
Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

Pengambilan kafein
Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.
Ingat, jika anda masih gagal hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Dengan bantuan peralatan moden dan kemajuan sains dan teknologi, memiliki anak daripada benih sendiri tidak mustahil. Yang pentingnya usaha.

Sumber:
Pa&Ma

Promosi Julai 2013: GLA Complex Baik untuk Lelaki & Wanita

Assalamualaikum semua pembaca blog Mommafiyya. Sudah masuk bulan Julai & Shaklee telah pun mengumumkan produk promosi untuk bulan ini, iaitu GLA COMPLEX! GLA complex ini sangat lah BEST untuk dimakan kerana banyak faedahnya terhadap WANITA & LELAKI. Jom baca artikel di bawah ini untuk tahu lebih lanjut mengenai GLA Complex.

gla complex shaklee, COD Klang area
GLA Complex Shaklee

GLA (gama linolenic acid) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri & menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Keistimewaan GLA Complex Shaklee:

  1. GLA Shaklee diekstrak daripada Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam Evening Primrose Oil (EPO) - kebanyakan produk GLA dipasaran dihasilkan dari EPO
  2. Borage adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti & 3 kali lebih berkesan dari EPO
  3. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di Saskatchewan
  4. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA
  5. GLA Shaklee digabungkan dengan minyak sunflower + vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan & kestabilannya
  6. Kesegaran & keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap & mengadun kedalam sel & tisu

Kebaikan GLA Complex Shaklee:

  1. Mengawal selia estrogen & testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki & wanita
  2. Memperbaiki simptom PMS - senggugut, mood swing, retensi air & sakit payudara
  3. Membantu wanita yang ingin hamil - GLA membantu wanita untuk menghasilkan mukus/bendalir serviks yang dipanggil "egg white cervical mucus". Bendalir ini akan menolong sperma lelaki untuk berenang ke uterus & tiub fallopio untuk mencari ovum/telur wanita. Bendalir ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Ini meninggikan lagi kebarangkalian untuk mengandung. 
  4. Membantu memperbaiki masalah period tidak teratur
  5. Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes,insomnia,ketidakhadaman & depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan,mengetatkan uterus & kulit lebih muda
  6. Membaiki prostatomegaly - memeperbaiki masalah prostat lelaki & mslh kerap kencing
  7. Menentang kanser - GLA adalah antioksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, mengahalang pertumbuhan sel kanser & tumor
  8. Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit,eczema,alergi,kegatalan,kulit kering,memperbaiki bintik penuaan,tinea & kurap. Ianya juga meringankan bengkak yang terjadi daripada rheumatisma & arthritis
  9. Menghalang komplikasi diabetes - meringankan kebas & kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi
  10. Pelangsingan & menghalang tambah berat badan - merendahkan kolesterol LDL,menghalang penambahan berat badan,memberi tone kepada kulit & otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yg cantik
  11. Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah,merangsang peredaran darah & pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi,mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis & myocardial infection
  12. Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering & gugur

GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita:

Ramai orang salah anggap bahawa GLA adalah untuk wanita sahaja. Sebenarnya GLA sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya boleh diperolehi daripada makanan. GLA sangat penting untuk kanak-kanak,remaja,dewasa & juga selepas menopaus & andropaus (menopaus lelaki).



Setiap botol mengandungi 60 kapsul & pengambilannya hanya lah 1-2 biji kapsul sehari selepas makan. 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg