Assalamualaikum,
Ramai kawan saya di tempat kerja asyik bertanyakan tentang penyusuan susu ibu kepada saya. Saya masih lagi baru dalam hal ini dan saya juga masih menyusukan anak saya (secara eksklusif) yg sekarang berumur 4 bulan. Azam saya adalah untuk menyusukan Sofiyya sehingga dia berumur 2 tahun.
Menyusukan bayi secara eksklusif bukan lah satu kerja yang senang. Saya mengakuinya kerana banyak masalah yang saya hadapi dalam menyusukan Sofiyya secara eksklusif. Saya juga hampir berputus asa untuk menyusukan Sofiyya dek masalah yang saya hadapi ini. Antaranya ialah (dalam kes saya):
1) Breast engorgement (bengkak susu)
Saya mengalami masalah ini ketika sofiyya berusia sebulan lebih. Breast saya membengkak dan ada benjolan di sekitar breast sy. Pada mulanya saya ingat kan sy kena breast cancer. Memang takut sangat waktu tu. Bila buat pemeriksaan dekat klinik kesihatan, doctor cakap breast sy engorge. Doctor tu menekan breast sy untuk keluarkan susu tersebut. Memang sakit! Last2 dia bagi antibiotik dan paracetamol. Bukan saja engorge, breast saya turut mengalami mastisis (both breasts kena infection). Sangat sakit bila Sofiyya menyusu. Dalam masa 2 minggu saya telah demam sebanyak 4 kali. Benjolan tu tak hilang walaupun Sofiyya dah hisap sepuasnya. Macam2 cara saya buat untuk kurangkan benjolan tersebut seperti letak daun kubis, tuam dengan tuala panas, mengurut dan mengepam. Sofiyya pula asyik meragam dan tak tidor malam sebab breast sy tidak lagi mengeluarkan susu yang banyak seperti dulu. Mak saya pun dah siap beli air mineral untuk bagi Sofiyya minum. Tapi saya kuatkan semangat untuk terus menyusukan Sofiyya secara eksklusif.
2) Nipple crack (puting melecet)
Saya mengalami masalah ini kira-kira 2 minggu selepas beranak. Sofiyya masih tidak pandai lagi menghisap waktu tu. Kulit nipple saya terkoyak sampai berdarah-darah. Bila dah elok sikit, kulit tersebut jadi macam kudis. Bila Sofiyya hisap, tertanggal balik kudis tu. Memang sakit bila nipple saya melecet. Tapi saya bagi juga Sofiyya hisap walaupun ianya amat lah sakit.
3) Stok EBM tidak cukup
Dalam pantang saya mengepam juga tetapi stok tersebut digunakan untuk melatih Sofiyya menghisap botol. Saya mula mengepam untuk mengumpul stok EBM seminggu sebelum saya masuk kerja. Saya memang menyesal. Dalam masa seminggu tersebut saya kelam kabut mengepam. Bila dah kelam kabut, saya mula stress. Bila dah stress, susu tak banyak keluar. Sofiyya pula memang kerap menyusu. Bila pam sahaja, saya hanya dapat kurang dari 1 oz. Bila dah start kerja, sy hanya ada 5 botol EBM sahaja (around 15oz). Memang tak cukup untuk Sofiyya dan mak mertua saya terpaksa mencatu susu tersebut supaya tak habis. :(
Disebabkan masalah2 tersebut, saya hampir mengambil keputusan untuk memberi Sofiyya susu formula. Alhamdulillah, sekarang masalah tersebut telah saya atasi dengan jayanya. Entri berikutnya saya akan menceritakan bagaimana saya mengatasi masalah penyusuan yang pernah saya hadapi. Sekian dan Selamat Tahun Baru 2013! :)
0 comments:
Post a Comment