Showing posts with label chewable vita c. Show all posts
Showing posts with label chewable vita c. Show all posts

Set Kecantikan Shaklee: Awet Muda Tanpa Suntikan!

"Awet muda" sangat sinonim dengan mereka yang mementingkan kecantikan. Ada yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan suntikan vitamin C,botoks,sel stem & surgeri. Tahukah anda, kita sebenarnya dapat mengembalikan keremajaan & menghilangkan tanda-tanda penuaan dengan mendapatkan khasiat tambahan yang sesuai? 


Proses penuaan paling ketara dapat dilihat pada lapisan epidermis. Khasiat yang cukup & seimbang mampu menjadikan kulit lebih anjal & awet muda. Kolagen merupakan salah satu dariapada 4 jenis tisu asas dalam tubuh manusia. Sebab itulah banyak produk yang mula menggunakan kolagen sebagai bahan utama produk mereka. 



Kira-kira 30% daripada jisim tubuh terdiri daripada kolagen. Namun, penghasilan kolagen akan berkurang bila usia semakin meningkat. Paras kolagen mula menurun bila usia mencecah 20 tahun. Kulit merupakan bahagian paling awal pada tubuh yang dapat mengesan kekurangan kolagen dalam tubuh. 

Kesan Kekurangan Kolagen:
  1. kulit menjadi kering,kasar,hlang keanjalan & berkedut 
  2. rambut mual gugur & nipis
  3. kuku menjadi rapuh & kadar pertumbuhannya berkurangan
Jika anda ingin mengekalkan kulit yang muda & berseri, cubalah ambil kolagen tambahan,vitamin C & polifenol untuk meningkatkan semula paras kolagen anda.

Set Kecantikan Premium Shaklee
Set Kecantikan Premium Shaklee

Vivix, Vitamin C & Collagen Powder Shaklee merupakan produk paling ideal untuk menjaga kesihatan kulit, melewatkan penuaan & menentang penyakit akibat kesan penuaan. 

Kebaikan Collagen Powder Shaklee:
  • membantu membina semula serat kolagen untuk menggalakkan penghasila kolagen pada lapisan dalaman kulit
  • kulit lebih lembut,anjal,licin,gebu & berseri
  • menggalakkan pertumbuhan rambut baru 
  • rambut menjadi lebih kuat,tebal & berseri
Kebaikan Vivix Shaklee:
  • mengandungi polifenol yang kaya dengan antioksidan
  • mencegah kehilangan kolagen akibat radikal bebas
  • membantu proses penuaan berlaku secara sihat
Kebaikan Vitamin C Shaklee:
  • menggalakkan penghasilan kolagen & tisu penyambung yang lain
Gabungan polifenol & vitamin C yang kaya khasiat antioksidan juga terbukti secara klinikal sangat baik dalam menentang radikal bebas yang menyumbang kepada masalah penuaan kulit serta penyakit kesan penuaan seperti darah tinggi, jantung, kanser & diabetes. Langkah anti-penuaan hendaklah bermula di peringkat sel tubuh. Dengan memiliki sel tubuh yang sihat, sudah pasti badan menjadi sihat & awet muda!!

Sumber: iSihat


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


Perlukah si manja anda mengambil suplemen?

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk anda pastikan anak-anak anda membesar dengan baik. Kanak-kanak sebaiknya diberi makan lebih banyak serat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan lemak tepu di dalam makanan ringan harus lah dikurangkan. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk menerima makanan sihat terutamanya buah dan sayur yang sangat penting sebagai keperluan nutrisi perkembangan dan tumbesaran mereka. 


Selain makanan semulajadi, ramai ibu bapa memilih untuk memberi suplemen kepada anak-anak. Bukan sahaja kepada anak yang cerewet makan, malah juga untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka. Antara perkara yang perlu anda pertimbangkan jika ingin memberi suplemen tambahan kepada anak anda ialah:


  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan 
  2. Suplemen perlulah diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk mereka
  3. Vitamin hanya diberikan bila anak anda perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak
  4. Suplemen yang diberi haruslah mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka

Antara vitamin dan mineral yang si manja perlukan:


  1. Vitamin A --> penting bagi mata 
  2. Vitamin B1 --> membekalkan tenaga kepada badan
  3. Vitamin B2 --> membekalkan tenaga kepada badan
  4. Vitamin C --> meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit
  5. Kalsium --> penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat
  6. Zat besi --> penting bagi pembentukan hemoglobin 

Shaklee menawarkan Set Kesihatan Kanak-Kanak yang dapat memenuhi kelengkapan nutrisi si manja anda. 

SET KESIHATAN KANAK-KANAK SHAKLEE


Set ini terdiri daripada:
  1. Mealshakes
  2. Omega Guard
  3. Vita-lea for children (chewable)
  4. Chewable Vita-C
Mealshakes

Mealshakes Shaklee merupakan merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Mealshakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu. Ianya juga sesuai untuk diberikan kepada anak yang cerewet makan. 

Omega Guard

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA). DHA dan EPA mampu:
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf,fungsi mata 
  • Membantu perkembangan memori. 

Vita-lea for children (chewable)

  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
  • Sumber kalsium pembina tulang 
  • Bekalan harian untuk vitamin B.

Chewable Vita-C

  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan 
*suplemen di atas hanya disyorkan untuk si manja yang berumur 1 tahun ke atas

Jadi, sebagai ibu bapa, pilihan di tanagn anda. Yang penting anda tahu apa yang baik dan tidak untuk tumbesaran si manja. Jangan lupa untuk menyemak label makanan di produk makanan di pasar raya. Anda perlu tahu jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam makanan tersebut. 

Sumber: Pa&Ma (Nov 2012)

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg