Tips dan Cara Untuk Jimat Pampers Anak

Salam ceria uolss terutamanya yang bakal atau sudah menjadi ibubapa..

Entri kali ini saya ingin memberi tips yang mungkin berguna kepada uolss iaitu 'Tips & Cara Untuk Jimat Pampers Anak'. Cara ini saya dah guna pakai pada kedua-dua anak perempuan saya. So, saya macam dah buat sedikit eksperimen & sudah try & adjust mengikut kesesuaian anak saya. Antara tips nya ialah:


  1. Pakai lampin yang boleh dibasuh semula (cloth diaper) - saya pakai cloth diaper (CD) ini waktu siang sahaja sebab kita boleh monitor cloth diaper ini. Maksudnya, saya akan tukar cloth diaper ini setiap 3-4 jam. Memang jimat lampin pakai buang terutamanya kalau anak kita tu berak. Anak-anak saya ini jenis yang bila kita dah tukar pampers baru, waktu tu lah dia nak berak dan lagi satu, lepas makan je mesti berak.  Kan dah membazir tu. So, penggunaan cloth diaper ini memang amat menjimatkan. Saya guna jenama Lunatots. Memang mula-mula beli harganya agak mahal lebih kurang RM50-60 setiap satu. Tapi dalam jangka masa panjang, ianya amatlah menjimatkan. Yang bakal menjadi ibubapa ini saya nasihatkan beli sikit-sikit dulu. Kalau beli sekaligus memang la mahal kan. Hihihi.
  2. Diapers liner - diapers liner ini pelapik yang kita letak di bahagian dalam atas pampers atau cloth diaper. Liner ini melindungi pampers/CD kita daripada terkena kotoran najis anak kita. Maksudnya di sini, bila anak kita berak, najis itu akan melekat dekat liner tersebut. So, kita hanya perlu buang liner itu sahaja & bukan pampers tersebut. Pampers/CD tetap akan basah kalau anak kita kencing. Kalau anak kita tak berak, liner ini boleh dibasuh, kering & guna semula sebanyak 2-3 kali. Jimat lagi... 
Lunatots Diapers Liner

Fiyya & lampin Lunatots


Koleksi Lunatots Cloth Diaper Saya

Itu lah antara tips saya untuk jimat duit daripada beli pampers banyak-banyak ni. Setakat ini saya ada 11 helai CD Lunatots seperti gambar di atas. Yang bestnya adik & kakak kongsi CD Lunatots ni. Jimat lagi. Hihi. Jikalau anda ada sebarang tips yang lain boleh lah kongsikan juga ya!

3 comments:

adam said...

Kami pun bakal ada anak 6 bulan lagi. Wife pun cadang nk beli CD kat 11street. Berpantang di kg senang boleh guna CD, ampaian kain terbentang luas. Kat umah kami kena guna diapers pakai buang sebab ampaian terhad.

adam said...

Kami pun bakal ada anak 6 bulan lagi. Wife pun cadang nk beli CD kat 11street. Berpantang di kg senang boleh guna CD, ampaian kain terbentang luas. Kat umah kami kena guna diapers pakai buang sebab ampaian terhad.

Unknown said...

Nice

Post a Comment