Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Manfaat Susu Ibu

Amalan penyusuan ibu bukan sahaja sesuatu yang digalakkan oleh agama Islam malahan disokong oleh asas-asas saintifik. Dari segi isi kandungannya, susu ibu memang begitu lengkap sebagai makanan pertama dan utama bagi bayi.

Susu ibu mengandungi zat-zat makanan yang cukup. Malahan nisbah zat-zat tersebut juga seimbang dengan keperluan seseorang bayi bermula dari masa kelahiran dan seterusnya. Kandungan zat tersebut juga sentiasa berubah mengikut keperluan seorang bayi dari semasa ke semasa. Tambahan pula susu badan mengandungi beberapa jenis antibodi yang dapat melindungi seseorang bayi itu daripada diserangi oleh cirit-birit, penyakit saluran pernafasan serta beberapa penyakit kulit yang tertentu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung atau susu formula atau susu lembu. Dengan memeluk anak kecil dan mengalirnya air susu daripada ibu kepada anak, maka kasih sayang ibu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.



Rangsangan

Payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan seperti kerap menyusu. Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada siang hari.

Jika bayi tidur lebih daripada tiga jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada empat hingga lima jam. Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan sebanyak 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin bagi menghasilkan lebih banyak susu. Ketika bayi menyusu, rangsangan sensori itu akan dikirim ke otak. Otak kemudian memberi reaksi mengeluarkan hormon prolaktin yang masuk ke dalam aliran darah menuju kembali ke payu dara. Hormon prolaktin merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja dengan lebih kuat bagi mengeluarkan lebih susu.

Kekerapan

Selepas itu, anda juga perlu menambah masa dan kekerapan untuk bayi menghisap susu. Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara dasarnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep pemberian susu mengikut kemahuan (supply and demand). Jika seseorang ibu lebih kerap menyusukan bayi mereka, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan.

Anda juga perlu mengepam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik sahaja bangun tidur. Luangkan juga masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari anda mempraktikkannya. Ada juga yang perlu menunggu lama sehingga dua minggu bagi melihat hasilnya.

Mengepam pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yang tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual mengepam yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

Pemakanan

Pengambilan pemakanan yang seimbang amatlah penting bagi ibu yang menyusu. Saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar, kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

Terdapat pelbagai jenis pemakanan atau suplemen yang menggalakkan pengeluaran susu telah dikomersialkan. Keberkesanannya bergantung kepada individu. Halba, oat, alfalfa, air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang dan betik muda merangsang pengeluaran susu ibu. Terdapat banyak juga suplemen yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu di pasaran. Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai Set Breastfeeding Shaklee, anda boleh klik DI SINI .

Makanan atau jamu (ramuan herba) yang dimakan oleh ibu dalam pantang akan memberi kesan kepada bayi susuan. Kesan tersebut akan disekresi melalui susu yang dihisap oleh bayi. Ada bayi yang mengalami masalah kekuningan (jaundis) berpanjangan dan cirit-birit disebabkan ibu mengambil jamu semasa dalam tempoh berpantang. Pemakanan yang seimbang sudah mencukupi bagi ibu-ibu ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Keperluan penyusuan susu ibu mengikut usia bayi

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang keperluan penyusuan susu ibu mengikut usia bayi. Ramai para ibu terutamanya yang baru melahirkan anak pertama khuatir dengan kuantiti susu yang mereka hasilkan. Jangan khuatir apabila susu yang keluar tidak seberapa jumlahnya. Biar beberapa pun yang mampu anda hasilkan, itulah kuantiti tepat yang diperlukan oleh bayi. Seiring pertambahan usianya, jumlah susu ibu akan bertambah mengikut keperluannya. 




1 hari

Bayi hanya memerlukan 5-7 ml susu atau setengah hingga sesudu makan bagi setiap sesi penyusuan. Pada usia ini, saiz perutnya hanya sebesar biji kacang keras.

3 hari

Bayi memerlukan kira-kira 22-27 ml bagi setiap sesi penyusuan. Bagi keperluan sehari pula, dia memerlukan antara 200 ml hingga hampir segelas air. Saiz perut bayi pada ketika ini adalah sebesar buah ceri atau anggur.

1 minggu

Bayi dianggarkan memerlukan susu di antara 45-60 ml setiap sesi penyusuan. Dalam tempoh sehari, bayi mampu menghabiskan 400-600 ml ataupun satu 1 1/2 gelas air. Memandangkan growth spurt bayi semakin  meningkat, jadi akan berlaku beberapa perubahan pada corak tidur dan penyusuannya. Hal ini terjadi hasil daripada perkembangan otak dan fizikalnya.

1 bulan

Bayi memerlukan kira-kira 80-150 ml susu setiap kali sesi penyusuan. Bayi akan menyusu 8-12 kali sehari atau setiap 2-3 jam sekal mengikut permintaannya. Bayi juga sudah mula mahir menyusu malah anda sendiri terutamanya yang baru bergelar ibu tidak lagi kekok untuk menyusukan si manja dengan selesa. Ini merupakan masa yang sesuai untuk memulakan latihan memerah,memberi susu ibu perahan dan menyimpan stok bagi kegunaan bayi ketika anda berpisah sementara dengannya nanti. Jangan jadi macam saya yang gelabah ayam kumpul stok waktu seminggu sebelum kerja. Lepas tu tension sebab stok tak cukup. Hihihihihi. 

6 bulan

Bayi anda suda boleh diperkenalkan dengan makanan pejal namun penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan bagi mengimbangi keperluan zat pemakanannya. Makanan pejal yang diberikan bukanlah makanan utamanya di usia ini, jad susu ibu masih perlu diberikan seperti kelazimannya. Bayi memerlukan sekitar 720 ml susu dalam tempoh sehari. Anda boleh mencampurkan susu ibu ke dalam makanan pejal supaya rasa makanan pejal yang diberikan lebih kurang sama dengan susu ibu. Fiyya tidak suka jika saya mencampur susu ke dalam makanan dia. Fiyya lebih suka makan solid food dengan air masak. :) Di usia 7 bulan pula, kira- kira 875 ml susu diperlukan iaitu kira-kira 93% jumlah keseluruhan keperluan zat pemakanan si manja.

12 bulan

Usia 11 bulan ke atas, keperluan susu mula berkurangan kepada sekitar kira-kira 550 ml  (yeay!!) sehari. Oleh yang demikian, anda perlu pastikan rutin pemakanan sehariannya adalah pelbagai agar semua keperluan zat makanan yang patut diterimanya adalah seimbang. 

Jadi, para ibu tidak perlu bimbang susu tidak cukup dan sebagainya. Yakin dengan diri sendiri dan sentiasa berfikiran POSITIF. Jika anda mahu susu perahan anda lebiH meriah dan pekat, anda boleh klik SET MENYUSU / BREASTFEEDING SHAKLEE untuk mengetahui lebih lanjut. 


Sumber: Pa&Ma Oct 2012




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg