Showing posts with label alfalfa complex. Show all posts
Showing posts with label alfalfa complex. Show all posts

Triple Promosi Shaklee Januari 2015: Vivix, Alfalfa & Vita-Lea for Children

Salam Tahun Baru Uolss! Lama rasanya saya tak update blog saya ni. Maklumlah nak masuk tahun baru, company sibuk sangat. Hewhewhew..

Macam biasalah, masuk bulan baru Shaklee pasti akan buat promosi. Untuk Januari 2015 ini, ada 3 produk promosi iaitu Vivix, Alfalfa & Vita Lea for Children. Vita Lea ini dah lama dah tak ada sebab Shaklee nak buat formula baru & tahun baru inilah Vita Lea (Children) dilancarkan semula oleh Shaklee dengan formula yang lebih baik daripada sebelum ni. Mesti best kan.. :)

Uolss boleh tengok promosi untuk Januari 2015:






Entri berkaitan dengan Alfalfa & Vivix uolss boleh klik dekat link di bawah ye:

Alfalfa Complex Shaklee Yang Mempunyai 1001 Khasiat

Vivix & Diabetes

Vivix & SLE

Vita-Lea for Children merupakan multivitamin untuk kanak-kanak. 1 botol mengandungi 60bj chewable tablets & hanya mengandungi perisa anggur sahaja. 




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
♥ COD : Klang area only

Set Promosi Alfalfa Complex Shaklee Sehingga 31 Januari 2014

Salam semua pembaca blog Mommafiyya. Bersempena dengan promosi Alfalfa Complex Shaklee (buy 6 free 1) pada bulan Januari 2014 ini:

  1. Set Bajet Slimmimg
  2. Set Bajet Penyusuan
  3. Set Kesuburan Wanita
  4. Set Resdung/Alergi
  5. Set Digestive Health
  6. Set Suami Isteri











Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
♥ COD : Klang area only

Promosi Januari 2014: Alfalfa Complex Shaklee Yang Mempunyai 1001 Khasiat

Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca blog Mommafiyya. Macam biasalah kan, masuk saja bulan baru mesti ada promosi baru dari Shaklee :) Promosi untuk bulan Januari 2014 ialah Alfalfa Complex Shaklee! Yeay! Saya sendiri pengguna tegar Alfalfa Complex semasa menyusukan anak pertama saya. Memang best gila Alfalfa Complex ini. Keputihan saya hilang & pengeluaran susu saya bertambah sampai tak muat freezer untuk simpan stok susu. Hihi. Jom kita kenal-kenal dengan lebih lanjut tentang Alfalfa Complex Shaklee ini.


alfalfa complex shaklee
Alfalfa Complex Shaklee


Alfalfa merupakan sejenis herba yang mempunyai 1001 khasiat dan dikenali sebagai “the father of all foods”. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.



Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s. Merupakan sumber semulajadi alfalfa dan pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi. Alfalfa complex Shaklee tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee:

1. Mengurangkan toksin dan merendahkan kolesterol
2. Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan
3. “Milk booster” bagi ibu yang menyusukan anak
4. Mengurangkan keputihan di kalangan wanita
5. Merawat asthma, resdung dan eczema
6. Mengurangkan paras gula di dalam darah
7. Merawat masalah sembelit dan gastrik
8. Menghangatkan hubungan suami isteri ==> KLIK DI SINI
9. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
10. Memberi kelegaan semasa haid 
11. Membesar dan menegangkan payudara
12. Merawat arthritis
13. Memulihkan urat selepas bersalin
14. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
15. Mencuci hati,darah & usus (detoks)

Alfalfa Complex Shaklee ini tidak terhad kepada perempuan sahaja ye. Lelaki pun boleh makan sekali tau. Individu yang tidak dibenarkan mengambil Alfalfa Complex Shaklee:

  • SLE tak boleh amik alfalfa kerana alfala mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan
  • Wanita mengandung tak dinasihatkan mengambil alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran
  • Anemia tak boleh amik alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.

Testimoni saya sendiri & juga pengguna Alfalfa Complex Shaklee:

testimoni alfalfa

testimoni alfalfa













Banyak lagi sebenarnya testimoni Alfalfa Complex Shaklee ini. Sangat rugi jika anda tidak dapatkannya pada promosi kali ini. Beli 6 botol, anda akan dapat percuma lagi 1 botol Alfalfa Complex Shaklee. Berbaloi betul! Cepat dapatkan Alfalfa Complex Shaklee sebelum 31 Januari 2014 ini! Alfalfa Complex Shaklee terdiri daripada Alfalfa Small (330tabs) & juga Alfalfa Large (700 tabs).



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
♥ COD : Klang area

Jom Detoks Dengan Shaklee!!

Kesihatan yang baik bermula dengan proses detoksifikasi atau bebas racun dalam tubuh khususnya sistem pencernaan yang terdiri daripada hati, kolon, buah pinggang, darah dan sistem limfa. Secara alaminya, tubuh manusia mampu mengawal kesihatan diri sendiri. Bagaimanapun, mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin. Keadaan bertambah serius jadinya apabila ia tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna daripada badan.

Toksin-toksin ini sangat berbahaya dan bersifat terkumpul, serta dapat menyebabkan kerosakan sistem detoksifikasi tubuh dan gangguan pada memproses metabolisme tubuh. Kehadiran toksin inilah yang menyebabkan gejala seperti:

·         sembelit
·         demam, selesema
·         sakit kepala dan belakang
·         gangguan pernafasan/lelah
·         mulut dan badan berbau
·         penyakit kulit, alahan yang kerap
·         sakit sendi/artritis
·         kolesterol tinggi
·         peningkatan gula dalam darah
·         hipertensi
·         obesiti
·         hilang ghairah seks
·         letih lesu
·         cepat tua

Keadaan ini juga menjadi tanda seseorang itu memerlukan detoks.

Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan racun yang berupaya memusnahkan fungsi sel dan struktur sel tubuh. Beberapa jenis toksin bersifat membunuh manakala selebihnya, lebih ringan.
Antara sumber toksin adalah:

* Logam berat; contohnya raksa, plumbum, serta aluminium. Orang bandar dan mereka yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian sangat rentan tercemar logam-logam ini

* Bahan-bahan kimia, ubat-ubatan, bahan pengawet makanan, pestisid dan racun rumput rampai/herbasid. Bahan-bahan ini lazimnya masuk ke dalam tubuh baik secara sengaja (ubat-ubatan) mahupun secara tidak sengaja, (pengawet makanan, pestisid/herbisid yang terdapat pada sayur-sayuran yang tidak dicuci secukupnya).

* Mikrobial; contohnya, toksin-toksin yang dikeluarkan oleh bakteria

* Produk penguraian protein; dalam hal ini, protein yang dimaksudkan adalah protein apa pun yang kita makan. Hasil penguraian utama metabolisme protein seperti urea dan amonia akan dibuang melalui buah pinggang yang bertugas menyaring darah.

Hati berfungsi sebagai detoksikan bagi tubuh, bekerja mengubah zat-zat yang bersifat toksik bagi tubuh, menjadi zat yang tidak toksik. Namun akibat fungsinya ini, lama-kelamaan hati juga akan rosak apabila diserang secara bertubi-tubi. Sama halnya dengan hati, apabila mengalami serangan bertubi-tubi, buah pinggang pun boleh menjadi rosak.

Sistem detoksifikasi tubuh

Tubuh kita sebenarnya memiliki mekanisme detoksifikasi sendiri. Sistem detoksifikasi tubuh yang utama adalah:

- Kulit, melalui keringat
- Usus, melalui najis dan cecair perut
- Buah pinggang, melalui air kencing
- Hati, melalui proses berenzim/enzimatik agar toksin menjadi lebih larut dan efek toksiknya berkurang/hilang.

Detoksifikasi oleh hati



Keadaan hati yang normal berperanan penting untuk melindungi tubuh daripada bahaya kanser. Ini kerana, hampir 90 peratus daripada penyakit pembunuh itu disebabkan oleh karsinogen/sebarang bahan yang apabila terdedah kepada tisu hidup boleh menyebabkan penghasilan karsinoma atau kanser setempat seperti air, makanan, udara dan kekurangan zat makanan.

Namun, fungsi hati ini juga dapat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti usia, kurangnya aktiviti serta kekurangan zat makanan. Fungsi hati sebenarnya dapat ditingkatkan secara nyata dengan memakan makanan yang berkhasiat. Dengan fungsi hati yang normal, sekitar 99 peratus toksin dan racun bakteria dapat disingkirkan.

Sekali toksin telah diubah menjadi bentuk yang tidak toksik, maka toksin tersebut harus segera dibuang. Hempedu menyediakan jus untuk mengangkut zat-zat toksik dan kolesterol. Di usus, cairan ini akan diserap oleh serat, dan dibawa bersama serat untuk dibuang melalui najis. Makanan rendah serat hanya mampu membuang bersamanya sedikit toksin sahaja. Akibatnya banyak toksin yang tertinggal di dalam tubuh. Lebih buruk lagi, bakteria di dalam usus akan mengubah toksin-toksin tersebut menjadi bentuk yang lebih berbahaya.

Proses enzimatik hati bekerja meneutralkan kimia yang tidak diinginkan seperti ubat, pestisid dan toksin dari perut. Proses ini menghasilkan radikal-radikal bebas yang bisa merosakkan hati, kecuali tubuh memiliki cukup antioksidan, vitamin dan mineral. Oleh sebab itu, banyak makan buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh, biji-bijian dan kekacang merupakan cara ideal untuk memberikan khasiat yang diperlukan tubuh.

Ketika seseorang mengalami kerosakan pada proses enzimatik hati, individu tersebut akan mudah menjadi lemah, dan cenderung mengalami gangguan pencernaan dan alahan. Ini boleh dielakkan jika seseorang memiliki gaya hidup sihat dan selalu makan makanan yang sihat serta berkhasiat. Menghindari lemak, gula ditapis dan alkohol adalah antara cara bijak menghindari kerosakan hati.

Cara detoksifikasi

Sebenarnya, kita semua boleh membantu tubuh melakukan detoksifikasi sendiri. Namun detoksifikasi ini memerlukan perancangan dan idealnya harus dilakukan secara berkala di bawah pengawasan pakar. Mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman rutin juga membantu pencernaan dan proses detoksifikasi.

* Diet; idealnya adalah diet rendah lemak, tinggi karbohidrat kompleks. Cubalah hindari gula, alkohol, lemak, ubat-ubatan yang tidak dibenarkan serta zat-zat lain yang bersifat merosak. Fokuslah pada makanan-makanan berkhasiat yang mengandungi banyak air dan serat larut seperti buah epal dan pear, juga kekacang, brokoli dan kubis.

* Pembersihan dan detoksifikasi untuk membersihkan sistem parasit dan bakteria pada usus dan juga organisme-organisme lain. Pembersihan turut meliputi kulit selaku organ perkumuhan paling berkesan, pengeluaran peluh melalui liang roma. Antaranya, program perawatan detoks wajah/facial dan menggunakan pelekat yang ditampal pada telapak kaki mahupun secara rendaman kaki.

* Puasa; cara yang cepat untuk membuang zat-zat beracun dan meningkatkan proses pemulihan hati. Jumlah hari dan jenis puasanya adalah pelbagai. Boleh dengan puasa tiga hari hanya dengan air dan jus buah, tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat daripada profesional terlebih dahulu. Selama berpuasa, hindari kafein dan minuman bersoda. 

* Suplemen; selain menggunakan suplemen untuk keperluan pemakanan secara umum, gunakan suplemen yang membantu fungsi hati. Pengambilan suplemen juga membantu membersihkan saluran pencernaan dan menunjang fungsi hati.

Kebaikan detoksifikasi

·         Meremajakan sel kulit,
·         menurunkan berat badan berlebihan,
·         meningkatkan tenaga,
·         meningkatkan deria hidu, rasa dan dengar,
·         melancarkan pengaliran darah,
·         membaiki daya ingatan,
·         menghilangkan penyakit seperti alahan, sakit kepala, kembung
·         meningkatkan daya tahan tubuh.






© Utusan Melayu (M) Bhd 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg