Bagaimana nak kumpul EBM yang banyak?

Bagi para ibu yang bercadang untuk menyusukan anak secara eksklusif mesti risau & pening macam mana nak kumpul stok EBM (expressed breastmilk) kan? Saya pon macam tu jugak selepas melahirkan Fiyya. Kelam-kabut & stress kumpul stok susu seminggu sebelum masuk kerja balik. Anda boleh baca pengalaman saya DI SINI. Jangan ikut macam saya yang kumpul stok susu seminggu sebelum bekerja. Sebaik-baiknya sebulan supaya kita tidak terlampau stress jikalau hasil perahan kita sikit. 

Jadi bagaimana saya dapat mengumpul kembali stok susu saya setelah kembali bekerja? Di sini saya senaraikan cara saya mengumpul stok susu:

1) Set Triple M (3M) Shaklee

Set 3M yang terdiri daripada ESP + ostematrix + vitalea + b complex + vita C + alfalfa memang sangat BAGUS & BERKESAN ke atas saya. Sehari selepas makan alfalfa, baju saya basah lenjun selepas bangun tidur. Tapi kuantiti susu perahan saya belum nampak lagi perubahan waktu itu. 3oz je saya dapat untuk 3 kali sesi perahan di tempat kerja saya. Tapi saya teruskan kan juga & minggu ke-2 mula nampak perubahan. :)

2) Mengepam 5-6 kali sehari

Kena faham konsep SUPPLY VS DEMAND. Lagi banyak kita mengepam,lebih banyak susu akan dihasilkan. Sewaktu susu perahan saya sikit, saya hanya mengepam 3 kali sehari sahaja di tempat kerja. Selepas saya mula mengepam 5-6 kali sehari + set 3M Shaklee, memang sekali pam sahaja saya boleh dapat 5-8 oz. Kalau sehari saya boleh dapat 20-25oz susu. Sabtu & ahad pon saya masih mengepam. Saya pam 20-30minit untuk setAnda boleh tengok jadual pam saya di bawah.

Jadual pam pada hari bekerja

Waktu
Breast Kiri
Breast Kanan
6.00am  – 7.00am
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang pagi
10.00 am – 11.00am
Pam sehingga habis
Pam sehingga habis
1.00pm – 2.00pm
Pam sehingga habis
Pam sehingga habis
5.00 pm – 6.00pm
Pam sehingga habis
Pam sehingga habis
9.00 pm – 10.00pm
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang malam
Pam sehingga habis
2.00 am – 3.00am
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang malam















Jadual pam pada hari TIDAK bekerja


Waktu
Breast Kiri
Breast Kanan
6.00am  – 7.00am
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang pagi
10.00 am – 11.00am
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang pagi
Pam sehingga habis
1.00pm – 2.00pm
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang tengahhari
5.00 pm – 6.00pm
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang patang
Pam sehingga habis
9.00 pm – 10.00pm
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang malam
2.00 am – 3.00am
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang malam
Pam sehingga habis


Kesimpulannya, kedua-dua breast dapat distimulate both by feeding and pumping. 


3) Pilih pam yang betul

Saya mula-mula membeli pam manual jenama Medela. Memang best tapi lepas sebulan tangan saya mula sakit. Terus saya decide untuk beli Medela Freestyle. Memang best gila pam ni walaupun sangat mahal. Boleh pam kedua-dua breast dalam satu masa. Jimat masa saya kalau mengepam di tempat kerja. Saya pernah cuba pam jenama Spectra. Tak tahu la mana silapnya, saya pam je terus keluar darah. Habis susu saya jadi warna pink. Memang trauma guna spectra. Jadi nasihat saya kepada para ibu supaya memilih jenama yang memang specialized dalam pembuatan breastpump ni. 

4) Sentiasa berfikiran positif

Ini memang sangat penting. Kalau kita asyik fikir yang susu kita ni tak cukup, memang sampai bila-bila tidak akan cukup. Cuba cakap dekat diri sendiri " susu saya cukup & banyak!". Inila yang saya sentiasa saya cakap dekat diri saya. Orang sekeliling saya selalu cakap "susu ko sikit nye Dayang.." bila nampak saya hanya mampu pam 3oz sahaja. Tapi saya sentiasa positif & cakap "walaupun 3oz, ianya dah cukup untuk fiyya". Lama-lama memang susu saya makin banyak. Orang yang dulu cakap susu saya sikit kini dah cakap "banyaknyer susu ko Dayang.." :)

5) Minum banyak air & elakkan kafein

Saya minum 2-3 liter air kosong sehari. Dekat tepi katil pun saya letak 1 botol air mineral. Saya memang suka kopi & teh. Di sebabkan saya pernah baca bahawa kafein ni boleh mengurangkan susu, saya memang 'puasa' terus kopi & teh ni. Sebulan sekali je saya minum secawan. 

Penyusuan eksklusif memang sangat mencabar. Fiyya sekarang sudah berumur 10 bulan dan masih lagi minum susu saya. Susu formula langsung saya tidak pernah campur. Bukan nak bangga diri, cuma kalau kita mempunyai azam yang tinggi untuk menyusukan anak kita, insyaallah kita akan berjaya. Jom tengok koleksi EBM saya. Ini semua saya kumpul selepas saya kembali bekerja.



testimonial set 3M

testimonial set 3M

testimonial set 3M

testimonial set 3M





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

0 comments:

Post a Comment