Mitos & Fakta: 4 Makanan Terlarang Ketika Berpantang

Tempoh berpantang merupakan waktu bagi wanita bersalin merehatkan diri. Terdapat pelbagai pantang larang yang perlu diikuti terutamanya bab permakanan. Bagi mereka yang berpantang,sebaiknya perlu tahu beberapa perkara fakta & mitos mengenai penjagaan diri ketika berpantang.

MITOS 1: Takut untuk memakan sayur & buah kerana sejuk untuk badan
FAKTA : Sebenarnya sayuran & buah-buahan seperti kangkung,  kekacang, bayam, labu, sawi & lain-lain memberi sumber vitamin & mineral & dapat mengelakkan sembelit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sayuran hijau mempunyai klorofil yang membantu merangsang pembentukan sel darah merah pada pesakit anemia.



MITOS 2 : Minum air banyak boleh menyebabkan buncit perut
FAKTA : Orang dewasa digalakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Minum air yang cukup boleh mengelakkan sembelit,menstabilkan suhu badan & membantu pengeluaran susu ibu dengan baik. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan & perkumuhan. Bayangkan jika anda cuma minum 1 liter atau kurang dalam sehari. 

MITOS 3 : Makanan laut boleh menyebabkan gatal & berbisa seperti udang & kerang
FAKTA : Sebenarnya jka tiada alergi, ia boleh dimakan untuk mendapatkan sumber protein. Tidak semua orang akan mengalami alergi setelah memakan makanan laut. 



MITOS 4 : Memakan telur boleh menyebabkan luka bernanah
FAKTA : Nanah disebabkan oleh jangkitan kuman. Telur adalah sumber protein yang baik & bagus untuk pemulihan luka dalaman. Telur kaya dengan vitamin & meineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251mg Kolin. Kolin penting untuk wanita hamil kerana ianya berperanan untuk pembentukan otaak janin & memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.


Daripada pengalaman berpantang saya, saya langsung tidak berpantang makanan apa-apa. Saya main bedal sahaja kecuali saya tak minum air sejuk. Bila saya berpantang lagi, saya mahu berpantang menggunakan SET BERPANTANG SHAKLEE. :)

0 comments:

Post a Comment