Tips berpuasa ketika hamil

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua.. Tinggal 1 hari sahaja lagi untuk kita mula berpuasa. Bagaimana dengan persediaan bakal-bakal ibu yang sedang hamil untuk mengahdapi bulan Ramadhan? Mesti anda berasa gusar & tertanya-tanya adakah diri anda mampu melaksanakannya bukan? Mari baca antara tips-tips berpuasa ketika sedang hamil.


Tips Elak Kekurangan Tenaga & Nutrien yang Diperlukan Oleh Bayi Didalam Kandungan:
  • Minum banyak air ketika bersahur & berbuka
  • Kurangkan minum kopi & teh
  • Pastikan ambil banyak protein (kekacang,daging,telur)
  • Elakkan makanan yang bergula. Akan sebabkan paras gula tinggi & rendah secara mendadak & ini akan membuat anda rasa pitam & pening
  • Elakkan makanan yang bergoreng & berlemak
  • Makan kurma & kekacang kerana ia memberi tenaga berterusan
Panduan Untuk Elak Keletihan Ketika Berpuasa:
  • Rancang aktiviti harian agar dapat rehat secukupnya
  • Elakkan berjalan jauh
  • Elakkan terdedah kepada cuaca panas 
  • Kurangkan kerja rumah yang berat & membawa barang yang berat
  • Perbanyakkan bacaa Al-Quran
Komplikasi Kehamilan Berikut Dilarang Untuk Berpuasa:
  • kencing manis
  • penyakit buah pinggang
  • hati tidak berfungsi
  • bronchial asthma yang kuat
  • tekanan darah tinggi
  • kehamilan kembar
  • berisiko melahirkan bayi pramatang
Jika Anda Mempunyai Tanda-tanda Berikut, Dinasihatkan Untuk Tidak Meneruskan Berpuasa:
  • pening,pitam,lemah walaupun telah berehat
  • loya & mula muntah
  • sangat haus,warna kencing menjadi keruh & berbau hancing
  • kekurangan pergerakan bayi dalam kandungan
  • rahim mengeras
  • berat badan ibu menurun
Ibu juga tidak digalakkn berpuasa terutama pada trimester pertama (3 bulan pertama) kerana pada peringkat ini, ibu selalu mengalami masalah seperti morning sickness di samping saat inilah bayi memerlukan nutrien yang secukupnya.

Jangan sesekali tinggalkan sahur kalau ibu berkeinginan berpuasa. Makanan ketika sahur haruslah lengkap,mengenyangkan & memberi tenaga untuk sepanjang hari. Bagi mereka yang tidak mampu berpuasa akibat penyakit yang dhidapi, dibenarkan berbuka namun harus gantikannya. 



0 comments:

Post a Comment