Asid folik & kehamilan

Kebanyakan wanita tidak menyedari kepentingan asid folik sebelum hamil. Asid folik sangat digalakkan untuk diambil antara 3-6 bulan sebelum hamil. Asid folik (folat/vitamin B9) sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA baru & pada masa yang sama memperbaik DNA yang rosak di dalam sel. Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, tahap kesihatan bayi yang dikandung akan terjejas. 

Kebaikan asid folik:

  1. mengurangkan risiko kecacatan pada bayi terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect / NDT), gangguan pembentukan otak & tempurung kepala yang tidak sempurna tau langsung tidak terbentuk (anecephaly/encephalocele) & masalah saraf tunjang (spina bifida)
  2. menambahkan kepekatan hemoglobin dalam darah
  3. mengurangkan risiko kelahiran pra-matang,lahir mati & keguguran
  4. mengurangkan anemia
  5. mengurangkan risiko masalah sumbing lelangit,kecacatan pada jantung,pembentukan tangan & kaki yang tidak sama (limb reduction),kecacatan pada sistem pembuangan air kencing

Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil & sepanjang kehamilan. Supplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan dinasihatkan untuk mengambil asid folik setiap hari sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak & sistem saraf bayi sedang berkembang dengan pesatnya.



Supplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini adalah kerana ia adalah agen pertumbuhan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itu ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kehamilan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, pengambilan pil asid folik 3-6 bulan sebelum merancang hamil sangat penting! Ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

Asid folik & kesuburan

Asid folik dapat membantu masalah kesuburan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Lelaki di galakkan mengambil asid folik antara 700-1000mcg sehari. Asid folik juga merupakan bahan penting dalam proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan menolong wanita mematangkan telur ovum,membantu pembentukan plasenta & proses pelekatan janin di dalam rahim. 

Bagi pasangan yang sukar mendapatkan zuriat,mereka digalakkan untuk mengambil supplemen asid folik sebagai salah satu usaha untuk merawat masalah kesuburan yang dialami. Tapi kena ingat bahawa SUPPLEMEN ASID FOLIK BUKAN UBAT KESUBURAN. :)

Sumber semula jadi asid folik:

  1. brokoli,bayam
  2. sayuran berubi
  3. buah & sayur berwarna kuning (oren,pisang,labu,jagung)
  4. bijirin,oat,gandum
  5. barli
  6. beras perang
  7. kekacang
  8. keju,telur
  9. hati ayam
  10. daging lembu,ayam,kambing
  11. salmon,tuna
Shaklee juga mempunyai supplemen asid folik iaitu B Complex. B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B iaitu B1,B2,B3,B6,B12,asid folik,biotin & pantothenic acid. Kandungan asid folik di dalam B Complex ialah 200mcg.

b complex shaklee
B Complex Shaklee

b complex shaklee nutrition facts
Fakta nutrisi B Complex Shaklee


Sumber: Pa&Ma


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

0 comments:

Post a Comment