Omega Guard Shaklee: Membantu Merangsang Minda Anak Anda

Nutrisi yang baik sememangnya perlu dan penting untuk kanak-kanak. Untuk memperolehi fungsi otak yang optima, mereka perlukan kepelbagaian makanan yang sihat. Malangnya, ramai di kalangan ibu bapa yang tidak menyedari bahawa perkembangan minda kanak-kanak adalah sensitif dan dalam masa yang sama memerlukan nutrien khusus bagi merangsang mindanya.

Anda mungkin pernah mendengar tentang kepentingan asid lemak perlu kepada kesihatan dan proses perkembangan kanak-kanak. Kekurangannya juga boleh mempengaruhi tumbesaran yang sihat. Tanda-tanda lazim kekurangan asid lemak 'politaktepu berantai panjang' di kalangan kanak-kanak termasuklah kulit yang kering, kuku yang rapuh serta rambut yang kering dan kusam.



Ramai pakar pemakanan dan ahli perubatan menyarankan pengambilan asid lemak perlu yang seimbang untuk kanak-kanak, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, kelemahan daya fokus dan tingkah laku seperti ADHD dan juga alahan.

Kajian yang dibuat oleh penyelidik dan pakar perubatan pemakanan Kanada ke atas kanak-kanak ADHD mendapati 80 peratus daripadanya mengalami kekurangan asid lemak perlu Omega-3 (seperti yang diperolehi daripada minyak ikan) dan satu dalam lima orang kekurangan asid lemak perlu asid gama linolenik (GLA) seperti yang diperolehi daripada minyak evening primrose.

Kajian oleh universiti Oxford juga menyetujuinya, di mana kajian mendapati kanak-kanak yang bermasalah dengan tingkah laku atau masalah pembelajaran memberi respon positif dengan pengambilan kombinasi minyak ikan dan minyak evening primrose.

Kanak-kanak seawal usia begini boleh diberikan makanan tambahan seperti yang kaya dengan asid lemak perlu, seperti omega-3 (boleh diperolehi daripada minyak ikan) dan omega-6. Asid dokosaheksanoik daripada asid lemak Omega-3 dianggap antara nutrien ajaib untuk otak dengan menjadikan membran berlemak yang mengelilingi atau sekitar sel saraf dalam otak lebih fleksibel, membenarkan lebih neurotransmiter dipindahkan antara sel saraf (perhubungan) dan sekaligus mempertingkatkan keupayaan untuk berfikir dengan lebih cepat dan memberi tumpuan yang lebih baik.

Memandangkan asid-asid lemak perlu ini berada dalam konsentrasi tinggi dalam otak untuk membolehkan ia berfungsi secara normal, maka tidak hairanlah kekurangannya akan mempunyai kaitan dan memberi kesan kepada kemerosotan fungsi minda.

Dengan pengambilan asid lemak yang mencukupi boleh memastikan perkembangan dan kelancaran fungsi otak, mata serta fungsi tubuh yang lain. Walaupun sel-sel otak sudah terbentuk sebelum kelahiran, tetapi perhubungan antara sel-sel otak giat berlaku pada peringkat awal kehidupan kanak-kanak untuk membolehkan pembelajaran berlaku. Ini kerana ia penting bagi mengekalkan keutuhan dan keanjalan membran sel supaya penghantaran mesej atau impuls antara sel-sel saraf berlaku secara efektif.

Anda boleh melihat tentang kesan pengambilan Omega-3 ke atas seorang kanak-kanak bernama Elliot di dalam video di bawah:






omega guard shaklee
Omega Guard Shaklee

Shaklee telah mengeluarkan minyak ikan mereka sendiri yang dikenali sebagai Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang terunggul di dunia! Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkain spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA & banyak lagi. Satu sajian Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg EPA & DHA.



Kebaikan Omega Guard Shaklee:

1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan radang sendi
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Menggalakkkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
6. Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
7. Mengurangkan risiko kanser payudara,prostat dan usus
8. Menguatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru (memperbaiki penyakit lelah/asma)


Omega Guard Shaklee sesuai untuk diambil sebagai supplemen tambahan untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, wanita & lelaki. Selain bagus untuk minda anak-anak anda, ianya juga boleh mengurangkan demam & selsema di kalangan kanak-kanak. Anda boleh lihat testimoninya DI SINI . Jom dapatkan Omega Guard Shaklee sekarang sebelum promosi tamat 31 Disember 2013! 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

0 comments:

Post a Comment