Herblax Shaklee:Membantu anda mengatasi masalah sembelit

SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar. Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

‘‘Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

‘‘Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan.

Tanda-tanda awal

  1. Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.
  2. Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).
  3. Bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.
  4. ‘‘Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari. ‘‘Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda. Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.
  5. Kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Punca-punca penyakit sembelit

  • Najis yang keras
* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber
* Penghidratan
* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan aluminium

  • Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan peristaltic akan musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak bergerak

* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau bertindak perlahan)
* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah
* Kecederaan sfinkter anal
* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan sesetengah jenis antidepresan
* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain
* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan yang jarang berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil penguraian hemoglobin yang dikumuhkan dalam air kencing
* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama keinginan untuk membuang air besar
* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah sempit atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di mana najis tidak dapat keluar
* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)
* Divertikula - sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam dinding trek alimentari
* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus

  • Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan keadaan sekitar

* Sembelit fungsi
* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan sembelit dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen

Rawatan

‘‘Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber. ‘‘Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.

‘‘Selain daripada itu, anda juga boleh mencuba Herblax Shaklee.


Ia mengandungi 9 herba semulajadi: alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckhorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root.

Kebaikan Herblax:

1) Pembersihan najis yang tersekat ==> merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh
2) Membantu masalah sembelit ==> membantu masalah sembelit dan tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement).
3) Mengempiskan perut ==> membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.  

Bagi pesakit yang mengalami sembelit berpanjangan yang tidak sembuh setelah mengambil berbagai-bagai jenis rawatan untuk sembelit, maka haruslah pesakit dirujuk kepada pakar bedah untuk ujian lanjutan bagi mencari punca sembelit.

Testimoni mereka yang telah mencuba Herblax Shaklee:

testimoni herblax shaklee


testimoni herblax shaklee



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

0 comments:

Post a Comment