Slim dengan Shape-Up Set Shaklee



Entry pada kali ini adalah mengenai Shape-Up Set dari Shaklee yang merupakan salah satu hot products Shaklee. Setiap lelaki dan wanita mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi. Pada kebanyakan diet, kita kehilangan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, kita kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisma kita. 

OTOT = METABOLISMA

Apabila kita tidak meneruskan lagi diet tersebut, kita tidak boleh membakar kalori seperti kita lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan akan bertambah. Kitaran ini akan berulang setiap kali kita melakukan diet. Inilah apa yang dipanggil sebagai "yo-yo effect". Dengan Shape-Up Set Shaklee, anda dapat menikmati hidup baru yang hebat dengan menghilangkan lemak berlebihan. 

SHAPE-UP SET SHAKLEE



Shape-Up Set Shaklee terdiri daripada:
  1. Cinch Shake Mix
  2. Cinch Energy Tea Mix
  3. Lecithin
  4. Herb-Lax

Cinch Shake Mix

Setiap kali anda minum Cinch Shake Mix, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan. Cinch Shake Mix diperkaya dengan Leucine yang berfungsi untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan. Cinch Shake Mix terdapat dalam perisa chocolate, vanilla dan cafe latte.

Cinch Energy Tea Mix

Ia memberi anda tenaga semulajadi dan rasa yang selesa. Diperbuat daripada campuran teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha. Cinch Energy Tea Mix merupakan perangsang dan pembekal tenaga semulajadi dan selamat. Ditambah dengan Taurina, ianya dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Cinch Energy Tea Mix juga merupakan pilhan terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh.

Lecithin

Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu. Fungsi utama Lecithin adalah untuk memecahkan lemak dan kolesterol.  

Herblax
   
Ia mengandungi 9 herba semulajadi: alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckhorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root. Herblax merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Selain itu, Herblax juga membantu masalah sembelit dan tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement). 

Kebaikan Shape-Up Set Shaklee:

  1. Badan yang langsing dan rapi
  2. Nampak lebih anggun
  3. Rasa unggul
  4. Rasa lebih bertenaga
  5. Meningkatkan keyakinan diri
  6. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

KEEP MUSCLE YOU HAVE
BURN FAT YOU DON'T NEED
LOSE INCHES YOU DON'T WANT




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg






Persediaan Awal Menjayakan Penyusuan Eksklusif

Entri kali ini saya ingin membincangkan keperluan asas yang perlu kita  ada bagi memastikan penyusuan eksklusif berjalan dengan lancar. Kebanyakan kelengkapan yang perlu disediakan ini merupakan pelaburan di masa akan datang memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup. 

1) Pam
Tidak kira manual atau elektrik, pakar laktasi mengesyorkan para ibu menggunakan pam yang boleh mengendalikan kedua-dua belah corong payu dara bagi membolehkan kita melakukan pengepaman berganda dalam satu-satu masa. 

Jenis dan jenama itu bergantung kepada keperluan dan keupayaan ekonomi masing-masing. Bagi ibu yang bekerjaya, anda perlu selarikan ia dengan keperluan diri yang mungkin perlu kerap outstation atau yang hanya sepenuh masa di pejabat. Antara ciri-ciri pam yang elok ialah:

(a) memerlukan masa yang singkat untuk mengumpul susu dalam kuantiti yang banyak
(b) harga yang berbaloi
(c) mudah disimpan dan dibawa kemana-mana

Saya menggunakan pam Medela Freestyle kerana ianya sangat menjimatkan masa dan boleh mengepam kedua-dua belah payu dara secara serentak. Walaupun harganya mahal, ianya merupakan pelaburan yang berbaloi kerana saya boleh menggunakannya untuk anak-anak saya yang akan datang.

2) Bekas penyimpanan susu ibu
Bekas yang selalu menjadi pilihan adalah botol plastik dan plastik steril. Saya menggunakan kedua-dua jenis bekas tersebut. Saya gunakan botol untuk susu yang baru sahaja dipam dan disimpan di ruang 'chiller' di dalam peti ais. Jika susu tersebut masih belum digunakan selepas 5 hari, saya akan pindahkannya ke dalam plastik sterile dan simpan terus di dalam freezer. Kebaikan botol adalah ianya menjimatkan duit kerana kita boleh menggunakannya berulang kali. Plastik sterile pula mampu menjimatkan ruang. Pastikan bekas tersebut bebas BPA ye.

3) Cooler bag
Pastikan ia mempunyai kualiti penebat dingin yang berkualiti tinggi supaya susu anda kekal elok sepanjang berada di pejabat. 

4) Pek ais
Fungsi pek ais adalah bagi memastikan susu yang diperah dapat bertahan lama ketika disimpan di dalam cooler bag. Biasanya 3 pek ais diperlukan untuk cooler bag yang bersaiz sederhana. Kalau cooler bag anda besar, anda mungkin memerlukan lebih daripada 3 pek ais.

5) Poncho / Nursing cover
Saya menggunakan nursing cover jenama Autumnz kerana saiznya yang besar dan mampu menutup bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Jadi saya tidak perlu risau ketika mengepam di surau atau menyusukan Fiyya di tempat awam.

6) Pakaian menyusu
Pakaian yang bersesuaian buat diri anda akan memudahkan proses penyusuan dan pengepaman payu dara. Oleh yang demikian, para ibu boleh mendapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruang bukaan tertentu bagi membolehkan anda menyusu atau mengepam dengan selesa. Saya menggunakan pakaian yang sedia ada sahaja kerana saya menggunakan pocho ketika mengepam. Untuk menyusu pula, saya lebih suka memilih baju yang mempunya butang di hadapan supaya saya tidak perlu menyelak baju saya dari bawah. 

7) Freezer
Ruang freezer peti ais kita mungkin tidak cukup untuk menyimpan stok susu kita jika memasang impian untuk menyusu lebih daripada 6 bulan. Apatah lagi perkongsian ruang antara bekalan susu ibu dengan bahan-bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan berkemungkinan mendedahkan stok anda kepada bahan-bahan tercemar sehingga boleh mencemarkan kualiti susu. Sebaik-baiknya dapatkan lah freezer yang bersaiz kecil.

8) Breast pad
Pad ini penting bagi membolehkan lelehan susu ibu dapat diserap dengan baik. Paling penting ia dapat mengelakkan pakaian kita daripada basah dan kotor. Saya menggunakan  washable breast pad kerana ia sangat menjimatkan duit. :)

9) Nursing bra
Sepanjang proses penyusuan, pastikan anda memiliki beberapa helai nursing bra yang mempunyai daya sokongan yang baik. Seeleoknya ia diperbuat daripada kapas dan anda tidak dinasihatkan untuk menggunakan nursing bra yang berdawai kerana ia akan menyebabkan saluran susu tersumbat. Saya beli nursing bra dekat Tesco kerana harganya murah. Dalam lingkungan RM12-18 sahaja. 

10) Masking tape dan marker/pen
Kedua-dua peralatan ini diperlukan untuk menulis tarikh dan masa anda mengepam susu. Tape tersebut akan dilekatkan di botol atau plastik sterile. 

11) Suppelement
Bagi para ibu yang mempunyai masalah penyusuan, supplement untuk menggalakkan penghasilan susu ibu adalah amat penting. Saya menggunakan Set 3M dari Shaklee. Memang berbaloi-baloi. Anda boleh melihat testimoni saya dan para ibu yang mengamalkan Shaklee disini. Untuk melihat set penyusuan yang lain, sila klik disini.

Sumber: Pa&Ma (April 2013)

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


Set Hamil/Mengandung Shaklee



Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti mengimpikan untuk mempunyai anak. Setelah mendapat berita gembira yang anda sedang hamil, saya pasti anda ingin memberikan yang terbaik untuk anak anda. Ibu hamil memerlukan diet yang seimbang supaya anda dan bayi mendapat nutrient yang diperlukan.

Diet yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut: 

·         Buah-buahan dan sayur-sayuran, samada segar, sejuk-beku, dalam  tin atau yang kering.
·         Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang.
·         Makanan yang kaya dengan protein seperti dagingikantelur dan kekacang.
·         Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.

Nutrien yang anda perlukan untuk membantu bayi anda membesar:

Nutrien
Fungsi
Kalsium
Pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah
Kromium
Mengawal tahap gula dalam darah; merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina
Tembaga
Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah
Fluorida
Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal
Asid folik
Adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak.
Iodin
Mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf
Zat besi
Membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi
Magnesium
Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu
Mangan
Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat
Asid Pantotenik
Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak
Fosforus
Membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal
Potassium
Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisma tenaga dan fungsi saraf
Riboflavin
Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda
Thiamin
Menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf
Vitamin A
Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah.
Vitamin B6
Membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf.
Vitamin C
Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi.
Vitamin D
Membantu membina tulang dan gigi.
Zinc
Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran



Walaupun nutrien-nutrien terbabit boleh diperolehi daripada sumber makanan, kita masih memerlukan mineral tambahan untuk memenuhi keperluan nutrient kita. Set Ibu Hamil Shaklee membantu membekalkan nutrien-nutrien tersebut. Set ibu hamil terbahagi kepada 2 iaitu Set J-1 (Trimester 1) dan Set J-2 (Trimester 2 & 3).

Set J-1

·         Vitalea
·         B-complex
·         Vita C
·         Ostematrix

Set J-2

·         Vitalea
·         B-complex
·         Vita C
·         Ostematrix
·         Omega Guard

SET HAMIL SHAKLEE (SET J-1 & J-2)

Vitalea

·         Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
·         Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
·         Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
·         Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
·         Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
·         Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

B-Complex

·         B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
·         B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
·         Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Vita C

·         Membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
·         Membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
·         Dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematrix

·    Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
·       Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
·  Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung
·        Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
·     Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Omega Guard

·         Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
·         Membantu perkembangan memori
·         Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan

Ibu mengandung juga digalakkan mengambil ESP (energizing soy protein).

ESP (energizing soy protein)

·         Memberi tenaga segera dan meningkatkan sistem  imun kepada ibu yang mengandung  
·         Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah
·         Membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh dan membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
sms/whatsApp: 017-5478807
Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah
  sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-
  penyakit yang dihidapi.