Persediaan Awal Menjayakan Penyusuan Eksklusif

Entri kali ini saya ingin membincangkan keperluan asas yang perlu kita  ada bagi memastikan penyusuan eksklusif berjalan dengan lancar. Kebanyakan kelengkapan yang perlu disediakan ini merupakan pelaburan di masa akan datang memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup. 

1) Pam
Tidak kira manual atau elektrik, pakar laktasi mengesyorkan para ibu menggunakan pam yang boleh mengendalikan kedua-dua belah corong payu dara bagi membolehkan kita melakukan pengepaman berganda dalam satu-satu masa. 

Jenis dan jenama itu bergantung kepada keperluan dan keupayaan ekonomi masing-masing. Bagi ibu yang bekerjaya, anda perlu selarikan ia dengan keperluan diri yang mungkin perlu kerap outstation atau yang hanya sepenuh masa di pejabat. Antara ciri-ciri pam yang elok ialah:

(a) memerlukan masa yang singkat untuk mengumpul susu dalam kuantiti yang banyak
(b) harga yang berbaloi
(c) mudah disimpan dan dibawa kemana-mana

Saya menggunakan pam Medela Freestyle kerana ianya sangat menjimatkan masa dan boleh mengepam kedua-dua belah payu dara secara serentak. Walaupun harganya mahal, ianya merupakan pelaburan yang berbaloi kerana saya boleh menggunakannya untuk anak-anak saya yang akan datang.

2) Bekas penyimpanan susu ibu
Bekas yang selalu menjadi pilihan adalah botol plastik dan plastik steril. Saya menggunakan kedua-dua jenis bekas tersebut. Saya gunakan botol untuk susu yang baru sahaja dipam dan disimpan di ruang 'chiller' di dalam peti ais. Jika susu tersebut masih belum digunakan selepas 5 hari, saya akan pindahkannya ke dalam plastik sterile dan simpan terus di dalam freezer. Kebaikan botol adalah ianya menjimatkan duit kerana kita boleh menggunakannya berulang kali. Plastik sterile pula mampu menjimatkan ruang. Pastikan bekas tersebut bebas BPA ye.

3) Cooler bag
Pastikan ia mempunyai kualiti penebat dingin yang berkualiti tinggi supaya susu anda kekal elok sepanjang berada di pejabat. 

4) Pek ais
Fungsi pek ais adalah bagi memastikan susu yang diperah dapat bertahan lama ketika disimpan di dalam cooler bag. Biasanya 3 pek ais diperlukan untuk cooler bag yang bersaiz sederhana. Kalau cooler bag anda besar, anda mungkin memerlukan lebih daripada 3 pek ais.

5) Poncho / Nursing cover
Saya menggunakan nursing cover jenama Autumnz kerana saiznya yang besar dan mampu menutup bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Jadi saya tidak perlu risau ketika mengepam di surau atau menyusukan Fiyya di tempat awam.

6) Pakaian menyusu
Pakaian yang bersesuaian buat diri anda akan memudahkan proses penyusuan dan pengepaman payu dara. Oleh yang demikian, para ibu boleh mendapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruang bukaan tertentu bagi membolehkan anda menyusu atau mengepam dengan selesa. Saya menggunakan pakaian yang sedia ada sahaja kerana saya menggunakan pocho ketika mengepam. Untuk menyusu pula, saya lebih suka memilih baju yang mempunya butang di hadapan supaya saya tidak perlu menyelak baju saya dari bawah. 

7) Freezer
Ruang freezer peti ais kita mungkin tidak cukup untuk menyimpan stok susu kita jika memasang impian untuk menyusu lebih daripada 6 bulan. Apatah lagi perkongsian ruang antara bekalan susu ibu dengan bahan-bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan berkemungkinan mendedahkan stok anda kepada bahan-bahan tercemar sehingga boleh mencemarkan kualiti susu. Sebaik-baiknya dapatkan lah freezer yang bersaiz kecil.

8) Breast pad
Pad ini penting bagi membolehkan lelehan susu ibu dapat diserap dengan baik. Paling penting ia dapat mengelakkan pakaian kita daripada basah dan kotor. Saya menggunakan  washable breast pad kerana ia sangat menjimatkan duit. :)

9) Nursing bra
Sepanjang proses penyusuan, pastikan anda memiliki beberapa helai nursing bra yang mempunyai daya sokongan yang baik. Seeleoknya ia diperbuat daripada kapas dan anda tidak dinasihatkan untuk menggunakan nursing bra yang berdawai kerana ia akan menyebabkan saluran susu tersumbat. Saya beli nursing bra dekat Tesco kerana harganya murah. Dalam lingkungan RM12-18 sahaja. 

10) Masking tape dan marker/pen
Kedua-dua peralatan ini diperlukan untuk menulis tarikh dan masa anda mengepam susu. Tape tersebut akan dilekatkan di botol atau plastik sterile. 

11) Suppelement
Bagi para ibu yang mempunyai masalah penyusuan, supplement untuk menggalakkan penghasilan susu ibu adalah amat penting. Saya menggunakan Set 3M dari Shaklee. Memang berbaloi-baloi. Anda boleh melihat testimoni saya dan para ibu yang mengamalkan Shaklee disini. Untuk melihat set penyusuan yang lain, sila klik disini.

Sumber: Pa&Ma (April 2013)

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


0 comments:

Post a Comment