Punca Ketidaksuburan di Kalangan Lelaki & Wanita

Masalah ketidaksuburan merupakan masalah yang sangat 'sensitif' di kalangan wanita mahupun lelaki. Selepas 6 bulan mencuba untuk hamil gagal, anda suami isteri harus mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti punca ketidaksuburan di kedua-dua belah pihak. 



Anda harus tahu bahawa 1/3 masalah ketidaksuburan datang daripada wanita. 1/3 berpunca daripada lelaki & selebihnya adalah gangguan faktor-faktor yang tidak dapat dikenal pasti.  

WANITA 

1. Gangguan telur
- hormon yang tidak seimbang mengganggu proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan boleh terganggu jika anda mempunyai berat badan yang terlalu kurang @ terlalu berat,mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. 

2. Saluran fallopio tersumbat
- berlaku mungkin disebabkan jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio & bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endometriosis. 

3. Endometriosis
- berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang & tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri & menyebabkan kesakitan haid.




4. Antibodi menyerang
- tubuh tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibod yang akan menyerang sel gamet (telur & sperma). Kes antibodi menyerang sel sperma paling banyak berlaku. Disebabkan itu sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim & persenyawaan tidak dapat dilaksanakan

5. Masalah rahim
- fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot & tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar & menyebabkan kesakitan semasa haid. 

LELAKI

1. Sperma tidak matang
- berlaku apabila lelaki tidak dapat mengahsilkan sperma normal yang bergerak bebas & mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon,tekanan perasaan,faktor alam sekitar,masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Jangkitan virus seperti selsema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma,tetapi ianya bersifat sementara. 



2. Gangguan pengangkutan sperma
- air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah salur tiub fallopio yang tersumbat


Anda juga boleh membaca entry saya sebelum ini yang berkaitan dengan Set Kesuburan Lelaki & Wanita DI SINI


Sumber: Pa&Ma

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


0 comments:

Post a Comment