Susu anda cair?

Susu ibu tidak sama seperti susu formula yang sememangnya kelihatan pekat. Ia adalah perkara biasa jika susu ibu itu kelihatan cair. Terdapat beberapa faktor penentu menyebabkan susu ibu itu cair. Antaranya adalah:


1) Cuaca

Jika cuaca PANAS, susu yang dihasilkan akan lebih CAIR (FOREMILK) kerana ia membolehkan bayi anda mendapatkan lebih banyak air bagi menghilangkan rasa dahaga di samping mengelakkan dirinya daripada mengalami penghidratan. 

Jika cuaca SEJUK, susu dihasilkan akan lebih PEKAT dan BERLEMAK (HINDMILK) kerana ia membolehkan bayi anda mendapat tenaga, memperoleh lebih banyak khasiat serta lebih kenyang ketika berada dalam keadaan sejuk.

2) Kekerapan mengosongkan payudara

Jika kita tidak mengepam kerana terlalu sibuk sehingga perlu melangkau satu sesi pemerahan, proses osmosis akan berlaku di mana susu yang anda perah di sesi pemerahan berikutnya kelihatan cair. Saya sendiri pernah mengalaminya. Kadang-kadang  saya terlampau sibuk atau menghadiri meeting, saya akan skip satu sesi perahan. Bila sahaja saya mengepam di sesi perahan berikutnya, susu memang akan cair betul. Baki susu ibu daripada sesi penyusuan terdahulu akan lebih cair kerana lemak tersekat di sel membran payudara. Maka dengan itu, susu yang cair akan bertambah banyak jika anda tidak benar-benar mengosongkan payudara setiap kali sesi penyusuan berlangsung.   

3) Supplemen

Supplemen yang diambil sebenarnya baik kerana ia MEMBANTU anda menghasilkan susu dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan bayi. Pengambilannya melengkapkan keperluan tubuh untuk menghasilkan susu ibu dan menjadikan anda lebih sihat dan gembira. Rangsangan hormon gembira selepas anda mengambil supplemen akan menyebabkan susu anda menjadi PEKAT. Klik SET MENYUSU/BREASTFEEDING SHAKLEE untuk mengetahui lebih lanjut.

Walaupun susu ibu kelihatan cair, ianya masih mempunyai lapisan lemak. Ini bererti susu ibu masih kaya dengan khasiat walaupun ia tidak pekat. Jadi para ibu tidak perlu risau samaada susu anda cair atau pekat. Khasiatnya tetap sama. 

Sumber: Pa&Ma Januari 2013

0 comments:

Post a Comment