Cara mommafiyya menangani masalah penyusuan susu ibu

Dalam entri lepas saya menceritakan pengalaman dan cabaran yang saya hadapi dalam menyusukan Sofiyya secara eksklusif. So, entri hari ini saya nak berkongsi pula bagaimana saya menangani masalah tersebut. Antaranya:

1) Amalkan konsep Supply vs Demand

Konsep ini sangat senang. Lagi kerap kita kosongkan breast, lagi banyak susu akan dihasilkan. Alhamdulillah setakat hari ini Sofiyya belum berpeluang merasa susu formula. :) Lagi kerap kita mengepam / direct feeding, lagi banyak susu akan terhasil. Sewaktu saya mengalami bengkak susu dahulu, kakak saya menasihatkan supaya sentiasa pam dan direct feed Sofiyya. Sangat sakit ketika mengalami bengkak susu. Hanya Allah je tahu rasa sakit tu. Tapi memang berbaloi sebab selepas 3 minggu, benjolan tersebut hilang. Yang penting kita kena selalu bagi direct feeding dan juga mengepam sekerap mungkin (minimum 5 kali sehari). Berikut adalah jadual pam saya setiap hari (saya follow jadual pam dari Ibucergas.com):


Jadual pam pada hari bekerja


Waktu
Breast Kiri
Breast Kanan
6.00am  – 7.00am
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang pagi
10.00 am – 11.00am
Pam sehingga habis
Pam sehingga habis
1.00pm – 2.00pm
Pam sehingga habis
Pam sehingga habis
5.00 pm – 6.00pm
Pam sehingga habis
Pam sehingga habis
9.00 pm – 10.00pm
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang malam
Pam sehingga habis
2.00 am – 3.00am
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang malam
















Jadual pam pada hari TIDAK bekerja


Waktu
Breast Kiri
Breast Kanan
6.00am  – 7.00am
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang pagi
10.00 am – 11.00am
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang pagi
Pam sehingga habis
1.00pm – 2.00pm
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang tengahhari
5.00 pm – 6.00pm
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang patang
Pam sehingga habis
9.00 pm – 10.00pm
Pam sehingga habis
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang malam
2.00 am – 3.00am
Direct feeding mengikut kemahuan bayi sepanjang malam
Pam sehingga habis


Kesimpulannya, kedua-dua breast dapat distimulate both by feeding and pumping. Dengan cara ini lah saya dapat mengumpul stok EBM saya. :)

2) Sapu Virgin Coconut Oil (minyak kelapa dara)
Yang ni untuk menangani masalah nipple crack. Saya sapu minyak kelapa dara sebelum dan selepas menyusukan Sofiyya. Lama2 luka tersebut pulih dengan sendirinya. :)

3) Set breastfeeding 3M Shaklee

Nasib baik kawan saya memperkenalkan SET 3M SHAKLEE. Mmg sangat berkesan. Seminggu lepas makan Shaklee, susu saya makin bertambah. Sebelum bertemu Shaklee, saya hanya dapat 6 oz sahaja di tempat kerja (3x pumping sessions). Sekarang saya boleh dapat 15-17oz hanya di tempat kerja sahaja. So, 1 hari saya boleh dapat 22-27oz susu. Dengan syarat kena pump selalu (minimum 5x sehari) dan amalkan konsep SUPPLY VS DEMAND.



0 comments:

Post a Comment