Tips & Cara Pengurusan Stok Susu (EBM) Di Rumah

Salam ceria pembaca blog Mommafiyya. Hari ini saya ingin berkongsi tips & cara saya menguruskan expressed breast milk (EBM) atau stok perahan susu saya di rumah semasa berpantang & bekerja. Saya telah membeli deep freezer khas untuk menyimpan stok ebm di rumah memandangkan ruang freezer peti ais saya tidak cukup besar. Freezer yang saya beli saiz kecil sahaja (130Liter/ brand ELBA).



  1. Simpan ebm anda di dalam milk storage plastic bag atau di dalam botol. Elakkan guna botol jika anda ingin simpan sebagai stok di dalam freezer untuk menjimatkan ruang. 
  2. Jika sudah masuk kerja semula, di galakkan untuk menyimpan ebm yang anda perah di pejabat di dalam botol & menyimpannya di dalam peti ais/chiller. Tujuan menyimpan di dalam chiller adalah untuk memberikan anak anda susu yang fresh keesokan harinya. 
  3. Jika selepas 5 hari susu ebm di chiller masih belum habis, anda boleh menyimpan susu tersebut di dalam freezer untuk dijadikan stok
  4. Jika tarikh luput stok ebm anda di dalam freezer sudah semakin dekat, gunakanlah stok susu tersebut. Susu yang anda sudah perah di pejabat pula boleh disimpan di dalam freezer untuk menjadi stok ebm yang baru. 
  5. Jangan panaskan susu ebm anda di dalam microwave atau didihkannya di dalam air yang menggelegak. Ini kerana protein & segala nutrien di dalam susu tersebut boleh rosak. Gunalah bottle warmer atau panaskan di dalam air panas (37-40 celcius).
  6. Jangan bekukan semula susu yang anda telah cairkan atau yang telah anda panaskan.


Cara-cara Cair & Panaskan EBM

Cara Menguruskan EBM
Cara Menguruskan EBM

Cara Menyimpan EBM
Cara Menyimpan EBM


Senarai barang yang diperlukan untuk mengepam di tempat kerja:

  1. Pam manual/elektrik
  2. Selendang/poncho untuk cover diri anda ketika mengepam
  3. Marker pen & masking tape untuk tulis tarikh & masa anda mengepam
  4. Ice block
  5. Cooler bag
  6. Milk storage plastic bag/botol

Barang Keperluan Mengepam
Barang Keperluan Mengepam


EBM Mommafiyya

Setakat ini Alhamdulillah stok ebm saya mencukupi kerana semasa pantang saya sudah mula mengumpul stok ebm. Kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu, semoga berjaya menyusukan anak anda secara eksklusif paling kurang sampai umur mereka 6 bulan ya. :)

0 comments:

Post a Comment