Cabaran Turun 16kg Mommafiyya

Eh, kau mengandung lagi ke Dayang? Kak Dayang pregnant ke? Soalan-soalan sentap selepas 2 bulan habis berpantang. Selepas 3 orang menanyakan soalan yang sama, saya memang bertekad hendak kurus dan turunkan berat badan. Saya telah mencabar diri saya sendiri untuk menurunkan berat badan sebanyak 16kg dalam masa 8 bulan. Maknanya sekitar 2kg dalam sebulan. Cabaran ni bermula 1 September 2014 dan akan berakhir 1 May 2015. Hewhew.. 

Cara-cara saya ingin menguruskan berat badan:

  • kawal portion makanan (nasi segenggam sehari & lebihkan sayur/buah)
  • bersenam (3-5 kali seminggu)
  • makan makanan yang tidak/kurang berminyak (kukus,grill,panggang,kukus,grill,panggang,kukus)
  • makan supplemen yang boleh membantu kuruskan badan (Lecithin Shaklee, Cinch Shake Shaklee, ESP Shaklee, Omega Guard Shaklee)

Sebelum saya memulakan cabaran ini, saya telah mengupah seorang trainer (zaid moheyer) untuk mengajar saya bagaimana untuk melakukan senaman yang boleh dilakukan di rumah dan di gym. Banyak betul ilmu bersenam yang saya dapat daripada beliau. Antaranya ialah kalau nak kurus, 60% daripada pemakanan kita & 40% lagi adalah melalui senaman/aktiviti yang kita buat. Bersenam pun tak boleh hari-hari & tak bersenam langsung pun tak boleh jugak. Kenapa? Sebab kalau kita tak bersenam, badan kita akan lemah & jantung kita senang tersumbat sebab banyak sangat lemak-lemak terkumpul. Selalu sangat bersenam pula akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya kecederaan kerana tidak cukup rehat & stress badan/otot yang berterusan. Jantung kita juga akan penat jikalau kita sentiasa bersenam. 




Entri seterusnya saya akan ceritakan jenis-jenis senaman yang kita boleh buat di rumah & juga resipi-resipi makanan sihat yang saya telah cuba ya. Nak kurus kena makan ya, bukan berlapar macam gambar dekat atas tu. Ok Bye!!



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

♥ COD : Klang area only 

0 comments:

Post a Comment