Jom Detoks Dengan Shaklee!!

Kesihatan yang baik bermula dengan proses detoksifikasi atau bebas racun dalam tubuh khususnya sistem pencernaan yang terdiri daripada hati, kolon, buah pinggang, darah dan sistem limfa. Secara alaminya, tubuh manusia mampu mengawal kesihatan diri sendiri. Bagaimanapun, mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin. Keadaan bertambah serius jadinya apabila ia tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna daripada badan.

Toksin-toksin ini sangat berbahaya dan bersifat terkumpul, serta dapat menyebabkan kerosakan sistem detoksifikasi tubuh dan gangguan pada memproses metabolisme tubuh. Kehadiran toksin inilah yang menyebabkan gejala seperti:

·         sembelit
·         demam, selesema
·         sakit kepala dan belakang
·         gangguan pernafasan/lelah
·         mulut dan badan berbau
·         penyakit kulit, alahan yang kerap
·         sakit sendi/artritis
·         kolesterol tinggi
·         peningkatan gula dalam darah
·         hipertensi
·         obesiti
·         hilang ghairah seks
·         letih lesu
·         cepat tua

Keadaan ini juga menjadi tanda seseorang itu memerlukan detoks.

Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan racun yang berupaya memusnahkan fungsi sel dan struktur sel tubuh. Beberapa jenis toksin bersifat membunuh manakala selebihnya, lebih ringan.
Antara sumber toksin adalah:

* Logam berat; contohnya raksa, plumbum, serta aluminium. Orang bandar dan mereka yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian sangat rentan tercemar logam-logam ini

* Bahan-bahan kimia, ubat-ubatan, bahan pengawet makanan, pestisid dan racun rumput rampai/herbasid. Bahan-bahan ini lazimnya masuk ke dalam tubuh baik secara sengaja (ubat-ubatan) mahupun secara tidak sengaja, (pengawet makanan, pestisid/herbisid yang terdapat pada sayur-sayuran yang tidak dicuci secukupnya).

* Mikrobial; contohnya, toksin-toksin yang dikeluarkan oleh bakteria

* Produk penguraian protein; dalam hal ini, protein yang dimaksudkan adalah protein apa pun yang kita makan. Hasil penguraian utama metabolisme protein seperti urea dan amonia akan dibuang melalui buah pinggang yang bertugas menyaring darah.

Hati berfungsi sebagai detoksikan bagi tubuh, bekerja mengubah zat-zat yang bersifat toksik bagi tubuh, menjadi zat yang tidak toksik. Namun akibat fungsinya ini, lama-kelamaan hati juga akan rosak apabila diserang secara bertubi-tubi. Sama halnya dengan hati, apabila mengalami serangan bertubi-tubi, buah pinggang pun boleh menjadi rosak.

Sistem detoksifikasi tubuh

Tubuh kita sebenarnya memiliki mekanisme detoksifikasi sendiri. Sistem detoksifikasi tubuh yang utama adalah:

- Kulit, melalui keringat
- Usus, melalui najis dan cecair perut
- Buah pinggang, melalui air kencing
- Hati, melalui proses berenzim/enzimatik agar toksin menjadi lebih larut dan efek toksiknya berkurang/hilang.

Detoksifikasi oleh hati



Keadaan hati yang normal berperanan penting untuk melindungi tubuh daripada bahaya kanser. Ini kerana, hampir 90 peratus daripada penyakit pembunuh itu disebabkan oleh karsinogen/sebarang bahan yang apabila terdedah kepada tisu hidup boleh menyebabkan penghasilan karsinoma atau kanser setempat seperti air, makanan, udara dan kekurangan zat makanan.

Namun, fungsi hati ini juga dapat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti usia, kurangnya aktiviti serta kekurangan zat makanan. Fungsi hati sebenarnya dapat ditingkatkan secara nyata dengan memakan makanan yang berkhasiat. Dengan fungsi hati yang normal, sekitar 99 peratus toksin dan racun bakteria dapat disingkirkan.

Sekali toksin telah diubah menjadi bentuk yang tidak toksik, maka toksin tersebut harus segera dibuang. Hempedu menyediakan jus untuk mengangkut zat-zat toksik dan kolesterol. Di usus, cairan ini akan diserap oleh serat, dan dibawa bersama serat untuk dibuang melalui najis. Makanan rendah serat hanya mampu membuang bersamanya sedikit toksin sahaja. Akibatnya banyak toksin yang tertinggal di dalam tubuh. Lebih buruk lagi, bakteria di dalam usus akan mengubah toksin-toksin tersebut menjadi bentuk yang lebih berbahaya.

Proses enzimatik hati bekerja meneutralkan kimia yang tidak diinginkan seperti ubat, pestisid dan toksin dari perut. Proses ini menghasilkan radikal-radikal bebas yang bisa merosakkan hati, kecuali tubuh memiliki cukup antioksidan, vitamin dan mineral. Oleh sebab itu, banyak makan buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh, biji-bijian dan kekacang merupakan cara ideal untuk memberikan khasiat yang diperlukan tubuh.

Ketika seseorang mengalami kerosakan pada proses enzimatik hati, individu tersebut akan mudah menjadi lemah, dan cenderung mengalami gangguan pencernaan dan alahan. Ini boleh dielakkan jika seseorang memiliki gaya hidup sihat dan selalu makan makanan yang sihat serta berkhasiat. Menghindari lemak, gula ditapis dan alkohol adalah antara cara bijak menghindari kerosakan hati.

Cara detoksifikasi

Sebenarnya, kita semua boleh membantu tubuh melakukan detoksifikasi sendiri. Namun detoksifikasi ini memerlukan perancangan dan idealnya harus dilakukan secara berkala di bawah pengawasan pakar. Mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman rutin juga membantu pencernaan dan proses detoksifikasi.

* Diet; idealnya adalah diet rendah lemak, tinggi karbohidrat kompleks. Cubalah hindari gula, alkohol, lemak, ubat-ubatan yang tidak dibenarkan serta zat-zat lain yang bersifat merosak. Fokuslah pada makanan-makanan berkhasiat yang mengandungi banyak air dan serat larut seperti buah epal dan pear, juga kekacang, brokoli dan kubis.

* Pembersihan dan detoksifikasi untuk membersihkan sistem parasit dan bakteria pada usus dan juga organisme-organisme lain. Pembersihan turut meliputi kulit selaku organ perkumuhan paling berkesan, pengeluaran peluh melalui liang roma. Antaranya, program perawatan detoks wajah/facial dan menggunakan pelekat yang ditampal pada telapak kaki mahupun secara rendaman kaki.

* Puasa; cara yang cepat untuk membuang zat-zat beracun dan meningkatkan proses pemulihan hati. Jumlah hari dan jenis puasanya adalah pelbagai. Boleh dengan puasa tiga hari hanya dengan air dan jus buah, tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat daripada profesional terlebih dahulu. Selama berpuasa, hindari kafein dan minuman bersoda. 

* Suplemen; selain menggunakan suplemen untuk keperluan pemakanan secara umum, gunakan suplemen yang membantu fungsi hati. Pengambilan suplemen juga membantu membersihkan saluran pencernaan dan menunjang fungsi hati.

Kebaikan detoksifikasi

·         Meremajakan sel kulit,
·         menurunkan berat badan berlebihan,
·         meningkatkan tenaga,
·         meningkatkan deria hidu, rasa dan dengar,
·         melancarkan pengaliran darah,
·         membaiki daya ingatan,
·         menghilangkan penyakit seperti alahan, sakit kepala, kembung
·         meningkatkan daya tahan tubuh.






© Utusan Melayu (M) Bhd 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Vivix Dapat Mengawal Simptom Penyakit SLE (Systemic lupus erythematosus )

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan 
pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil 
antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. 
Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian
Statistik

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan
kanak-kanak.Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan
umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE 
dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya 
ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Soalan-soalan Lazim
Apakah masaalah terbesar mengenai SLE?
Simptom SLE mungkin meneyerupai simpton penyakit lain. Masalah utama 
ialah kerosakan kepada buah pinggang dan sumsum tulang tidak dapat 
dikesan sehingga peringkat akhir penyakit.

Mengapakah doktor mendapati sukar untuk mendiagnosa SLE?
Pada peringkat awal SLE, mungkin terdapat hanya satu atau dua simptom 
yang nyata. Oleh yang demikian, doktor hanya dapat membuat diagnosa 
selepas beberapa minggu, bulan atau pun tahun.

Mengapakah sesetengah pesakit mengalami kesan SLE yang ringan 
sementara bagi pesakit lain, kesannya terlalu teruk hingga mengakibatkan 
kematian?

Tiada siapa yang tahu. Sesetengah pesakit mengeluarkan antibodi antinuklear (ANA)
dalam badan mereka. Ada berbagai jenis ANA, ada yang menyerang buah pinggang 
dan otak. Walau bagaimanapun, samada keadaan pesakit teruk atau tidak, adalah 
penting bagi mereka mematuhi nasihat doktor terutama semasa penyakit menjadi
 aktif. Kemungkinan juga pesakit yang mempunyai simptom yang ringan akan 
mengidap simptom yang lebih teruk kemudiannya.

Bolehkah pesakit Lupus sembuh sepenuhnya?

Buat masa ini penyakit Lupus hanya boleh dikawal dan bukan disembuhkan 
sepenuhnya. Rawatan yang diberi berbeza dan bergantung kepada pesakit. 
Pesakit yang mengalami simptom ringan seperti sakit sendi, ruam, demam dan 
keletihan memerlukan rawatan yang berbeza berbanding pesakit yang keadaannya
lebih teruk. Kami berasa lega kerana terdapat berbagai pilihan rawatan 
sekarang berbanding 20 tahun dahulu.

Apakah maksud pengurangan (remission) dalam lupus?

Ia bermakna penyakit tidak lagi aktif dan pesakit hanya memerlukan rawatan 
yang minima.



Shaklee membawakan Vivix™ untuk anda yang menghidap SLE.  Vivix™ merupakan
 satu minuman campuran botanikal yang penuh dengan kebaikan bagi 
mengekalkan kesihatan badan. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani 
Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu 
yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri
daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel 
anti-penuaan semulajadi.  Vivix™ juga mengandungi Resveratrol yang bertanggung
 jawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix™.

Antara pesakit SLE yang mengamalkan Vivix adalah Master Iffah Anuar. 
Anda boleh membaca kisahnya DI SINI. Boleh juga melihat testimoni pendeknya disini.





Kesimpulannya disini, Vivix mengawal aktiviti cell LE/lupus dari aktif menyerang 
tubuh dan juga mengawal simptom SLE. Ianya TIDAK MENYEMBUH/MERAWAT SLE.

==> JOM BELI VIVIX SHAKLEE DISINI



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
 COD : Klang area only

Ceritera Master Iffah yang Menghidap SLE (Systemic lupus erythematosus )


Disini saya ingin kongsikan kisah Master Iffah yang mengamalkan Vivix untuk mengawal penyakit SLE yang dihidapinya.


---------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalahSLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).

Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia

1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2

1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah..

Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)

2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya... 

Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.

Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini. 

Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).  

Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..
-----------------------------------------------------------------------------------




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Vivix Membantu Pesakit Kencing Manis Mengekalkan Paras Gula

Penyakit kencing manis semakin menular dikalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi kencing manis. 


Pesakit diabetes yang sedang mencucuk insulin ke dalam badan



Apakah itu kencing manis (diabetes)?

Kencing manis merupakan satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah adalah berlebihan dari paras normal. Paras gula dalam darah dikawal oleh hormon INSULIN. Penyakit ini berlaku apabila insulin yang dihasilkan tidak mencukupi ataupun insulin tidak dapat bertindak dengan berkesan. Anda menghidap diabetes jika gula dalam darah ≥ 7.0 mmol/L semasa berpuasa dan ≥ 11.1 mmol/L semasa tidak berpuasa.

Apakah akibat buruk kencing manis?


  1. Gangren (tisu mati),kudis menular yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong
  2. Kerosakan buah pinggang
  3. Serangan jantung
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Angin ahmar
  6. Penyakit saraf

Bagaimana untuk mengawal kencing manis?

  1. Pelbagaikan pemilihan makanan mengikut piramid makanan & makanan yang seimbang
  2. Makan pada waktu yang tetap setiap hari
  3. Jangan langkau waktu makan utama
  4. Ambil ubat pada waktu yang tetap setiap hari
  5. Melakukan senaman secara berkala

Vivix™


Shaklee membawakan Vivix™ untuk anda yang menghidap diabetes.  Vivix™ merupakan satu minuman campuran botanikal yang penuh dengan kebaikan bagi mengekalkan kesihatan badan. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  Vivix™ juga mengandungi Resveratrol yang bertanggung jawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix™. Antara kajian yang sudah dijalan kan ke atas Resveratrol yang terdapat didalam Vivix.

Brasnyo´et. al (2011), 'Resveratrol improves insulin sensitivity, reduces oxidative stress and activates the Akt pathway in type 2 diabetic patients', British Journal of Nutrition, 106, 383–389.
The present study shows for the first time that resveratrol improves insulin sensitivity in humans, which might be due to a resveratrol-induced decrease in oxidative stress that leads to a more efficient insulin signalling via the Akt pathway.

Kebaikan lain  Vivix™:

  • memelihara keseluruhan kesihatan
  • membantu anda berasa lebih bertenaga
  • menguatkan sistem imun
  • melindungi & membaiki sellular DNA
  • menggalakkan biogenesis mitochondria
  • melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)

Berikut adalah testimoni daripada customer Shaklee mengenai Vivix:







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Panduan untuk LELAKI Kekal MUDA & BERTENAGA

Selain daripada golongan wanita, kaum adam juga memerlukan supplemen tambahan untuk kekal sihat & bertenaga. Segagah mana pun kaum adam ini, mereka tidak lepas daripada masalah kesihatan seperti penyakit, jantung,penyakit kencing manis,kegemukan, strok dan pelbagai masalah kesihatan lain. 

Tidak kurang juga yang mengalamai perubahan hormon seawal usia 30an dan diserang masalah seperti mati pucuk,pembesaran prostat, letih,lesu & kurang stamina. Dengan diet yang kurang sihat,pencemaran alam & gaya hidup hari ini turut menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang baru. 

Shaklee menawarkan Men's Vital Health Set untuk kesihatan lelaki. Set ini terdiri daripada:

SET MEN'S VITAL HEALTH


a) Omega Guard

1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan radang sendi
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Mengurangkan risiko kanser payudara,prostat dan usus

b) Vita E Complex 

1. Anti-oksidan
2. Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan sel
3. Meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki
4. Memelihara kesihatan kulit 
5. Mempercepat proses baik luka
6. Membantu pengaliran darah dengan lebih lancar

c) Zinc Complex

1. Menangani gangguan prostat
2. Membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks


Ini lah masanya untuk mereka yang bergelar lelaki menghadiahkan sesuatu yang berharga kepada diri sendiri. Hadiahkan lah diri dengan anugerah kesihatan Shaklee yang sentiasa selamat berkesan & mesra alam. 

Sememangnya usia akan terus meningkat. Tiada siapa yang mampu menyekat. Yang muda pastinya akan tua,yang kecil akan dewasa. Namun suplemen yang baik mampu mencegah daripada mengubati. Semoga dengan hadiah kesihatan yang diberikan Shaklee ini dapat membantu 'Wira' kita kekal muda bertenaga menjadi pelindung insan yang disayangi. :)


Sumber: 
iShat (Jun 2013)


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg




Kolagen trend kecantikan terkini

Sedar atau tidak,produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia sebenarnya mengikut trend terkini. Zaman dulu kalau nak cantik mesti makan ulam atau pun bersenam. Zaman moden sekarang ni semua orang nak produk yang cepat keberkesanannya. Trend yang dapat dilihat sekarang adalah kolagen. Kolagen berfungsi sebagai agen penegang dan penggebu kulit yang menjadi impian setiap wanita.

Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan dan menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur,kekuatan serta kekenyalan kulit.

Fungsi kolagen

==> menegang,menganjal dan melembapkan kulit
==> mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
==> melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim & kerosakan oksidatif
==> meningkatkan penyerapan kalsium
==> menguatkan salur darah & melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
==> meningkatkan isyarat induksi
==> menghasilkan kualiti rambut & kuku yang baik

Kepentingan kolagen

Kolagen merupakan unsur penting dalam tisu penyambung,kulit,otot,salur darah,tulang,jantung,pundi hempedu,rambut,kuku,pundi kencing,buah pinggang & banyak lagi. Tugas kolagen adalah untuk memberi kekuatan kepada struktur badan. Justeru,struktur badan kita akan lebih kuat & terhalang daripada sel kanser.

Siapa yang patut ambil kolagen

>>> pelajar lelaki & perempuan
>>> mangsa kebakaran
>>> wanita yang baru lepas bersalin
>>> pesakit yang ada masalah kulit/parut
>>> lelaki @ wanita yang mempunyai masalah tidur
>>> lelaki @ wanita yang mempunyai metabolisme badan yang rendah


Tips awet muda cara Islam & Tradisional

Asal sebut pasal awet muda pasti ianya berkaitan dengan wanita bukan? Zaman moden sekarang ini bukan sahaja wanita yang mahu awet muda, bahkan lelaki juga! Terdapat pelbagai cara untuk memastikan raut wajah anda kelihatan muda dan berseri-seri seperti remaja. Ada cara Islam dan ada juga secara tradisional.




Awet muda cara Islam

  1. Amalkan memakan buah buahan sebelum makan nasi, bukan sesudah makan
  2. Elakkan tidur di waktu siang terutamanya selepas solat Asar
  3. Sentiasa mengukir senyuman kerana ia satu sedekah
  4. Amalkan solat sunat pada waktu tengah malam
  5. Memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berzikir selepas solat
  6. Digalakkan makan buah kurma, tetapi bukan yang diimport dari 0negara Barat kerana terlalu banyak bahan campuran lain
  7. Makan nasi, jangan bersulamkan air
  8. Selepas bangun daripada tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali

Awet muda cara tradisional

  1. Ambil pucuk gajus, bersihkan ia dan makan tanpa rebus. Anda juga boleh air rebus pucuk gajus tersebut
  2. Gunakan kedua-dua jari telunjuk kedua-dua belah tangan anda dan letakkan di dagu. Pusingkan-pusingkan jari anda mengikut arah jam sehingga ke pipi anda dan seterusnya ke hidung anda dan akhir sekali hingga ke dahi anda. Kemudian minum air suam sebelum mengambil sarapan. Diingatkan kepada anda supaya jangan sesekali mengurut dari dahi ke bawah kerana ia mempercepatkan proses kedutan
  3. Makan daun pudina mentah setiap hari atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan makan daun ini selalu

Selain daripada petua-petua di atas, anda juga boleh mencuba VIVIX yang merupakan revolusi terbaru daripada Shaklee. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai VIVIX, anda boleh baca mengenainya DI SINI




Sumber: 
© Utusan Melayu (M) Bhd
 & jompetua.com


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg