Kolagen trend kecantikan terkini

Sedar atau tidak,produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia sebenarnya mengikut trend terkini. Zaman dulu kalau nak cantik mesti makan ulam atau pun bersenam. Zaman moden sekarang ni semua orang nak produk yang cepat keberkesanannya. Trend yang dapat dilihat sekarang adalah kolagen. Kolagen berfungsi sebagai agen penegang dan penggebu kulit yang menjadi impian setiap wanita.

Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan dan menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur,kekuatan serta kekenyalan kulit.

Fungsi kolagen

==> menegang,menganjal dan melembapkan kulit
==> mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
==> melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim & kerosakan oksidatif
==> meningkatkan penyerapan kalsium
==> menguatkan salur darah & melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
==> meningkatkan isyarat induksi
==> menghasilkan kualiti rambut & kuku yang baik

Kepentingan kolagen

Kolagen merupakan unsur penting dalam tisu penyambung,kulit,otot,salur darah,tulang,jantung,pundi hempedu,rambut,kuku,pundi kencing,buah pinggang & banyak lagi. Tugas kolagen adalah untuk memberi kekuatan kepada struktur badan. Justeru,struktur badan kita akan lebih kuat & terhalang daripada sel kanser.

Siapa yang patut ambil kolagen

>>> pelajar lelaki & perempuan
>>> mangsa kebakaran
>>> wanita yang baru lepas bersalin
>>> pesakit yang ada masalah kulit/parut
>>> lelaki @ wanita yang mempunyai masalah tidur
>>> lelaki @ wanita yang mempunyai metabolisme badan yang rendah


0 comments:

Post a Comment