Jantung Lebih Sihat Bertenaga Dengan CoQHealth Plus Shaklee

Penyakit yang melibatkan jantung merupakan pembunuh nombor satu rakyat Malaysia & dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser. Manakala, 37% kematian di malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung & strok. Gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil supplemen, senaman,tidak merokok & memastikan berat badan ideal. 

Apa itu CoQ10 & mengapa ia penting untuk tubuh kita

CoQ merupakan zat makanan laut yang hadir semulajadi & ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ yang bekerja lebih keras seperti jantung, hati, buah pinggang & pankreas.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula & lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai & ditukarkan kepada tenaga. Proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga in diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup & seterusnya membolehkan organ tubuh lain berfungsi bagi mengekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

Fungsi-fungsi CoQ10:

  1. membantu mengukuhkan otot-otot jantung
  2. menyokong keupayaan mengepam darah 
  3. memeperbaiki peredaran darah ke seluruh badan
  4. menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal
  5. antioksidan yang kuat
  6. membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL)
Jumlah Pengambilan Coenzyme Q10 Di Dalam Diet Harian

Jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun & menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20. 



CoQ10 Shaklee, CoQHealth Plus Shaklee
Jumlah CoQ10 di dalam badan menurun seiring dengan pertambahan usia




Faktor-faktor Pengurangan CoQ10 Di Dalam Tubuh:

  1. Diet tidak seimbang
  2. Pendedahan harian terhadap radikal bebas 
  3. Penggunaan sesetengah ubat tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol
Justeru itu, pengambilan supplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita ini. 


CoQHealth Plus Shaklee


CoQ10 Shaklee, CoQHealth Plus Shaklee
CoQHealth Plus


CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E & ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum & penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:


  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • menggalak & melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah & mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Perbezaan Shaklee


  1. Anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli utntuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus
  2. Kombinasi CoQ10 & Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar & menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  3. Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah & jantung)
  4. CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini,yang sumbernya telah diuji & diyakini mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10 nya
  5. Tanpa Gluten (orang yang alergik gluten boleh makan. Yeay!!)

Setiap botol mengandungi 30 kapsul & pengambilannya hanya lah sebiji kapsul sehari selepas makan. 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg




0 comments:

Post a Comment