Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling
dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai
kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu,
mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink.
Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha
merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan
tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita
pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk
kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui
penghasilan kolagen.
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga
lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara
kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk.
Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma
vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang
berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E,
termasuklah:
· . Vitamin E perlu untuk
mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
· Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif
· Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
· Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif
· Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin
penting lain seperti Beta-karotene (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim
seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta-karotene juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan
ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karotene merupakan anti
oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida.
Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan
penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang
sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati
agar berfungsi secara optimum.
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga
kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat
memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan
minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka
yang ingin memperolehi kulit sihat,
tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya
matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga
akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta-karotene,
vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B
seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan
sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.
Sumber: Utusan Malaysia
Berdasarkan kepada artikel di atas, gabungan beta-karotene, vitamin C, E, zink, selenium dan vitamin B merupakan gabungan terbaik untuk kulit yang sihat. Vitamin E complex Shaklee sudah pun dilengkapi dengan selenium dan Carotomax Shaklee juga mengandungi beta-karotene. Jadi, untuk kulit yang sihat Shaklee menawarkan Vita E complex, Vita C sustained released, B complex,Zinc complex dan Carotomax.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
0 comments:
Post a Comment