Mengatasi masalah anak yang cerewet makan (picky / fussy eater)

Apabila anak mula bermain-main dengan makanannya menandakan
dia tidak berminat dengan makanan yang disajikan


Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pilihan yang tersendiri apabila tiba waktu makan dan ini membuatkan para ibu menjadi gelisah setiap kali hendak menyediakan makanan untuk si manja.

Selera anak yang terlalu cerewet itu disebabkan dia lebih sensitif terhadap rasa, bau dan tekstur makanan tersebut sehingga sanggup menolak hidangan yang berkhasiat terutama sayur serta buah-buahan. Sebaliknya, mereka memilih untuk mengunyah makanan ringan semata-mata.


Ramai ibu bapa mengabaikan masalah ini dan merasakan perilaku itu normal di kalangan kanak-kanak. Tetapi mereka tidak sedar bahawa anak yang cerewet makan akan ketinggalan dalam pengambilan khasiat pemakanan seimbang serta menyebabkan malnutrisi.

Ketua Jabatan Pediatrik di Federal University of Sao Paulo, Prof. Dr. Mauro Fisberg berkata, kajian Abbott Nutrition mendapati kanak-kanak di Asia Tenggara menghadapi masalah susut berat badan, kerap jatuh sakit dan kurang bertenaga kerana terlalu memilih makanan.

Jelas beliau, pemakanan yang cerewet kini semakin merebak di kalangan kanak-kanak yang baru belajar bertatih berusia antara 1 hingga 3 tahun dan prasekolah.
Antara kesan negatif akibat pemakanan cerewet adalah komplikasi pertumbuhan, jangkitan penyakit kronik, meningkatkan risiko masalah pemakanan apabila dewasa kelak, masalah sosial dan emosi, tidak suka disentuh, kelesuan serta tidak berminat untuk bermain dan belajar.

“Masalah pemakanan kanak-kanak boleh timbul seawal usia setahun apabila tiba-tiba wujud selera yang ganjil atau suka mengambil masa yang lama untuk makan terutama sewaktu makan tengahari dan malam. “Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk mengetahui sama ada anak mengalami masalah ini dan mengapa kerana ia boleh mencetuskan masalah kesihatan seperti anoreksia,’’ katanya yang merupakan pakar perubatan dan pemakanan kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa panduan kepada ibu bapa untuk memupuk tabiat pemakanan sihat di kalangan anak-anak:


  • Elakkan gangguan seperti menonton televisyen ketika waktu makan.
  • Jangan paksa anak agar makan kerana dia boleh menjadi tertekan jika anda melihatnya makan dan bersedia untuk mengkritik dirinya kerana membuat sepah atau tidak duduk diam.
  • Cuba mengehadkan pengambilan makanan ringan dan mengimbangkan saiz hidangan mengikut keperluan nutrien.
  • Mengurangkan tempoh waktu makan.
  • Menyediakan makanan yang sesuai dengan umur anak.
  • Perkenalkan makanan baru kepada anak secara berperingkat dan kerap.
  • Galakkan anak-anak makan sendiri. Jangan suap anak yang sudah cukup besar untuk menggunakan sudu dan garpu.
  • Biarkan anak-anak membuat sepah ketika makan agar mereka boleh belajar berdikari.


Sementara itu, Pengarah Perubatan Antarabangsa Abbott Nutrition, Dr. Pedro A. Alarcon, turut menyarankan pemberian makanan tambahan bagi mengatasi masalah cerewet makan lebih-lebih lagi sekiranya kadar tumbesaran anak-anak di bawah paras optimum.


Mealshakes Shaklee


Shaklee menawarkan Mealshakes untuk mengatasi masalah anak yang cerewet makan. Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan,sayur-sayuran,kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.


Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi sehingga dewasa. Ia mengandungi immunoglobulin,lactoferin,bacteriolysin dan sebagainya. Mealshake juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Kebaikan Mealshakes Shaklee:

  1. Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu
  2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protein (tiada laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah,imun
  3. Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  4. Anti-oksida - mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti-oksida
  5. Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap,zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel darah merah
  6. Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut
  7. Kelazatan rasanya - minuman yang lazat , penggantian segera terhadap kekurangan vitamin,mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan
Berikut merupakan testimoni daripada pengguna yang menggunakan Mealshakes:











Sumber: Utusan Malaysia 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

0 comments:

Post a Comment