Showing posts with label set hamil shaklee. Show all posts
Showing posts with label set hamil shaklee. Show all posts

ESP Shaklee Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Hamil

Makanan Tambahan Ketika Hamil

Tempoh mengandung merupakan tempoh yang sangat membahagiakan untuk setiap wanita kerana waktu itu la kita boleh makan apa sahaja yang kita suka tanpa rasa bersalah. Betul tak? Hihi. Walaubagaimanapun, kita perlu memastikan makanan yang kita makan itu mempunyai khasiat yang tinggi supaya tumbesaran bayi di dalam kandungan tidak terjejas. Antara nutrien yang diperlukan ialah asid folik,zat besi,kalsium & banyak lagi. 

Makanan yang paling banyak kandungan nutrien adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara paling sihat untuk meningkatkan jumlah kalori harian.  




Selain sayur & buah, supplemen juga merupakan salah satu jalan alternatif bagi kita untuk mendapat nutrien yang secukupnya. Contohnya, multivitamin & asid folik yang selalu kita dapat daripda klinik kesihatan. Uols juga boleh pergi ke link ini ya --> SET IBU HAMIL/MENGANDUNG SHAKLEE

ESP SHAKLEE MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK IBU HAMIL


ESP SHAKLEE


Ketika mengandungkan anak ke-2 saya, ESP Shaklee merupakan 'kawan baik' saya sepanjang masa. Kenapa?? Sebab.. bila minum ESP Shaklee ini bersama dengan fresh milk memang sedap gila & saya sentiasa bertenaga walaupun bekerja. MC memang tak ada langsung sampai ramai tak percaya saya mengandung sebab aktif saje bekerja. Penangan ESP Shaklee. Hihi.

Indeks glisemik ESP yang rendah iaitu 39 memang sangat sesuai untuk ibu hamil yang menghidap kencing manis. ESP Shaklee memastikan paras gula dalam darah kita rendah. ESP Shaklee juga selamat untuk dimakan kerana ia dihasilkan daripada soya yang non-GMO (genetically modified organism). GMO adalah organisma yang telah diubah genetik asalnya. Lazimnya, GMO bertujuan untuk memperbaiki sesuatu characteristic supaya ianya menjadi lebih elok daripada genetik asalnya. Tetapi banyak pendapat mengatakan GMO ini berbahaya kepada kesihatan manusia. So, jangan risau pasal ESP Shaklee ini sebab ianya SELAMAT... Anak saya pulak bila lahir je memang gebu aje kulit dia walaupun dah terlewat 8 hari lahir :).. Jom tengok testimoni ibu-ibu yang sudah mencuba ESP Shaklee ini.


TESTIMONI ESP SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL










So bakal-bakal mommies sekalian, saya sangat mengesyorkan ESP Shaklee untuk kita kekal bertenaga sepanjang kehamilan. Nak lagi best boleh cuba Set Mengandung Shaklee terus. Lagi lengkap dengan semua nutrient yang ibu hamil perlukan. Berminat nak cuba ESP Shaklee? Klik "Order Now" atau hubungi saya di 017-5478807.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg



♥ COD : Klang area only

Set Ibu Mengandung/Hamil Shaklee: Supplemen Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua pembaca blog Mommafiyya. Entri kali ini saya ingin menulis tentang supplemen/vitamin tambahan ketika hamil. Diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi hakikatnya, vitamin dan mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. 





Wanita hamil disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.

Multivitamin khas untuk kehamilan seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E. 

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.

Bincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen khas untuk anda sekiranya anda:


  1. seorang vegetarian tegar
  2. menghidap kencing manis atau diabetes gestasi
  3. mengalami praeklampsia
  4. menghidap anaemia
  5. pernah melahirkan bayi dengan berat badan kelahiran yang rendah

Set Ibu Mengandung/Hamil Shaklee terdiri daripada:

  1. Vita-Lea
  2. B Complex
  3. Vita C Sustained Release
  4. Ostematrix
  5. ESP (Energizing Soy Protein)
  6. Omega Guard

set ibu mengandung shaklee, set hamil shaklee


1) Vita-Lea
  1. Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh & mental, sekaligus membantu sistem memori & fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  2. Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang,terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) & anaemia
2) B Complex


  1. mengurangkan risiko kecacatan pada bayi terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect / NDT), gangguan pembentukan otak & tempurung kepala yang tidak sempurna tau langsung tidak terbentuk (anecephaly/encephalocele) & masalah saraf tunjang (spina bifida)
  2. menambahkan kepekatan hemoglobin dalam darah
  3. mengurangkan risiko kelahiran pra-matang,lahir mati & keguguran
  4. mengurangkan anemia
  5. mengurangkan risiko masalah sumbing lelangit,kecacatan pada jantung,pembentukan tangan & kaki yang tidak sama (limb reduction),kecacatan pada sistem pembuangan air kencing
3) Vita C Sustained Released


  1. Membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat
  2. Membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh
  3. Dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah
4) Ostematrix
  1. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi
  2. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna
  3. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung
  4. Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi
  5. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

5) Omega Guard
  1. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  2. Membantu perkembangan memori
  3. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan

6) ESP (energizing soy protein)
  1. Memberi tenaga segera dan meningkatkan sistem imun kepada ibu yang mengandung 
  2. Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah
  3. Membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh dan membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi

Cepat dapatkan Set Ibu Mengandung/Hamil Shaklee sebelum terlambat ya :)


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
 COD : Klang area only

Shaklee Omega Guard: Membekalkan DHA & EPA untuk wanita hamil & bayi

DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 yang berantai panjang, ianya boleh didapati dalam setiap sel dalam badan kita. DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak omega-3 dalam otak dan mata.

Bayi yang sedang membesar tidak mempunyai kecekapan untuk mengeluarkan DHA mereka sendiri dan ia mesti memperolehi nutrien penting ini melalui uri semasa kehamilan dan daripada susu ibu selepas lahir. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh janin bergantung kepada berapa banyak DHA yang dapat disalurkan daripada DHA ibunya. Sekiranya pengambilan DHA oleh ibunya itu sederhana atau rendah, maka paras DHA pada bayi juga akan turut menurun. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.

Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu, dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi yang telah lahir.

DHA daripada Sumber Diet

1. Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHAnya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA.

2. Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut.

3. Daging organ, seperti hati.

4. Sejumlah yang kecil didapati dalam kuning telur.

Nasihat memakan ikan dan amaran pemakanan daripada badan-badan pakar di USA

American Heart Association, United States Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) semuanya telah mengeluarkan nasihat tentang pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap penemuan sesetengah ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa dalam rahim ibu.

Untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada raksa ini, FDA mengesyorkan ibu mengandung dan menyusu dan juga anak-anak kecil supaya memakan tidak lebih daripada 12 auns ikan yang dimasak setiap minggu serta memilih pelbagai jenis ikan daripada memakan hanya satu jenis sahaja. Mereka hendaklah mengelakkan diri daripada memakan ikan besar seperti ikan yu, todak, tile dan ikan tenggiri raja yang semuanya mengandungi methylmercury pada paras paling tinggi.

DHA daripada susu ibu berbanding DHA daripada minyak ikan

Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi DHA dan EPA (asid eicosapentaenoic). Dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah empat kali lebih tinggi daripada jumlah EPA - Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik!

Shaklee Omega Guard

Penyulingan molekular

Shaklee mengeluarkan minyak ikan melalui proses yang dikenali sebagai Penyulingan Propietari Tiga Molekul' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. 

Proses Penyulingan Propietari Tiga Molekul

Kebaikan Omega Guard Shaklee:

1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan radang sendi
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Menggalakkkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
6. Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
7. Mengurangkan risiko kanser payudara,prostat dan usus

Dosej yang disyor

Pakar dari Institut Kebangsaan National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300 miligram DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk diambil semasa hamil dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan adalah disyorkan.

Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan kesejahteraan emosi ibu selepas melahirkan anak.

Kandungan DHA & EPA di dalam Shaklee Omega Guard

Sesiapa yang hamil tu saya mengesyorkan untuk mengambil Omega Guard apabila sudah masuk trimester ke-3 iaitu dimana pada waktu itu perkembangan otak bayi anda sedang berkembang dengan pesat. Untuk kanak-kanak pula, hanya 1 tahun ke atas sahaja boleh mengambil Omega Guard. 


Sumber: Utusan Malaysia


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg