Showing posts with label Advanced Joint Health. Show all posts
Showing posts with label Advanced Joint Health. Show all posts

Set Kesihatan Sendi Shaklee: Memelihara sendi yang kuat, fleksibel dan bebas bergerak

Assalamualaikum semua.. Entry kali ini saya ingin memperkenalkan Set Kesihatan Sendi Shaklee bersempena dengan promosi Advanced Joint Health Tablet (AJHT) pada bulan Ogos ini. Set Kesihatan Sendi ini mampu memelihara sendi yang kuat, fleksibel & bebas bergerak. 

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Walau apa sekalipun punanya, ianya nyata sangat membebankan kita. 

Sendi yang Sihat

Sendi yang tidak sihat:


Rheumatoid arthritis (RA) 
•Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkab bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. 
•Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA .

Osteoarthritis (OA) 
•Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain. 
•Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.

Seliuh
•Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 
•Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.

Tendinitis
•Keradangan, kegatalan & bengkak pada tendon. 
•Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.


Simptom-simptom sendi yang tak sihat: 
  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Bengkak 
  • Kesakitan 
  • Berkeriut atau bunyi klik bising

Apabila usia kita semakin meningkat, tulang-tulang akan hilang kalsium & lain-lain mineral. Jadi, kepadatan tulang juga akan berkurangan. Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis & mampat. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi lebih keras & kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi mungkin berkurang & tulang rawan mula menggosok antara satu sama lain & menyebabkan kesakitan.

Ada beberapa cara untuk melegakan kesakitan sendi:
  1. Ubat atau suntikan - Melegakan kesakitan & keradangan untuk sementara masa & merosakkan organ-organ dalaman
  2. Pembedahan - mahal & pergerakan terhad
  3. Pengmbilan supplemen 





Set Kesihatan Sendi Shaklee
Set Kesihatan Sendi Shaklee

Untuk memelihara sendi, Shaklee menawarkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang terdiri daripada AJHT, Omega Guard & Ostematrix. Set ini bertindak dengan 3 cara:

  1. Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat - AJHT mengandungi glukosamina yang menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi dengan meningkatkan kesan kusyen & memelihara tisu penyambung yang sihat
  2. Mengurangkan keradangan - Omega Guard melambatkan degradasi tulang rawan, mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi & bertindak sebagai pelincir (membantu anda bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit). Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja
  3. Mengekalkan sel tulang yang sihat - Ostematrix mengandungi kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen)magnesium (Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya),vitamin D (merangsang penyerapan kalsium),boron (bantu dalam metabolisma tulang),mangan,kuprum & zink (mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang) 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:











Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Advanced Joint Health Tablet: Memberikan Keselesaan Kepada Sendi Anda

Assalamualikum pembaca setia blog Mommafiyya. Sudah masuk bulan Ogos dah. Setiap bulan Shaklee ada produk promosi & pada bulan Ogos ini, Advanced Joint Health Tablet (AJHT) merupakan produk pilihan. Beli 6 PERCUMA 1. Memandangkan Hari Raya tinggal beberapa hari lagi, AJHT ini sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hadiah untuk mak bapak atau ahli keluarga kita yang selalu sakit sendi. Jom kita baca dengan lebih lanjut keistimewaan AJHT Shaklee ini. 

advanced joint health tablet shaklee
Advanced Joint Health Tablet Shaklee


Ketidakselesaan sendi boleh mengakibatkan kualiti hidup terjejas & menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang digemari. Sakit sendi bukan sahaja menyerang mereka yang sudah berusia, malah golongan muda juga turut menghidapinya. Jadi, pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi anda sihat biarpun di usia yang semakin meningkat. 

Pelbagai jenis sakit sendi


AJHT mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5+ hari. Ramuan ini terbukti secara klinikal mampu:
  • menggalakkan mobiliti
  • meningkatkan fleksibiliti
  • meningkatkan fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang
Ia juga merangkumi kombinasi ekstrak jagung,zink,kuprum,mangan & vitamin C yang memainkan peranan yang unik & kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung & rawan yang sihat. Hasilnya sendi lebih kuat,fleksibel & anda mampu bergerak dengan lebih mudah.


Nutrien untuk sendi yang sihat


Kebaikan AJHT dapat dilihat dengan 3 cara:

 1.   Menyokong keselesaan sendi (ekstrak Boswellia)

-menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswellik yang berfungsi sebagai anti-radang semuala jadi.
    2.  Bertindak sebagai kusyen bagi membantu mengekalkan tulang rawan 
         (ekstrak jagung)

-ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamin yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi & pemeliharaan tulang rawan. Glukosamin ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan & lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui di dalam tendon & ligamen.

    3.  Memelihara tisu penyambung (zink,kuprum,mangan & vitamin C)

-zink,kuprum,mangan & vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen & komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan & struktur terhadap sendi

Perbezaan AJHT Shaklee:
  1. AJHT juga tidak mengandungi Chondroitin iaitu satu bahan yang menghalang penyerapan glukosamin. 
  2. 100% bebas kekerang
  3. 100% sumber syaur-sayuran
  4. Tiada perasa tiruan,pemanis & pengawet
  5. Bebas Gluten

Sumber: iSihat


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:











Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg