Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

5 Sebab Kenapa Korang Kena Menginap Di Dayang Bay Serviced Apartment & Resort Langkawi

Assalamualaikum & salam 1Malaysia everyone!

Bulan Jun 2015 lepas saya telah bercuti kali ke-2 di Langkawi bersama keluarga & parents saya. First time pergi langkawi dulu pon waktu darjah 5 kot. Tu pun rombongan sekolah. Krik Krik Krik Krik....



Okey, cerita sebenarnya nak cerita pasal apartment yang saya sewa untuk tinggal selama 3 hari 2 malam kat sana. Namanya Dayang Bay Serviced Apartment & Resort Langkawi & lokasinya di pekan Kuah. Saya tempah bilik melalui Agoda.com. Memang murah gila berbanding kalau kita tempah through hotel tu sendiri. Saya sewa 2 bedroom suite seaview and total saya bayar only RM1096. Kalau tengok rate bilik tu dekat kaunter hotel tu, RM600++ per day. Gila jimat kot tempah guna Agoda!

Resort ni pon still baru lagi beroperasi dan kebanyakan customernya dari negara Arab. 90% customer dia orang Arab. Hewhew. Selama saya tinggal disana, servisnya okey. Pemandangan laut dia memang superb. Cantik dan boleh tengok sunset. Tapi, ada beberapa sebab utama korang kena menginap di Dayang Bay yang saya rasa lain dari resort yang saya pernah pergi sebelum ini. Antaranya ialah:

  1. Setiap tingkat disediakan air Coway. Heaven oiii nak buat susu anak. Tak payah susah2 nak jerang air sume walaupun memang ada kettle dalam bilik.
  2. Ada bilik laundry PERCUMA! Ada 3 biji mesin basuh dan seterika + iron board disediakan. Korang boleh basuh baju secara riang kat sana dan ada tempat sidai skali. Kat dalam bilik suite yag saya sewa tu pun ada bilik khas untuk sidai baju basah. 
  3. Kolam mandi khas untuk wanita pon ada! Hanya perempuan sahaja boleh mandi dekat situ dan tempat tu pun tertutup dengan pokok2.
  4. Kerusi sofa dekat ruang tamu boleh transform jadi katil queen. Memang heaven tengok TV. 
  5. Ruang balkoni apartment agak besar dimana dapur & meja makan ditempatkan. So korang boleh makan sambil menikmati sunset. Dapur siap ada oven lagi.

Haaaa.. Tu la 5 sebab utama korang kena tinggal kat sini. Tak rugi oiii.. Korang boleh tengok gambar2 saya bercuti hari tu. Layannnn...