Sembelit adalah gangguan pencernaan yang turut dialami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan kurang atau sukar membuang air besar.


Sembelit pada kanak-kanak juga disebabkan oleh pengambilan:
1) susu yang berlebihan
2) kurang pengambilan serat kerana kanak-kanak tidak suka makan sayur
3) kurang minum air putih

Sembelit akan membuatkan kanak-kanak mengalami kesakitan ketika mengeluarkan kotoran najis. 

TIP MUDAH UNTUK MENGATASI SEMBELIT:
1) Makan makanan yang kaya dengan serat
2) Minum air putih dengan banyak.
3) Kurangkan makanan segera.
4) Penyediaan makanan dengan cara yang bersih.
5) Basuh tangan sebelum makan dan minum.