Tips elak loya/morning sickness ketika hamil

Kebanyakan wanita yang berada di fasa awal kehamilan (trimester 1) akan mengalami morning sickness /loya pada waktu tertentu. Ada pada waktu pagi, malam & ada juga sepanjang masa mengalami rasa loya ni. Saya hanya berasa loya ketika berada di dapur. Memang tak boleh bau apa sahaja yang orang masak. Mesti muntah. Heheheh.



Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik masuk ke usia trimester 2. Saya punya morning sickness hilang waktu saya kandungan saya mencecah 5 bulan. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini. Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.

Morning sickness tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat.

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Golongan yang selalu mengalami masalah ini ialah mereka yang berumur 30 tahun ke bawah yang baru pertama kali hamil & mereka yang ada migrain,tiroid & kencing manis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikti sebanyak membantu anda.

Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

Langkah 4 & 9 mengatakan peppermint,halia & vitamin B6 sangat efektif untuk menghilangkan rasa loya ketika mengandung. Jadi, pada mereka yang tak lalu nak makan peppermint atau halia yang betul boleh cuba Peppermint Ginger Plus & B Complex Shaklee. 

supplemen morning sickness shaklee

Peppermint ginger plus diperbuat daripada daun pudina,halia,pokok adas & cekur manis.  Fungsinya ialah untuk membantu dalam merawat/mencegah loya,gastrik,mabuk laut,sendawa atau penghadaman. B Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B iaitu B1,B2,B3,B6,B12,asid folik,biotin & pantothenic acid. Asid folik sangat bagus untuk mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang. 

Jom tengok testimoni mereka yang mencuba peppermint ginger plus untuk hilangkan morning sickness.

testimonial peppermint ginger plus,testimonial morning sickness



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

2 comments:

fatimah said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Hilangkan Morning Sickness Semasa Hamil

syuhada said...

bestnye tips nie...blh amalkan nnt kalau mabuk2 masa mengandung :)

Post a Comment