Cuba renungkan wajah ibu
dan ayah anda yang semakin dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus,
terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka. Usia yang melangkah tahun
demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup
berbelanja besar untuk 'mengekalkan
keremajaan' masing-masing.
Ada yang menjalani
pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal
seseorang. Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan
untuk mengekalkan keremajaan. Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses
semulajadi sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada
terus berlaku. Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia
menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks.
Ada
beberapa teori mengapa manusia menjadi tua
1) Berkait dengan faktor
genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan
membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik. Contohnya
sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf
aktivitinya mula menurun.
2) Teori kedua pula apabila
seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran
atau pemakanan. Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal
atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan
kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.
Dua faktor ini menyebabkan
proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Bagaimanapun kajian sains mendapati
proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya
boleh dicegah.
Kajian saintifik mempunyai
bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang
dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan
makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang
diuji.
Menggunakan hasil kajian
berkenaan, Shaklee meneruskan kajian bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik
anti penuaan. Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Vivix telah diperkenalkan buat kali
pertama di negara ini oleh Shaklee.
Vivix Shaklee |
Shaklee telah melaburkan
masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang
apabila ditambah dengan resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang
positif terhadap empat punca mekanisme penuaan sel.
Empat mekanisme berkenaan
adalah:
1) melindungi dan membaiki DNA
2) menyelaras genetic
3) pengeluaran tenaga sel
4) memperlahankan proses
penuaan.
Hidangan Vivix lebih baik
berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk anti penuaan
biasa yang terdapat di persekitaran. Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix
didapati 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama
resveratrol tunggal.
Pengguna boleh mengambil
sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan
tengahari. Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu.
Sumber:
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
0 comments:
Post a Comment