Kesihatan yang baik bermula
dengan proses detoksifikasi atau bebas racun dalam tubuh khususnya sistem
pencernaan yang terdiri daripada hati, kolon, buah pinggang, darah dan sistem
limfa. Secara alaminya, tubuh manusia mampu mengawal kesihatan diri sendiri.
Bagaimanapun, mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah
dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin. Keadaan bertambah serius
jadinya apabila ia tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna daripada badan.
Toksin-toksin ini sangat
berbahaya dan bersifat terkumpul, serta dapat menyebabkan kerosakan sistem
detoksifikasi tubuh dan gangguan pada memproses metabolisme tubuh. Kehadiran
toksin inilah yang menyebabkan gejala seperti:
·
sembelit
·
demam, selesema
·
sakit kepala dan belakang
·
gangguan pernafasan/lelah
·
mulut dan badan berbau
·
penyakit kulit, alahan yang kerap
·
sakit sendi/artritis
·
kolesterol tinggi
·
peningkatan gula dalam darah
·
hipertensi
·
obesiti
·
hilang ghairah seks
·
letih lesu
·
cepat tua
Keadaan ini juga menjadi
tanda seseorang itu memerlukan detoks.
Apa itu toksin?
Toksin adalah bahan racun
yang berupaya memusnahkan fungsi sel dan struktur sel tubuh. Beberapa jenis
toksin bersifat membunuh manakala selebihnya, lebih ringan.
Antara sumber toksin
adalah:
* Logam berat; contohnya raksa, plumbum, serta aluminium. Orang
bandar dan mereka yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian sangat rentan
tercemar logam-logam ini
* Bahan-bahan kimia, ubat-ubatan, bahan pengawet makanan, pestisid dan
racun rumput rampai/herbasid. Bahan-bahan ini lazimnya masuk ke dalam tubuh
baik secara sengaja (ubat-ubatan) mahupun secara tidak sengaja, (pengawet
makanan, pestisid/herbisid yang terdapat pada sayur-sayuran yang tidak dicuci
secukupnya).
* Mikrobial; contohnya, toksin-toksin yang dikeluarkan oleh bakteria
* Produk penguraian protein; dalam hal ini, protein yang dimaksudkan
adalah protein apa pun yang kita makan. Hasil penguraian utama metabolisme
protein seperti urea dan amonia akan dibuang melalui buah pinggang yang
bertugas menyaring darah.
Hati berfungsi sebagai
detoksikan bagi tubuh, bekerja mengubah zat-zat yang bersifat toksik bagi
tubuh, menjadi zat yang tidak toksik. Namun akibat fungsinya ini, lama-kelamaan
hati juga akan rosak apabila diserang secara bertubi-tubi. Sama halnya dengan
hati, apabila mengalami serangan bertubi-tubi, buah pinggang pun boleh menjadi
rosak.
Sistem detoksifikasi tubuh
Tubuh kita sebenarnya
memiliki mekanisme detoksifikasi sendiri. Sistem detoksifikasi tubuh yang utama
adalah:
- Kulit, melalui keringat
- Usus, melalui najis dan cecair perut
- Buah pinggang, melalui air kencing
- Hati, melalui proses berenzim/enzimatik agar toksin menjadi lebih
larut dan efek toksiknya berkurang/hilang.
Detoksifikasi oleh hati
Keadaan hati yang normal
berperanan penting untuk melindungi tubuh daripada bahaya kanser. Ini kerana,
hampir 90 peratus daripada penyakit pembunuh itu disebabkan oleh
karsinogen/sebarang bahan yang apabila terdedah kepada tisu hidup boleh
menyebabkan penghasilan karsinoma atau kanser setempat seperti air, makanan,
udara dan kekurangan zat makanan.
Namun, fungsi hati ini juga
dapat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti usia, kurangnya aktiviti serta
kekurangan zat makanan. Fungsi hati sebenarnya dapat ditingkatkan secara nyata
dengan memakan makanan yang berkhasiat. Dengan fungsi hati yang normal, sekitar
99 peratus toksin dan racun bakteria dapat disingkirkan.
Sekali toksin telah diubah
menjadi bentuk yang tidak toksik, maka toksin tersebut harus segera dibuang. Hempedu
menyediakan jus untuk mengangkut zat-zat toksik dan kolesterol. Di usus, cairan
ini akan diserap oleh serat, dan dibawa bersama serat untuk dibuang melalui
najis. Makanan rendah serat hanya mampu membuang bersamanya sedikit toksin
sahaja. Akibatnya banyak toksin yang tertinggal di dalam tubuh. Lebih buruk
lagi, bakteria di dalam usus akan mengubah toksin-toksin tersebut menjadi
bentuk yang lebih berbahaya.
Proses enzimatik hati
bekerja meneutralkan kimia yang tidak diinginkan seperti ubat, pestisid dan
toksin dari perut. Proses ini menghasilkan radikal-radikal bebas yang bisa
merosakkan hati, kecuali tubuh memiliki cukup antioksidan, vitamin dan mineral.
Oleh sebab itu, banyak makan buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh,
biji-bijian dan kekacang merupakan cara ideal untuk memberikan khasiat yang
diperlukan tubuh.
Ketika seseorang mengalami
kerosakan pada proses enzimatik hati, individu tersebut akan mudah menjadi
lemah, dan cenderung mengalami gangguan pencernaan dan alahan. Ini boleh
dielakkan jika seseorang memiliki gaya hidup sihat dan selalu makan makanan
yang sihat serta berkhasiat. Menghindari lemak, gula ditapis dan alkohol adalah
antara cara bijak menghindari kerosakan hati.
Cara detoksifikasi
Sebenarnya, kita semua
boleh membantu tubuh melakukan detoksifikasi sendiri. Namun detoksifikasi ini
memerlukan perancangan dan idealnya harus dilakukan secara berkala di bawah
pengawasan pakar. Mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman rutin juga
membantu pencernaan dan proses detoksifikasi.
* Diet; idealnya adalah diet rendah lemak, tinggi karbohidrat
kompleks. Cubalah hindari gula, alkohol, lemak, ubat-ubatan yang tidak
dibenarkan serta zat-zat lain yang bersifat merosak. Fokuslah pada
makanan-makanan berkhasiat yang mengandungi banyak air dan serat larut seperti
buah epal dan pear, juga kekacang, brokoli dan kubis.
* Pembersihan dan detoksifikasi untuk membersihkan sistem parasit dan
bakteria pada usus dan juga organisme-organisme lain. Pembersihan turut
meliputi kulit selaku organ perkumuhan paling berkesan, pengeluaran peluh
melalui liang roma. Antaranya, program perawatan detoks wajah/facial dan
menggunakan pelekat yang ditampal pada telapak kaki mahupun secara rendaman
kaki.
* Puasa; cara yang cepat untuk membuang zat-zat beracun dan
meningkatkan proses pemulihan hati. Jumlah hari dan jenis puasanya adalah
pelbagai. Boleh dengan puasa tiga hari hanya dengan air dan jus buah, tetapi
pastikan anda mendapatkan nasihat daripada profesional terlebih dahulu. Selama
berpuasa, hindari kafein dan minuman bersoda.
* Suplemen; selain menggunakan suplemen untuk keperluan pemakanan
secara umum, gunakan suplemen yang membantu fungsi hati. Pengambilan suplemen juga membantu membersihkan saluran pencernaan dan
menunjang fungsi hati.
Kebaikan detoksifikasi
·
Meremajakan sel kulit,
·
menurunkan berat badan berlebihan,
·
meningkatkan tenaga,
·
meningkatkan deria hidu, rasa dan dengar,
·
melancarkan pengaliran darah,
·
membaiki daya ingatan,
·
menghilangkan penyakit seperti alahan, sakit kepala, kembung
·
meningkatkan daya tahan tubuh.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
0 comments:
Post a Comment