Ceritera Master Iffah yang Menghidap SLE (Systemic lupus erythematosus )


Disini saya ingin kongsikan kisah Master Iffah yang mengamalkan Vivix untuk mengawal penyakit SLE yang dihidapinya.


---------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalahSLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).

Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia

1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2

1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah..

Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)

2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya... 

Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.

Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini. 

Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).  

Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..
-----------------------------------------------------------------------------------




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Vivix Membantu Pesakit Kencing Manis Mengekalkan Paras Gula

Penyakit kencing manis semakin menular dikalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi kencing manis. 


Pesakit diabetes yang sedang mencucuk insulin ke dalam badan



Apakah itu kencing manis (diabetes)?

Kencing manis merupakan satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah adalah berlebihan dari paras normal. Paras gula dalam darah dikawal oleh hormon INSULIN. Penyakit ini berlaku apabila insulin yang dihasilkan tidak mencukupi ataupun insulin tidak dapat bertindak dengan berkesan. Anda menghidap diabetes jika gula dalam darah ≥ 7.0 mmol/L semasa berpuasa dan ≥ 11.1 mmol/L semasa tidak berpuasa.

Apakah akibat buruk kencing manis?


  1. Gangren (tisu mati),kudis menular yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong
  2. Kerosakan buah pinggang
  3. Serangan jantung
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Angin ahmar
  6. Penyakit saraf

Bagaimana untuk mengawal kencing manis?

  1. Pelbagaikan pemilihan makanan mengikut piramid makanan & makanan yang seimbang
  2. Makan pada waktu yang tetap setiap hari
  3. Jangan langkau waktu makan utama
  4. Ambil ubat pada waktu yang tetap setiap hari
  5. Melakukan senaman secara berkala

Vivix™


Shaklee membawakan Vivix™ untuk anda yang menghidap diabetes.  Vivix™ merupakan satu minuman campuran botanikal yang penuh dengan kebaikan bagi mengekalkan kesihatan badan. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  Vivix™ juga mengandungi Resveratrol yang bertanggung jawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix™. Antara kajian yang sudah dijalan kan ke atas Resveratrol yang terdapat didalam Vivix.

Brasnyo´et. al (2011), 'Resveratrol improves insulin sensitivity, reduces oxidative stress and activates the Akt pathway in type 2 diabetic patients', British Journal of Nutrition, 106, 383–389.
The present study shows for the first time that resveratrol improves insulin sensitivity in humans, which might be due to a resveratrol-induced decrease in oxidative stress that leads to a more efficient insulin signalling via the Akt pathway.

Kebaikan lain  Vivix™:

  • memelihara keseluruhan kesihatan
  • membantu anda berasa lebih bertenaga
  • menguatkan sistem imun
  • melindungi & membaiki sellular DNA
  • menggalakkan biogenesis mitochondria
  • melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)

Berikut adalah testimoni daripada customer Shaklee mengenai Vivix:







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Panduan untuk LELAKI Kekal MUDA & BERTENAGA

Selain daripada golongan wanita, kaum adam juga memerlukan supplemen tambahan untuk kekal sihat & bertenaga. Segagah mana pun kaum adam ini, mereka tidak lepas daripada masalah kesihatan seperti penyakit, jantung,penyakit kencing manis,kegemukan, strok dan pelbagai masalah kesihatan lain. 

Tidak kurang juga yang mengalamai perubahan hormon seawal usia 30an dan diserang masalah seperti mati pucuk,pembesaran prostat, letih,lesu & kurang stamina. Dengan diet yang kurang sihat,pencemaran alam & gaya hidup hari ini turut menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang baru. 

Shaklee menawarkan Men's Vital Health Set untuk kesihatan lelaki. Set ini terdiri daripada:

SET MEN'S VITAL HEALTH


a) Omega Guard

1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan radang sendi
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Mengurangkan risiko kanser payudara,prostat dan usus

b) Vita E Complex 

1. Anti-oksidan
2. Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan sel
3. Meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki
4. Memelihara kesihatan kulit 
5. Mempercepat proses baik luka
6. Membantu pengaliran darah dengan lebih lancar

c) Zinc Complex

1. Menangani gangguan prostat
2. Membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks


Ini lah masanya untuk mereka yang bergelar lelaki menghadiahkan sesuatu yang berharga kepada diri sendiri. Hadiahkan lah diri dengan anugerah kesihatan Shaklee yang sentiasa selamat berkesan & mesra alam. 

Sememangnya usia akan terus meningkat. Tiada siapa yang mampu menyekat. Yang muda pastinya akan tua,yang kecil akan dewasa. Namun suplemen yang baik mampu mencegah daripada mengubati. Semoga dengan hadiah kesihatan yang diberikan Shaklee ini dapat membantu 'Wira' kita kekal muda bertenaga menjadi pelindung insan yang disayangi. :)


Sumber: 
iShat (Jun 2013)


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg




Kolagen trend kecantikan terkini

Sedar atau tidak,produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia sebenarnya mengikut trend terkini. Zaman dulu kalau nak cantik mesti makan ulam atau pun bersenam. Zaman moden sekarang ni semua orang nak produk yang cepat keberkesanannya. Trend yang dapat dilihat sekarang adalah kolagen. Kolagen berfungsi sebagai agen penegang dan penggebu kulit yang menjadi impian setiap wanita.

Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan dan menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur,kekuatan serta kekenyalan kulit.

Fungsi kolagen

==> menegang,menganjal dan melembapkan kulit
==> mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
==> melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim & kerosakan oksidatif
==> meningkatkan penyerapan kalsium
==> menguatkan salur darah & melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
==> meningkatkan isyarat induksi
==> menghasilkan kualiti rambut & kuku yang baik

Kepentingan kolagen

Kolagen merupakan unsur penting dalam tisu penyambung,kulit,otot,salur darah,tulang,jantung,pundi hempedu,rambut,kuku,pundi kencing,buah pinggang & banyak lagi. Tugas kolagen adalah untuk memberi kekuatan kepada struktur badan. Justeru,struktur badan kita akan lebih kuat & terhalang daripada sel kanser.

Siapa yang patut ambil kolagen

>>> pelajar lelaki & perempuan
>>> mangsa kebakaran
>>> wanita yang baru lepas bersalin
>>> pesakit yang ada masalah kulit/parut
>>> lelaki @ wanita yang mempunyai masalah tidur
>>> lelaki @ wanita yang mempunyai metabolisme badan yang rendah


Tips awet muda cara Islam & Tradisional

Asal sebut pasal awet muda pasti ianya berkaitan dengan wanita bukan? Zaman moden sekarang ini bukan sahaja wanita yang mahu awet muda, bahkan lelaki juga! Terdapat pelbagai cara untuk memastikan raut wajah anda kelihatan muda dan berseri-seri seperti remaja. Ada cara Islam dan ada juga secara tradisional.




Awet muda cara Islam

  1. Amalkan memakan buah buahan sebelum makan nasi, bukan sesudah makan
  2. Elakkan tidur di waktu siang terutamanya selepas solat Asar
  3. Sentiasa mengukir senyuman kerana ia satu sedekah
  4. Amalkan solat sunat pada waktu tengah malam
  5. Memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berzikir selepas solat
  6. Digalakkan makan buah kurma, tetapi bukan yang diimport dari 0negara Barat kerana terlalu banyak bahan campuran lain
  7. Makan nasi, jangan bersulamkan air
  8. Selepas bangun daripada tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali

Awet muda cara tradisional

  1. Ambil pucuk gajus, bersihkan ia dan makan tanpa rebus. Anda juga boleh air rebus pucuk gajus tersebut
  2. Gunakan kedua-dua jari telunjuk kedua-dua belah tangan anda dan letakkan di dagu. Pusingkan-pusingkan jari anda mengikut arah jam sehingga ke pipi anda dan seterusnya ke hidung anda dan akhir sekali hingga ke dahi anda. Kemudian minum air suam sebelum mengambil sarapan. Diingatkan kepada anda supaya jangan sesekali mengurut dari dahi ke bawah kerana ia mempercepatkan proses kedutan
  3. Makan daun pudina mentah setiap hari atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan makan daun ini selalu

Selain daripada petua-petua di atas, anda juga boleh mencuba VIVIX yang merupakan revolusi terbaru daripada Shaklee. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai VIVIX, anda boleh baca mengenainya DI SINI




Sumber: 
© Utusan Melayu (M) Bhd
 & jompetua.com


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Vivix: Tonik anti penuaan yang mengekalkan keremajaan


Cuba renungkan wajah ibu dan ayah anda yang semakin dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus, terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka. Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan keremajaan' masing-masing.

Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang. Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan. Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadi sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus berlaku. Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks.

Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua

1)   Berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik. Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.
2)  Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan. Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.

Dua faktor ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah.

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.

Menggunakan hasil kajian berkenaan, Shaklee meneruskan kajian bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik anti penuaan. Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara ini oleh Shaklee.

Vivix Shaklee


Shaklee telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadap empat punca mekanisme penuaan sel.

Empat mekanisme berkenaan adalah:
1)    melindungi dan membaiki DNA
2)    menyelaras genetic
3)     pengeluaran tenaga sel
4)    memperlahankan proses penuaan.

Hidangan Vivix lebih baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk anti penuaan biasa yang terdapat di persekitaran. Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix didapati 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal.

Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari. Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu.

Sumber:
 
© Utusan Melayu (M) Bhd
 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


Kepentingan DHA untuk wanita hamil & ibu menyusu


DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 yang berantai panjang, ianya boleh didapati dalam setiap sel dalam badan kita. DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak omega-3 dalam otak dan mata.

Bayi yang sedang membesar tidak mempunyai kecekapan untuk mengeluarkan DHA mereka sendiri dan ia mesti memperolehi nutrien penting ini melalui uri semasa kehamilan dan daripada susu ibu selepas lahir. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh janin bergantung kepada berapa banyak DHA yang dapat disalurkan daripada DHA ibunya. Sekiranya pengambilan DHA oleh ibunya itu sederhana atau rendah, maka paras DHA pada bayi juga akan turut menurun. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.

Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu, dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi yang telah lahir.

DHA daripada Sumber Diet

·         Alga (rumpair)
·      Jenis ikan yang berlemak termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut
·         Daging organ seperti hati
·         Sejumlah yang kecil didapati dalam kuning telur

Nasihat memakan ikan dan amaran pemakanan daripada badan-badan pakar di USA American Heart Association, United States Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) semuanya telah mengeluarkan nasihat tentang pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap penemuan sesetengah ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa dalam rahim ibu.

Untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada raksa ini, FDA mengesyorkan ibu mengandung dan menyusu dan juga anak-anak kecil supaya memakan tidak lebih daripada 12 auns ikan yang dimasak setiap minggu serta memilih pelbagai jenis ikan daripada memakan hanya satu jenis sahaja. Mereka hendaklah mengelakkan diri daripada memakan ikan besar seperti ikan yu, todak, tile dan ikan tenggiri raja yang semuanya mengandungi methylmercury pada paras paling tinggi.



DHA daripada susu ibu berbanding DHA daripada minyak ikan

Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi DHA dan EPA (asid eicosapentaenoic). Meskipun demikian, suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak tinggi dan sebaliknya mengandungi DHA hanya sekadar sederhana sahaja. Pada orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadam serta diserap. Tetapi, pada bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalam membran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf. Dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah empat kali lebih tinggi daripada jumlah EPA - Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik!

Penyulingan molekular

Sesetengah pengilang mengeluarkan minyak ikan melalui proses yang dikenali sebagai 'penyulingan molekular' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. Bagaimanapun, proses ini tidak mungkin dapat menghapuskan 100% methylmercury kerana dengan kaedah yang digunakan sekarang ini, pasti masih boleh meninggalkan sedikit sebanyak kesan toksin - mungkin pada paras yang tidak boleh dikesan. Ia banyak bergantung kepada kesan sensitif alat ujian yang diguna.

Dosej yang disyor

Pakar dari Institut Kebangsaan National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300 miligram DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk diambil semasa hamil dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan adalah disyorkan.

Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan kesejahteraan emosi ibu selepas melahirkan anak.

Sumber:
© Utusan Melayu (M) Bhd