Set Hamil/Mengandung Shaklee



Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti mengimpikan untuk mempunyai anak. Setelah mendapat berita gembira yang anda sedang hamil, saya pasti anda ingin memberikan yang terbaik untuk anak anda. Ibu hamil memerlukan diet yang seimbang supaya anda dan bayi mendapat nutrient yang diperlukan.

Diet yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut: 

·         Buah-buahan dan sayur-sayuran, samada segar, sejuk-beku, dalam  tin atau yang kering.
·         Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang.
·         Makanan yang kaya dengan protein seperti dagingikantelur dan kekacang.
·         Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.

Nutrien yang anda perlukan untuk membantu bayi anda membesar:

Nutrien
Fungsi
Kalsium
Pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah
Kromium
Mengawal tahap gula dalam darah; merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina
Tembaga
Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah
Fluorida
Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal
Asid folik
Adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak.
Iodin
Mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf
Zat besi
Membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi
Magnesium
Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu
Mangan
Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat
Asid Pantotenik
Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak
Fosforus
Membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal
Potassium
Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisma tenaga dan fungsi saraf
Riboflavin
Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda
Thiamin
Menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf
Vitamin A
Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah.
Vitamin B6
Membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf.
Vitamin C
Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi.
Vitamin D
Membantu membina tulang dan gigi.
Zinc
Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran



Walaupun nutrien-nutrien terbabit boleh diperolehi daripada sumber makanan, kita masih memerlukan mineral tambahan untuk memenuhi keperluan nutrient kita. Set Ibu Hamil Shaklee membantu membekalkan nutrien-nutrien tersebut. Set ibu hamil terbahagi kepada 2 iaitu Set J-1 (Trimester 1) dan Set J-2 (Trimester 2 & 3).

Set J-1

·         Vitalea
·         B-complex
·         Vita C
·         Ostematrix

Set J-2

·         Vitalea
·         B-complex
·         Vita C
·         Ostematrix
·         Omega Guard

SET HAMIL SHAKLEE (SET J-1 & J-2)

Vitalea

·         Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
·         Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
·         Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
·         Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
·         Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
·         Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

B-Complex

·         B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
·         B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
·         Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Vita C

·         Membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
·         Membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
·         Dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematrix

·    Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
·       Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
·  Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung
·        Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
·     Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Omega Guard

·         Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
·         Membantu perkembangan memori
·         Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan

Ibu mengandung juga digalakkan mengambil ESP (energizing soy protein).

ESP (energizing soy protein)

·         Memberi tenaga segera dan meningkatkan sistem  imun kepada ibu yang mengandung  
·         Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah
·         Membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh dan membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
sms/whatsApp: 017-5478807
Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah
  sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-
  penyakit yang dihidapi.












0 comments:

Post a Comment