Bekalan Susu Rendah (Low Milk Supply)


Hampir semua ibu yang baru menyusukan bayi akan melalui satu tempoh masa di mana mereka meragui sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak. Apabila ibu-ibu ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan bagi jangka masa yang pendek, mereka memberikan sebab utama sebagai, "Susu sikit, tak cukup untuk baby". Sebenarnya, menurut sebilangan besar pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi. 

Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya ianya tidak. Kekurangan mungkin ada jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting. 

Semua ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan kita sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi kita. Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisien dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan kita bimbang yang bekalan susu tidak mencukupi. 

Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu di tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini. Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya.

Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya. 

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi kita. Lebih banyak bayi kita menyusu, lebih banyak susu yang kita akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, kita akan: 

• mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan

• mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu; 

• bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau 

• terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin. 

Apakah yang perlu saya lakukan?

• Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan. 

• Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.

• Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). This is a totally NO NO. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun. Ingat konsep SUPPLY VS DEMAND. Saya tak sanggup melihat anak saya minum susu formula yang sintetik itu.

• Anda juga boleh cuba memerah/mengepam susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. 

• Sesetengah herba (seperti halba) dikatakan boleh menambahkan bekalan susu ibu - ia dikenali sebagai galactagogues, atau perangsang penghasilan susu.

•Supplement untuk merangsang penghasilan susu atau 'milk booster'

Gangguan kesihatan yang boleh menyebabkan bekalan susu rendah:

• tahap tiroid yang rendah (dan kadang-kala tinggi); 

• kehilangan jumlah darah yang banyak semasa bersalin atau selepas itu 

• komplikasi disebabkan sebahagian plasenta masih berada dalam rahim; ini akan mengganggu penghasilan susu sehingga ia lepas keluar atau ditarik keluar; 

• ubatan (contohnya kombinasi pil pencegah kehamilan dan ubat selesema dengan dekongestan seperti pseudophedrine) mungkin boleh mengurangkan bekalan susu. 

Source: http://www.babycenter.com.my


0 comments:

Post a Comment