Cabaran Turun 16kg Mommafiyya

Eh, kau mengandung lagi ke Dayang? Kak Dayang pregnant ke? Soalan-soalan sentap selepas 2 bulan habis berpantang. Selepas 3 orang menanyakan soalan yang sama, saya memang bertekad hendak kurus dan turunkan berat badan. Saya telah mencabar diri saya sendiri untuk menurunkan berat badan sebanyak 16kg dalam masa 8 bulan. Maknanya sekitar 2kg dalam sebulan. Cabaran ni bermula 1 September 2014 dan akan berakhir 1 May 2015. Hewhew.. 

Cara-cara saya ingin menguruskan berat badan:

  • kawal portion makanan (nasi segenggam sehari & lebihkan sayur/buah)
  • bersenam (3-5 kali seminggu)
  • makan makanan yang tidak/kurang berminyak (kukus,grill,panggang,kukus,grill,panggang,kukus)
  • makan supplemen yang boleh membantu kuruskan badan (Lecithin Shaklee, Cinch Shake Shaklee, ESP Shaklee, Omega Guard Shaklee)

Sebelum saya memulakan cabaran ini, saya telah mengupah seorang trainer (zaid moheyer) untuk mengajar saya bagaimana untuk melakukan senaman yang boleh dilakukan di rumah dan di gym. Banyak betul ilmu bersenam yang saya dapat daripada beliau. Antaranya ialah kalau nak kurus, 60% daripada pemakanan kita & 40% lagi adalah melalui senaman/aktiviti yang kita buat. Bersenam pun tak boleh hari-hari & tak bersenam langsung pun tak boleh jugak. Kenapa? Sebab kalau kita tak bersenam, badan kita akan lemah & jantung kita senang tersumbat sebab banyak sangat lemak-lemak terkumpul. Selalu sangat bersenam pula akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya kecederaan kerana tidak cukup rehat & stress badan/otot yang berterusan. Jantung kita juga akan penat jikalau kita sentiasa bersenam. 




Entri seterusnya saya akan ceritakan jenis-jenis senaman yang kita boleh buat di rumah & juga resipi-resipi makanan sihat yang saya telah cuba ya. Nak kurus kena makan ya, bukan berlapar macam gambar dekat atas tu. Ok Bye!!



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

♥ COD : Klang area only 

Promosi Shaklee September 2014: Collagen Powder & Mealshake (Double Promo)

Ini merupakan promosi Shaklee yang paling best! Double promo untuk Collagen Powder Shaklee (Buy 6 Free 1) & Mealshake (Buy 3 Free 1). Jika anda beli 6 kotak collagen powder, anda akan dapat percuma 1 beserta dengan free membership yang bernilai RM75. Bukan itu sahaja, bulan berikutnya anda akan menerima cash rebate/bonus daripada Shaklee lebih kurang RM100++. Best kan? 


   
Apa yang bagusnya tentang Collagen Powder Shaklee ini? Semestinya anda akan tampak & rasa lebih muda. Semakin kita menua, tubuh kita akan menghasilkan semakin kurang kolagen mengakibatkan lebih banyak kedutan & garis halus di samping kulit yang kendur. Selain daripada faktor usia, kerosakan kolagen juga boleh disebabkan oleh merokok, matahari & radikal bebas. Justeru itu, Collagen Powder Shaklee mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi & memperlahankan kehadiran kedut.

Kebaikan Collagen Powder:

1. Anti-penuaan (mengurangkan liang pori-pori terbuka,kedutan dan garis halus)
2. Mengurangkan pigmentasi,jeragat dan kulit tidak sekata
3. Melembapkan dan menjadikan kulit lebih anjal,lembut dan tegang
4. Menegangkan payudara bagi wanita
5. Menggalakkan rambut menjadi lebih kuat,lebat dan bersinar
6. Menguatkan kuku
7. Membantu mengekalkan kesihatan sendi, tulang dan gigi

Kebaikan Collagen Powder Shaklee
Kebaikan Collagen Powder Shaklee


Mealshake Shaklee sangat sinonim sebagai salah satu supplemen untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Kebanyakan para ibubapa memberi Mealshakes untuk anak mereka yang mengalami masalah sembelit, cerewet makan & demam selsema. Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi, buah-buahan,sayur-sayuran,kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.


Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi sehingga dewasa. Ia mengandungi immunoglobulin, lactoferin, bacteriolysin dan sebagainya. Mealshake juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu.

MEALSHAKES TIDAK SESUAI UNTUK DIAMBIL OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI ALAHAN DENGAN PROTEIN SUSU LEMBU & SOYA


Kebaikan Mealshakes Shaklee:

1.  Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu
2.  Membekal nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protein (tiada laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah,imun
3. Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
4. Anti-oksida - mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen antioksida
5. Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap,zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel darah merah
6.  Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut
7. Kelazatan rasanya - minuman yang lazat , penggantian segera terhadap kekurangan vitamin,mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan




Rita Rudaini pun dah grab promosi beli 3 percuma 1 mealshake ni. Hehe. Apa tunggu lagi? Jom cepat dapatkan Collagen Powder & Mealshake Shaklee sementara promosi double trouble ini berlangsung sehingga 30 September 2014 ya. Nak beli click gambar  "Order Now" itu ya:)







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
♥ sms/whatsApp: 017-5478807
♥ Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

♥ COD : Klang area only

Tips & Cara Pengurusan Stok Susu (EBM) Di Rumah

Salam ceria pembaca blog Mommafiyya. Hari ini saya ingin berkongsi tips & cara saya menguruskan expressed breast milk (EBM) atau stok perahan susu saya di rumah semasa berpantang & bekerja. Saya telah membeli deep freezer khas untuk menyimpan stok ebm di rumah memandangkan ruang freezer peti ais saya tidak cukup besar. Freezer yang saya beli saiz kecil sahaja (130Liter/ brand ELBA).



  1. Simpan ebm anda di dalam milk storage plastic bag atau di dalam botol. Elakkan guna botol jika anda ingin simpan sebagai stok di dalam freezer untuk menjimatkan ruang. 
  2. Jika sudah masuk kerja semula, di galakkan untuk menyimpan ebm yang anda perah di pejabat di dalam botol & menyimpannya di dalam peti ais/chiller. Tujuan menyimpan di dalam chiller adalah untuk memberikan anak anda susu yang fresh keesokan harinya. 
  3. Jika selepas 5 hari susu ebm di chiller masih belum habis, anda boleh menyimpan susu tersebut di dalam freezer untuk dijadikan stok
  4. Jika tarikh luput stok ebm anda di dalam freezer sudah semakin dekat, gunakanlah stok susu tersebut. Susu yang anda sudah perah di pejabat pula boleh disimpan di dalam freezer untuk menjadi stok ebm yang baru. 
  5. Jangan panaskan susu ebm anda di dalam microwave atau didihkannya di dalam air yang menggelegak. Ini kerana protein & segala nutrien di dalam susu tersebut boleh rosak. Gunalah bottle warmer atau panaskan di dalam air panas (37-40 celcius).
  6. Jangan bekukan semula susu yang anda telah cairkan atau yang telah anda panaskan.


Cara-cara Cair & Panaskan EBM

Cara Menguruskan EBM
Cara Menguruskan EBM

Cara Menyimpan EBM
Cara Menyimpan EBM


Senarai barang yang diperlukan untuk mengepam di tempat kerja:

  1. Pam manual/elektrik
  2. Selendang/poncho untuk cover diri anda ketika mengepam
  3. Marker pen & masking tape untuk tulis tarikh & masa anda mengepam
  4. Ice block
  5. Cooler bag
  6. Milk storage plastic bag/botol

Barang Keperluan Mengepam
Barang Keperluan Mengepam


EBM Mommafiyya

Setakat ini Alhamdulillah stok ebm saya mencukupi kerana semasa pantang saya sudah mula mengumpul stok ebm. Kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu, semoga berjaya menyusukan anak anda secara eksklusif paling kurang sampai umur mereka 6 bulan ya. :)

Set Get Clean Shaklee: Pengalaman Sendiri Menggunakannya di Rumah

Salam semua pembaca setia blog Mommafiyya.. 

Sudah lama saya tidak bersiaran. Hihi. Anyway, entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri menggunakan Set Get Clean Shaklee. Set Get Clean Shaklee terdiri daripada Dish Wash Concentrate, Fresh Laundry Concentrate Powder, Soft Fabric Concentrate & Basic H Organic Super Cleaning Concentrate. Jika anda membeli 1 Set Get Clean Shaklee ini, anda akan dapat woven bag berserta 1 botol penyembur Get Clean.

Set Get Clean Shaklee


Dish Wash Concentrate (473ml)

Dish Wash Shaklee ini saya gunakan untuk membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun dekat dapur tu. Memandangkan dish wash shaklee ini dalam bentuk concentrated (pekat), jadi ianya hanya memerlukan beberapa titis sahaja untuk membasuh timbunan pinggan mangkuk. Selalunya saya guna dalam 10 titik sahaja & buih sabun pun tahan lebih lama. Bahagian paling best tangan kita rasa lembut saja. :)

Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate. Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata. Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain.

Keunikan Shaklee:
  1. Selamat
  2. Tidak toksik
  3. Hipoalergenik
  4. Tanpa klorin
  5. Lembut pada tangan anda
  6. pH seimbang
  7. Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  1. Amat berkesan menanggalkan minyak
  2. Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  3. Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  1. Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  2. Mudah biorosot
  3. Tanpa fosfat
  4. Tanpa bahan pewarna
  5. Bungkusan yang boleh dikitar semula
  6. Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Fresh Laundry Concentrate (2.49kg)

Fresh Laundry Shaklee digunakan untuk membasuh pakaian. Baunya tidaklah seharum Downy tetapi sangat fresh gila. Saya suka bau pakaian saya bila baru angkat keluar dari mesin basuh. Segar bugar.. 

Tahukah Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam. Fresh Laundry Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain.

Keunikan Shaklee:
  1. Selamat
  2. Hipoalergenik
  3. Tanpa klorin
  4. Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  5. Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  1. Berkepekatan tinggi
  2. Hanya 1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  3. Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  4. Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
Mesra Alam
  1. Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  2. Surfaktan mudah biorosot
  3. Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  4. Bungkusan yang boleh dikitar semula
  5. Tanpa bahan pewarna
  6. Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Soft Fabric Concentrate (946ml)

Soft Fabric merupakan pelembut pakaian ataupun softener. Baunya pun fresh sama macam Fresh Laundry Concentrate tetapi wangi sikit. 

Keunikan Shaklee:
  1. Selamat
  2. Tidak toksik
  3. Tiada gas beracun
  4. Tiada bahan kimia berbahaya
  5. Tanpa pewangi
  6. Lembut pada tangan anda
  7. pH seimbang
  8. Tanpa klorin

Berkesan
  1. Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
  2. Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
Mesra Alam
  1. Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  2. Mudah biorosot
  3. Tanpa fosfat
  4. Bungkusan yang boleh dikitar semula
  5. Tanpa bahan pewarna
  6. Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Petua Berguna
  • Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembutberbanding sebelumnya.
  • Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate (473ml)

Basic H ini memang popular. Banyak sangat kegunaannya. Paling popular ialah orang mandikan anak mereka yang ada masalah kulit seperti ekzema dengan Basic H. Banyak testimoni kata kulit anak mereka pulih lepas guna Basic H. Saya tidak pernah lagi menggunakan Basic H untuk mandian. Semuanya atas risiko anda sendiri ya. Hihi.  

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. 

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  1. Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  2. Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  3. Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  4. Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  5. Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  1. Dinding, tingkap dan cermin
  2. Kaunter dapur, jubin dan lantai
  3. Peralatan
  4. Dapur
  5. Hiasan kayu
  6. Periuk belanga
  7. Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

Tahukah Anda?

Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit. Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung. Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang. Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Keunikan Shaklee:
  1. Selamat
  2. Tidak toksik
  3. Tiada gas beracun
  4. Tiada bahan kimia berbahaya
  5. Tanpa pewangi
  6. Lembut pada tangan anda
  7. pH seimbang
  8. Tanpa klorin
Berkesan
  1. Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  1. Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  2. Mudah biorosot
  3. Tanpa fosfat
  4. Bungkusan yang boleh dikitar semula
  5. Tanpa bahan pewarna
  6. Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Kesimpulannya, Set Get Clean Shaklee ini sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ianya boleh bertahan berbulan-bulan. Berdasarkan pengalaman saya yg ada 2 orang anak kecil serta 3 orang dewasa di rumah, Fresh Laundry bertahan dalam 3-4 bulan manakala Soft Fabric dalam 2 bulan. Dish wash juga dalam 4 bulan dan Basic H sudah hampir 8 bulan masih belum habis lagi. Jadi, jika anda berminat, boleh order dengan klik "order now" skrg ye..






Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari (Pengedar Shaklee Klang)
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg
 COD : Klang area only