Shaklee Omega Guard: Membekalkan DHA & EPA untuk wanita hamil & bayi

DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 yang berantai panjang, ianya boleh didapati dalam setiap sel dalam badan kita. DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak omega-3 dalam otak dan mata.

Bayi yang sedang membesar tidak mempunyai kecekapan untuk mengeluarkan DHA mereka sendiri dan ia mesti memperolehi nutrien penting ini melalui uri semasa kehamilan dan daripada susu ibu selepas lahir. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh janin bergantung kepada berapa banyak DHA yang dapat disalurkan daripada DHA ibunya. Sekiranya pengambilan DHA oleh ibunya itu sederhana atau rendah, maka paras DHA pada bayi juga akan turut menurun. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.

Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu, dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi yang telah lahir.

DHA daripada Sumber Diet

1. Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHAnya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA.

2. Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut.

3. Daging organ, seperti hati.

4. Sejumlah yang kecil didapati dalam kuning telur.

Nasihat memakan ikan dan amaran pemakanan daripada badan-badan pakar di USA

American Heart Association, United States Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) semuanya telah mengeluarkan nasihat tentang pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap penemuan sesetengah ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa dalam rahim ibu.

Untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada raksa ini, FDA mengesyorkan ibu mengandung dan menyusu dan juga anak-anak kecil supaya memakan tidak lebih daripada 12 auns ikan yang dimasak setiap minggu serta memilih pelbagai jenis ikan daripada memakan hanya satu jenis sahaja. Mereka hendaklah mengelakkan diri daripada memakan ikan besar seperti ikan yu, todak, tile dan ikan tenggiri raja yang semuanya mengandungi methylmercury pada paras paling tinggi.

DHA daripada susu ibu berbanding DHA daripada minyak ikan

Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi DHA dan EPA (asid eicosapentaenoic). Dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah empat kali lebih tinggi daripada jumlah EPA - Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik!

Shaklee Omega Guard

Penyulingan molekular

Shaklee mengeluarkan minyak ikan melalui proses yang dikenali sebagai Penyulingan Propietari Tiga Molekul' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. 

Proses Penyulingan Propietari Tiga Molekul

Kebaikan Omega Guard Shaklee:

1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan radang sendi
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Menggalakkkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
6. Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
7. Mengurangkan risiko kanser payudara,prostat dan usus

Dosej yang disyor

Pakar dari Institut Kebangsaan National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300 miligram DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk diambil semasa hamil dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan adalah disyorkan.

Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan kesejahteraan emosi ibu selepas melahirkan anak.

Kandungan DHA & EPA di dalam Shaklee Omega Guard

Sesiapa yang hamil tu saya mengesyorkan untuk mengambil Omega Guard apabila sudah masuk trimester ke-3 iaitu dimana pada waktu itu perkembangan otak bayi anda sedang berkembang dengan pesat. Untuk kanak-kanak pula, hanya 1 tahun ke atas sahaja boleh mengambil Omega Guard. 


Sumber: Utusan Malaysia


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


Manfaat Susu Ibu

Amalan penyusuan ibu bukan sahaja sesuatu yang digalakkan oleh agama Islam malahan disokong oleh asas-asas saintifik. Dari segi isi kandungannya, susu ibu memang begitu lengkap sebagai makanan pertama dan utama bagi bayi.

Susu ibu mengandungi zat-zat makanan yang cukup. Malahan nisbah zat-zat tersebut juga seimbang dengan keperluan seseorang bayi bermula dari masa kelahiran dan seterusnya. Kandungan zat tersebut juga sentiasa berubah mengikut keperluan seorang bayi dari semasa ke semasa. Tambahan pula susu badan mengandungi beberapa jenis antibodi yang dapat melindungi seseorang bayi itu daripada diserangi oleh cirit-birit, penyakit saluran pernafasan serta beberapa penyakit kulit yang tertentu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung atau susu formula atau susu lembu. Dengan memeluk anak kecil dan mengalirnya air susu daripada ibu kepada anak, maka kasih sayang ibu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.



Rangsangan

Payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan seperti kerap menyusu. Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada siang hari.

Jika bayi tidur lebih daripada tiga jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada empat hingga lima jam. Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan sebanyak 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin bagi menghasilkan lebih banyak susu. Ketika bayi menyusu, rangsangan sensori itu akan dikirim ke otak. Otak kemudian memberi reaksi mengeluarkan hormon prolaktin yang masuk ke dalam aliran darah menuju kembali ke payu dara. Hormon prolaktin merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja dengan lebih kuat bagi mengeluarkan lebih susu.

Kekerapan

Selepas itu, anda juga perlu menambah masa dan kekerapan untuk bayi menghisap susu. Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara dasarnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep pemberian susu mengikut kemahuan (supply and demand). Jika seseorang ibu lebih kerap menyusukan bayi mereka, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan.

Anda juga perlu mengepam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik sahaja bangun tidur. Luangkan juga masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari anda mempraktikkannya. Ada juga yang perlu menunggu lama sehingga dua minggu bagi melihat hasilnya.

Mengepam pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yang tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual mengepam yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

Pemakanan

Pengambilan pemakanan yang seimbang amatlah penting bagi ibu yang menyusu. Saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar, kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

Terdapat pelbagai jenis pemakanan atau suplemen yang menggalakkan pengeluaran susu telah dikomersialkan. Keberkesanannya bergantung kepada individu. Halba, oat, alfalfa, air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang dan betik muda merangsang pengeluaran susu ibu. Terdapat banyak juga suplemen yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu di pasaran. Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai Set Breastfeeding Shaklee, anda boleh klik DI SINI .

Makanan atau jamu (ramuan herba) yang dimakan oleh ibu dalam pantang akan memberi kesan kepada bayi susuan. Kesan tersebut akan disekresi melalui susu yang dihisap oleh bayi. Ada bayi yang mengalami masalah kekuningan (jaundis) berpanjangan dan cirit-birit disebabkan ibu mengambil jamu semasa dalam tempoh berpantang. Pemakanan yang seimbang sudah mencukupi bagi ibu-ibu ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Shaklee Collagen Powder: Kekal Cantik & Sihat Tanpa Suntikan!

Assalamualaikum pembaca blog Mommafiyya.. Dah lama saya tak update "banglo" saya ni. Hehe. Okey lah, entri kali ini saya nak bercerita tentang produk promosi bulan Oktober 2013 iaitu Shaklee Collagen Powder (SCP). Bila dengar saja perkataan "kolagen" mesti orang terfikir ianya hanya untuk kecantikan kulit sahaja. Kolagen bukan sahaja baik untuk kulit, ianya juga diperlukan oleh sendi & tulang. Pengambilan kolagen secara konsisten dapat memperbaiki keadaan dan struktur kulit, tulang dan sendi. Walau bagaimanapun, keadaan ini bergantung pada umur dan keadaan kulit anda di sekitar muka dan mata.



APA ITU KOLAGEN?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


TANDA TANDA PENUAAN

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya meleBmbapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.


SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP)

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.


Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
Kebaikan Collagen Powder:
1. Anti-penuaan (mengurangkan liang pori-pori terbuka,kedutan dan garis halus)
2. Mengurangkan pigmentasi,jeragat dan kulit tidak sekata
3. Melembapkan dan menjadikan kulit lebih anjal,lembut dan tegang
4. Menegangkan payudara bagi wanita
5. Menggalakkan rambut menjadi lebih kuat,lebat dan bersinar
6. Menguatkan kuku

7. Membantu mengekalkan kesihatan sendi, tulang dan gigi




Jadi, sesiapa yang mengalami masalah kulit,sendi & kekenduran cepat-cepatlah dapatkan Shaklee Collagen Powder SEKARANG sebelum 31 Oktober 2013. Ibu mengandung TIDAK BOLEH AMBIL colagen. Ibu menyusukan bayi BOLEH AMBIL colagen. Take note ya. :)



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus: Kembali dengan formula baru!

Produk Shaklee yang paling ngetop telah kembali selepas SETAHUN kehabisan stok! Shaklee Sustained Release Vita-C Plus membuat comeback dengan FORMULA BAHARU yang diperkaya dengan Citrus Bioflavonoids seperti Hesperidin, Lemon, Orange & Grapefruit bioflavonoids. Dengan adanya citrus bioflavonoids ini membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik & ianya juga memanjangkan tindakan vitamin C di dalam badan kita. 

Kebanyakan supplemen Vitamin C di pasaran mengandungi ascorbic acid yang sintetik. Tanpa citrus bioflavonoids, ascorbic acid sangat senang untuk teroksida di mana ianya sangat berbahaya kepada badan kita. Sumber citrus bioflavonoids Shaklee Vita-C Plus adalah daripada lemon,orange & juga grapefruit & menurut kajian kandungan citrus bioflavonoids adalah sangat tinggi di dalam buah-buahan tersebut. 


Bioflavonoids bertindak bersama vitamin C untuk :

- melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
- mempunyai kesan antibakteria
-membantu vitamin C dalam menjaga collagen agar tetap dalam kondisi sihat
-menggalakkan peredaran darah
-merangsang pengeluaran hempedu
- mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
- merawat dan mencegah katarak
- bertindak sebagai antihistamin
- mempunyai ciri-ciri anti-radang
- mengurangkan gejala herpes mulut
-merupakan antioksidan, pencegah pembentukan radikal bebas. 
-mengurangi hipertensi



Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam. 

Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi yang menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, sistem imun & kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot & pembuluh darah. 

Kebaikan Shaklee Sustained Release Vita-C Plus:
  1. Membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen dimana ianya mampu mengurangkan kedut & mengahalang otot menjadi lembik
  2. Memperbaiki simptom pendarahan - gusi berdarah, lebam dikulit,luka lambat sembuh,kulit kering,ruam & kulit kasar adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C
  3. Peningkatan sistem imun - membina sel darah merah, membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman serta mengurangkan simptom flu & selsema
  4. Mampu menghapuskan radikal bebas 
  5. Mencantikkan kulit - pengambilan setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, & menyekat pembentukan pigmen
  6. Mengekalkan kolesterol sihat - mampu mengurangkan kolesterol & tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arterioclerosis, thrombus,menghalang pendarahan dalaman,hidung berdarah & skurvi






* jangan tertipu dengan sesetengah pihak yang mendakwa mereka menjual Vitamin C Organik & mereka jual dengan harga yang lebih mahal iaitu rm1 per tab! Padahal mereka re-pack balik vita C shaklee & re-brand kepada Vitamin C Organik. 



STOK SANGAT LIMITED! Siapa cepat dia dapat ye. Hehehe. Vita-C Plus ini boleh tahan sehingga 6 bulan.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Punca Masalah Kesuburan Lelaki

Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa. Jarang kita dengar orang menyalahkan suami. Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan. 

Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki. Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit. Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma. 




Faktor penyebab 

Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma

Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat

Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi


Rawatan pembedahan dan perubatan 

Kedua-dua masalah pra testikular dan post testikul ar perlu dikenal pasti sebab, ubatan atau pembedahan bagi membetulkan bahagian yang tidak normal. Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia menentukan kesihatan sperma?

Kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter

Kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur

Pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai mortaliti. Anda mungkin paling subur jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.

Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat 

Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)

Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan

Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma

Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma

Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari

Pakai seluar dalam longgar




Makanan berkhasiat diperlukan dalam diet anda 


Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan

Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.



Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah 

Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda


CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur 

Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.


Vitamin E - meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus. 

Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.


Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom. 

Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.

B12 - dapat meningkatkan jumlah sperma 

Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.


Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. 

Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.

L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.

Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik. Untuk memelihara kesuburan, elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga. Sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan seperti berdiri seketika. Jangan letakkan komputer riba di paha anda. Elakkan mandi dalam tab panas, sauna dan mandian wap. Selain itu, hindari merokok. 

Ubatan tertentu seperti anti kemurungan atau anti androgen boleh menyumbang masalah kesuburan. Steroid anabolik juga boleh memberi kesan yang sama. Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal. 

Pendedahan pada toksik seperti racun serangga dan pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma. Dadah, misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk. Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan sperma. 

Cegah stres berlebihan dan lakukan senaman. Stres kadangkala punca pada sesetengah masalah ketidaksuburan seperti masalah hormon. Kekalkan berat badan seimbang, tidak terlalu kurang dan terlalu berlebihan kerana ia mempengaruhi tahap estrogen dan testosteron. 

Pergerakan sperma dan jumlah sperma yang sihat mungkin menurun selepas umur 50 tahun, sekali gus mempengaruhi kesuburan lelaki. Sesetengah kajian mencadangkan wanita boleh dihamilkan oleh lelaki berusia dengan risiko yang lebih tinggi sedikit untuk keguguran. benih daripada seorang bapa yang meningkat usianya juga boleh meningkatkan risiko lebih tinggi untuk mendapat anak autisme dan schizophrenia.

Jom klik Set Kesuburan Lelaki & Wanita untuk keterangan lebih lanjut. CoQHealth Plus Shaklee yang mengandungi CoQ10 juga boleh menyuburkan lelaki. :)


Sumber: HMetro


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Shaklee Collagen Powder: Promosi Oktober 2013! Buy 6 Free 1!

Assalamualaikum pembaca setia blog mommafiyya.. Bulan baru bermakna promosi baru (buy 6 free 1)! Produk promosi untuk bulan Oktober 2013 adalah SHAKLEE COLLAGEN POWDER! Yeay! Sesiapa yang tercari-cari produk kolagen boleh la cuba Shaklee Collagen Powder. Tawaran sah sehingga 31 Oktober 2013 sahaja. Jom kita baca tentang Shaklee Collagen Powder ini.

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder



Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.






Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.







Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


Kebaikan Collagen Powder:

1. Anti-penuaan (mengurangkan liang pori-pori terbuka,kedutan dan garis halus)

2. Mengurangkan pigmentasi,jeragat dan kulit tidak sekata
3. Melembapkan dan menjadikan kulit lebih anjal,lembut dan tegang
4. Menegangkan payudara bagi wanita
5. Menggalakkan rambut menjadi lebih kuat,lebat dan bersinar
6. Menguatkan kuku
7. Membantu mengekalkan kesihatan sendi, tulang dan gigi



kebaikan collagen powder shaklee
Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Jadi, sesiapa yang mengalami masalah kulit,sendi & kekenduran cepat-cepatlah dapatkan Shaklee Collagen Powder SEKARANG sebelum 31 Oktober 2013. Ibu mengandung TIDAK BOLEH AMBIL colagen. Ibu menyusukan bayi BOLEH AMBIL colagen. Take note ya. :)



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg