Panduan Memilih Pam Susu

Pada masa kini, pam payu dara umpama aksesori berharga kepada ibu menyusu yang bekerja. Pelaburan besar dilakukan oleh ibu yang memilih penyusuan eksklusif. Sejumlah wang yang besar dilaburkan untuk mendapatkan pam yang lengkap dan sesuai bagi merealisasikan impian penyusuan tersebut.




Oleh kerana anda sudah membuat pelaburan yang besar, pastikan pam yang dibeli memberi kesan efektif yang memuaskan hati. Jangan terpengaruh dengan saranan daripada orang lain berkenaan sesuatu jenama pam payu dara kerana setiap orang berbeza-beza keperluannya.





Bagi ibu bekerjaya yang mempunyai jadual kerja yang ketat, penggunaan pam elektrik amat disyorkan. Bagaimanapun semasa membuat pilihan, anda disarankan memilihh pam yang menyerupai cara hisapan bayi. Faktor ini membezakan keberkesanan pam ataupun sebaliknya. Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan pam elektrik adalah seperti berikut:

1. Keselesaan

Biasanya, pam elektrik automatic mempunyai ciri kekuatan sedutan, auto-cycle atau cycle yang boleh dikawal di mana ia selesa digunakan. Malahan sesetengah pam yang lebih canggih dan mahal berupaya melakukkan fasa rangsangan untuk merangsang pancutan reflex. Ia hanya boleh diselaras dengan menekan atau memutar butang tertentu.

2. Keberkesanan

Pilih pam elektrik yang dicipta menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 200-240 mmHg. Pam yang mempunyai cirri auto-cycle terbukti lebih berkesan berbanding pam yang memerlukan anda menekan sebarang punat atau butang untuk melepaskan hisapan.

3. Cara mengepam

*Sebelah payu dara

Pam ini sesuai jika anda menggunakan secara sambilan iaitu anggaran dua kali mengepam dalam sehari.

*Kedua belah payu dara

Mengikut kajian, pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payu dara pada waktu sama terbukti lebih berkesan bagi tujuan menrangsang penghasilan hormone prolaktin seterusnya penghasilan susu lebih baik. Pam ini disyorkan kepada ibu-ibu berkerjaya yang sibuk dan kesuntukan masa.

4. Ketahanan pam

Pastikan pam pilihan anda tahan lama kerana ia dianggap sebagai pelaburan jangka panjang. Pemilihan pam elektrik perlu mengambil kira faktor ketahanan motornya.

5. Harga

Pam payu dara elektrik berkualiti biasanya lebih mahal harganya iaitu dalam lingkungan RM350 hingga RM2000, bergantung kepada jenis dan jenamanya. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan jangka masa panjang kerana penyusuan susu ibu jauh lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu membeli susu formula.



Daripada pengalaman saya, saya pada mulanya telah membeli Medela Harmony (manual) untuk mengumpul susu. Memang selesa tetapi tangan saya cepat rasa sakit selepas sebulan menggunakannya. So saya pun tekad untuk membeli Medela Freestyle since saya jeles tengok kawan saya cepat je habis pam bila dia mengggunakan Medela Freestyle. Medela Freestyle memang sangat best,selesa & effisen. Memang tak rugi beli walaupun harganya mahal berbanding jenama pam yang lain.  Saya syorkan jenama Medela kerana pam jenama ini mempunyai "two phase expression" yang menyerupai cara hisapan bayi. Jadi, para ibu sekalian, anda haruslah bijak memilih pam susu yang sesuai dengan diri anda. Selamat Mengepam!


Sumber:Pa&Ma



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


Promosi September 2013: CoQHealth Plus Shaklee

Assalamualaikum semua.. September sudah tiba & seperti biasa setiap bulan ada produk promosi dari Shaklee. Untuk bulan September ini produknya ialah CoQHealth Plus. CoQHealth Plus merupakan produk terbaru & telah dilancarkan pada Jun 2013 yang lepas. 




Semakin umur kita bertambah, CoQ10 dalam badan akan semakin berkurangan. Sebenarnya ia akan semakin berkurangan sejak umur kita 20-an. Kebanyakkan orang yang berumur 50 tahun ke atas berfungsi dengan aras coQ10 yang amat rendah.

Apakah coQ10?

Sel badan yang sihat memenuhi keperluan tenaga melalui proses phosphorylation ATAU dengan menggunakan oksigen. Kita bernafas dengan menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, Jadi oksigen yang kita gunakan tu digunakan oleh sel badan yang sihat untuk menghasilkan tenaga. Jadi CoQ10 bertanggungjawab untuk memastikan proses itu berjalan lancar .

Apa yang berlaku jika KURANG OKSIGEN?

Jika kurang oksigen, sel badan kita TUKAR JALAN lain untuk mendapat kan tenaga, kita akan mendapatkan tenaga dengan membakar gula atau proses glucolysis. Kalau badan kerap menggunakan gula untuk mendapatkan tenaga, sel badan kita akan keliru. Bila sel keliru, sel tidak akan berfungsi dengan baik menyebabkan perubahan genetic dan seterusnya menjadi SEL KANSER (Otto Warburg, M.D., Ph.D.,)

Professor Brian Peskin membuat penemuan hebat. Orang yang berumur 30 KE ATAS perlu mengambil CoQ10 jika:

1. ada masalah kekurangan tenaga (letih, lesu, lepas sidai baju tidur separuh hari)
2. mempunyai masalah jantung 
3. penemuan terbaru prof Brian ialah peranan CoQ10 melindungi saraf dalam pesakit Parkinson’s , Hungtington’s, Alzheimer’s, Freidreich’s ataxia dan Lou Gehrig’s Disease)
4. CoQ10 juga berperanan untuk melindungi kulit dari kerosakan dan byk digunakan dalam kosmetik untuk hilang kedutan .
5. orang yang mengambil STATINS (ubat mengurangkan kolesterol)
6. wanita yang mengambil PIL PERANCANG KELUARGA kerana pil dipercayai boleh blok penghasilan CoQ10
7. mengalami masalah kesuburan (meningkatkan bilangan sperma, pergerakan & mengurangkan peratusan bentuk sperma yang abnormal)

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang CoQHealth Plus Shaklee, anda boleh klik DI SINI. Jom baca beberapa testimoni pelanggan yang telah menggunakan CoQHealth Plus Shaklee:


Shufarah Oon 
Sy bg ayah sy makan coq health plus masa shaklee mula2 launched product.nih..ayah sy ade penyakit denyutan jantung slow...kalo denyutan jantung normal 85 ke atas..tp ayah sy 60+ je...takat ni sy tgk ayah sy alhamdulillah..xde dgr dia mengah2 lg..kalo dulu..dia buat keje berat sikit..mesti nafas dia mengah2..pdhal dia punya berat maintain je dr muda sampai ke tua.. Shufarah Oon Haaa..lg 1 psl utk kecantikan tu sy sokong..sbb sblm ayah sy makan coq10 nih..kulit dia nmpk kusam..tp lps dia mkn coq..kalah kulit mat saleh...haha..pdhal umur dh dekat 70 thn..xleh jd kan..anak dia tokey shaklee pon kene makan gak nih... 

Eppi Aziz
My customer..isnin lepas coq10 launch kat nc order, nak beli kat kaunter siap lom unlock system haha.. father dia kene heart attack sebulan sebelum coq10 launch, takut berdebar2 sebab produk baru, doa tawakkal...alhamdulillah dah 3 bottle sejak launch...katanya dah kurang semput dan mengah..

Nor Ramli 
Saya.mkn coq10health sbb nk rasa sendiri.. 1. Sy mkn pas bekfas - increase metabolism rate. Rasa bertenaga spjg hari. So if hari tu sy blom mkn coq10 dn kn stay ul smp awal pagi..mmg sy mkn slps isya. 2. Jalan dari parking ke opis berpeluh.penuh perasaan. 3. Downside - sbb sy x bole geng dgn vita e. Bl mkn jerawat menghuni wajah..so mkn coq10 health ni..jerawat naik...tp jerawat yg naik ni mcm.memahami..ia cuma tumbuh di kawasan yg tersorok.dgn tudung.

Nur Nitra 
Pengalaman saya: CoQ health ni membantu beri tenaga. Beri tenaga macamana? Kalau dulu saya naik tangga, mau semputt susah nak bernafas. Tapi alhamdulillah sekarang dah takda rasa gitu. Coq memang besttt! Cksabihah Wmsafwan Sy ada sorg 'anak' merangkap loyal customer sekarang dh jadi ahli...umur dh 50++...husband die ada parkinson dan jantung pkai bateri...xtau istilah sgt tp itu condition die laa...dulu dia amik vivix untuk husband die..dia ckp,nampak elok sket,tenaga dan pertuturan..bila shaklee launch CoQhealth ni,dia beli untuk husband die..amazingly dia bgtau,dah tak nampak bingung sgt..pergerakan lebih cepat dan nampak lebih sihat...alhamdulillah 

Wan Na Wzamry 
Testi : Umo saya baru 32...saya cikgu, mengajar di sekolah yang bangunannya 3 tingkat....setiap hari, kerja yang paling saya tak tahan ialah kena jerit dalam kelas bila mengajar sebab suara tak berapa nak kuat dan kena naik tingkat 3,sehari dalam 2-3kali untuk ke kelas.....saya dah makan produk shaklee yang lain,saya rasa bertenaga...cuma saya notice jantung saya macam lemah sikit....saya jadi cepat penat,bila naik tangga tu lama nak hilang mengahnya.....bila saya cuba ambil coq10 ni, lepas 5 hari, saya rasa kesihatan lebih baik....saya boleh bertahan mengajar sampai habis waktu dan bila naik tangga ke tingkat 3 tu, mengahnya cepat hilang....untuk mereka yg selalu stress, lemah tak bermaya,memang patut ambil coq10 ni




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Punca Ketidaksuburan di Kalangan Lelaki & Wanita

Masalah ketidaksuburan merupakan masalah yang sangat 'sensitif' di kalangan wanita mahupun lelaki. Selepas 6 bulan mencuba untuk hamil gagal, anda suami isteri harus mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti punca ketidaksuburan di kedua-dua belah pihak. 



Anda harus tahu bahawa 1/3 masalah ketidaksuburan datang daripada wanita. 1/3 berpunca daripada lelaki & selebihnya adalah gangguan faktor-faktor yang tidak dapat dikenal pasti.  

WANITA 

1. Gangguan telur
- hormon yang tidak seimbang mengganggu proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan boleh terganggu jika anda mempunyai berat badan yang terlalu kurang @ terlalu berat,mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. 

2. Saluran fallopio tersumbat
- berlaku mungkin disebabkan jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio & bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endometriosis. 

3. Endometriosis
- berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang & tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri & menyebabkan kesakitan haid.




4. Antibodi menyerang
- tubuh tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibod yang akan menyerang sel gamet (telur & sperma). Kes antibodi menyerang sel sperma paling banyak berlaku. Disebabkan itu sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim & persenyawaan tidak dapat dilaksanakan

5. Masalah rahim
- fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot & tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar & menyebabkan kesakitan semasa haid. 

LELAKI

1. Sperma tidak matang
- berlaku apabila lelaki tidak dapat mengahsilkan sperma normal yang bergerak bebas & mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon,tekanan perasaan,faktor alam sekitar,masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Jangkitan virus seperti selsema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma,tetapi ianya bersifat sementara. 



2. Gangguan pengangkutan sperma
- air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah salur tiub fallopio yang tersumbat


Anda juga boleh membaca entry saya sebelum ini yang berkaitan dengan Set Kesuburan Lelaki & Wanita DI SINI


Sumber: Pa&Ma

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:












Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg