Petua Atasi Bengkak Susu

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. 

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu:

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat. Pastikan juga ianya tidak mempunyai dawai besi (based on my experience).

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).


7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).


8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

11.  Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

12.  Lagi satu cara adalah dengan mengambil supplemen Lecithin. Menurut kata Dr. Jack Newman, “It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.”  Dose yang dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari atau 1 capsule (1200mg) 3-4 kali sehari. Selepas 1-2 minggu bengkak telah reda, anda boleh mengurangkan dose lecithin tersebut.
 
Lecithin Shaklee


Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.


Sumber: Pa&Ma & KellyMom



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Set Kecantikan Shaklee: Awet Muda Tanpa Suntikan!

"Awet muda" sangat sinonim dengan mereka yang mementingkan kecantikan. Ada yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan suntikan vitamin C,botoks,sel stem & surgeri. Tahukah anda, kita sebenarnya dapat mengembalikan keremajaan & menghilangkan tanda-tanda penuaan dengan mendapatkan khasiat tambahan yang sesuai? 


Proses penuaan paling ketara dapat dilihat pada lapisan epidermis. Khasiat yang cukup & seimbang mampu menjadikan kulit lebih anjal & awet muda. Kolagen merupakan salah satu dariapada 4 jenis tisu asas dalam tubuh manusia. Sebab itulah banyak produk yang mula menggunakan kolagen sebagai bahan utama produk mereka. 



Kira-kira 30% daripada jisim tubuh terdiri daripada kolagen. Namun, penghasilan kolagen akan berkurang bila usia semakin meningkat. Paras kolagen mula menurun bila usia mencecah 20 tahun. Kulit merupakan bahagian paling awal pada tubuh yang dapat mengesan kekurangan kolagen dalam tubuh. 

Kesan Kekurangan Kolagen:
  1. kulit menjadi kering,kasar,hlang keanjalan & berkedut 
  2. rambut mual gugur & nipis
  3. kuku menjadi rapuh & kadar pertumbuhannya berkurangan
Jika anda ingin mengekalkan kulit yang muda & berseri, cubalah ambil kolagen tambahan,vitamin C & polifenol untuk meningkatkan semula paras kolagen anda.

Set Kecantikan Premium Shaklee
Set Kecantikan Premium Shaklee

Vivix, Vitamin C & Collagen Powder Shaklee merupakan produk paling ideal untuk menjaga kesihatan kulit, melewatkan penuaan & menentang penyakit akibat kesan penuaan. 

Kebaikan Collagen Powder Shaklee:
  • membantu membina semula serat kolagen untuk menggalakkan penghasila kolagen pada lapisan dalaman kulit
  • kulit lebih lembut,anjal,licin,gebu & berseri
  • menggalakkan pertumbuhan rambut baru 
  • rambut menjadi lebih kuat,tebal & berseri
Kebaikan Vivix Shaklee:
  • mengandungi polifenol yang kaya dengan antioksidan
  • mencegah kehilangan kolagen akibat radikal bebas
  • membantu proses penuaan berlaku secara sihat
Kebaikan Vitamin C Shaklee:
  • menggalakkan penghasilan kolagen & tisu penyambung yang lain
Gabungan polifenol & vitamin C yang kaya khasiat antioksidan juga terbukti secara klinikal sangat baik dalam menentang radikal bebas yang menyumbang kepada masalah penuaan kulit serta penyakit kesan penuaan seperti darah tinggi, jantung, kanser & diabetes. Langkah anti-penuaan hendaklah bermula di peringkat sel tubuh. Dengan memiliki sel tubuh yang sihat, sudah pasti badan menjadi sihat & awet muda!!

Sumber: iSihat


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


3 PERSOALAN TENTANG SAYA DAN SHAKLEE

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mommafiyya. Entry kali ini lain sikit daripada entry yang lain. Entry kali ini saya ingin merungkaikan 3 persoalan tentang saya dan Shaklee. 3 persoalan tersebut adalah:
  1. Why am i doing it?
  2. What the results might be?
  3. Will i be successful?
Persoalan 1:

Saya buat Shaklee ini asalnya mahu cuba-cuba buat bisness je. Tapi bila dapat bonus Shaklee RMXXXX pada bulan ke-3 saya join, saya terus tekad untuk berbisness Shaklee. Saya berbisness Shaklee ni pada awalnya untuk membantu para ibu supaya mereka dapat menyusukan anak mereka secara eksklusif dengan susu ibu sahaja memandangkan saya sendiri telah berjaya menyempurnakan 'exclusive breastfeeding' selama 6 bulan dengan menggunakan Set 3M Shaklee. Selepas itu saya mendapati bahawa hasil pendapatan sampingan saya ini membolehkan saya untuk bersedekah dengan lebih kerap, memberi elaun tambahan untuk mak saya & mengurangkan beban suami saya untuk bayar hutang rumah. Selain itu, saya juga dapat menambah nilai di dalam hidup orang lain seperti memberi mereka konsultasi tentang masalah kesihatan yang mereka hadapi & juga dapat membantu para ibu khususnya yang mahu menjana pendapatan sampingan dengan berbisness Shaklee. :)

Persoalan 2:

Bila dah berbisness ni kita memang mengharapkan bonus & keuntungan yang bakal kita capai hasil penat lelah kita. Shaklee ini ialah MLM tetapi ianya bissness kita SENDIRI & BUKAN BISSNESS UPLINE KITA. Kalau kita rajin berniaga, hasilnya bonus kita akan tinggi & kita akan naik rank. Kalau kita malas hasilnya adalah sebaliknya. Saya berniaga Shaklee ni 100% online through FB & Blog. Kalau kita rajin update blog & FB, insyaallah business kita akan maju. Tidak lupa juga AMALAN ROHANI. Kena selalu buat solat dhuha, solat tahajjud, solat taubat, zikir, istighfar & juga solat wajib 5 waktu tu jangan lah sesekali tinggal. 

Persoalan 3:

Saya yakin saya boleh berjaya dengan  Shaklee & dapat jadi Master Jun 2016 dengan pendapatan 6-7 angka sebulan. Bila bonus Shaklee saya sudah melebihi gaji saya sekarang ni, saya mahu menjadi WAHM (Working At Home Mom) as soon as possible. Saya yakin jika saya rajin & amalan rohani juga mantap & meletops, saya boleh jadi Master lebih awal daripada target saya. 


Jadi bagi sesiapa di antara anda semua yang mahu mengubah hidup anda & ingin menjana pendapatan sehingga 6-7 angka, marilah sertai Shaklee. Insyaallah anda akan berjaya jika anda berusaha sungguh-sungguh, komited & mempunyai amalan rohani yang mantap. :)

Dari kiri: Saya, Mommy Mazni (Sr. Supervisor), Nanny Lydzar (Key Coordinator), Moyang Lyna (Master)



Jikalau anda berminat untuk menjadi sebahagian Team Mommafiyya, boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

CoQHealth Plus: Sering berasa letih? CoQHealth Plus mampu mengatasinya.

Jika anda sering berasa letih, ia mungkin berpunca dari jantung dan koenzim Q10 (CoQ10) yang diperlukannya. Saiz jantung adalah lebih kurang sebesar genggaman tangan dan ia terdiri daripada tisu otot khas. 




Tisu otot jantung adalah sesuatu yang menakjubkan dan hanya dijumpai pada satu tempat sahaja iaitu di jantung. Bukan seperti dua jenis otot yang lain, otot boleh kawal dan otot luar kawal, otot-otot jantung tidak tahu berehat dan tidak pernah penat mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran darah sepanjang 60,000 batu.




Jantung berdegup sebanyak kira-kira 72 degupan setiap satu minit dan 100,000 degupan setiap hari tanpa henti selagi anda masih hidup. Ini merupakan suatu kerja keras dan untuk melaksanakan tugas ini jantung anda memerlukan tenaga yang amat banyak. 

Mendapatkan tenaga tidak menjadi masalah semasa kita muda. Badan kita mengeluarkan semua tenaga yang diperlukan oleh jantung. Tetapi apabila kita semakin tua, sistem enzim kita mula menjadi perlahan, dan tenaga yang dibekalkan kepada jantung semakin berkurangan. Oleh itu, apabila usia kita mencecah 50-an dan 60-an, jantung kita secara mendadak mengalami kekurangan tenaga.

Apabila jantung anda tidak memperolehi tenaga yang mencukupi, sudah semestinya ia tidak akan mampu untuk mengepam darah dengan begitu cekap menerusi arteri, vena dan kapilari yang berjumlah sepanjang 60,000 batu itu. Talian saluran darah ini menampung semua organ badan anda serta bertrilion sel dengan membekalkan oksigen dan nutrien-nutrien perlu sepanjang masa. Sekiranya sel-sel dan organ-organ itu tidak memperolehi oksigen dan nutrien dengan mencukupi, gejala pertama yang akan berlaku ialah anda akan berasa letih dan tidak bermaya. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, anda mungkin akan jatuh sakit.

Oleh itu, jika anda merungut bahawa anda tidak lagi bertenaga seperti dahulu, masalah anda mungkin berpunca daripada keadaan jantung yang tidak memperoleh tenaga dalam jumlah yang benar-benar diperlukannya.

Tenaga jantung

Di dalam setiap sel yang bertrilion banyaknya itu, terdapat loji-loji penjana tenaga yang dikenali sebagai mitokondria. Reaksi biokimia yang kompleks berlaku di dalam mitokondria untuk menukarkan makanan menjadi tenaga kimia (adenosine triphosphate atau ATP). ATP merupakan sejenis molekul yang mengandungi tenaga tersimpan seolah-olah seperti sebuah bateri yang diperlukan oleh sel-sel untuk berfungsi dengan lancar. 

Koenzim Q10 (CoQ10) merupakan komponen yang penting dalam proses pengeluaran ATP dan tanpa CoQ10 tenaga tidak akan dapat dikeluarkan. Maka tidak hairanlah jika otot jantung, yang merupakan suatu tisu yang paling aktif, mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Tetapi malangnya, pengeluaran CoQ10 oleh badan kita menjadi perlahan apabila kita semakin berumur.

Apabila umur anda mencecah 40-an, CoQ10 anda akan berkurangan sebanyak 40 peratus berbanding semasa anda berumur 20-an dahulu. Apabila umur anda mencecah 70-an pula, jumlah CoQ10 anda akan berkurangan sebanyak 60 peratus.

Tisu otot jantung dan paras CoQ10

Semua sel memerlukan CoQ10 tetapi sesetengah daripadanya adalah lebih sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah. Beberapa jenis sel, tisu atau organ mungkin mengalami masalah kekurangan CoQ10 tetapi masih lagi dapat berfungsi dengan baik. Namun demikian, bagi sel, tisu atau organ yang lain mungkin amat sensitif terhadap kekurangan CoQ10 walaupun ia cuma penurunan dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan boleh membawa kepada kelemahan, keletihan dan beberapa penyakit yang lain.

Bahagian badan yang sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah ialah jantung, otak, sistem imun dan juga tisu-tisu gusi. Organ yang paling sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah ialah jantung. Ini mungkin satu sebab mengapa penyakit jantung tersenarai sebagai antara penyakit pembunuh utama di dunia. Tetapi ada berita baiknya; tenaga dapat dikembalikan kepada sel-sel tersebut dengan pengambilan suplemen CoQ10.

Sumber CoQ10

Walaupun CoQ10 boleh didapati secara semulajadi di dalam banyak jenis makanan seperti daging lembu dan sayur-sayuran, jumlah CoQ10 di dalam makanan-makanan tersebut adalah sangat kecil. Adalah amat sukar untuk memperolehi lebih daripada lima miligram (mg) CoQ10 sehari daripada makanan kita.

Oleh itu, pengambilan suplemen CoQ10 disarankan bagi membekalkan keperluan tenaga optimum badan, terutamanya jantung. Oleh kerana ramai yang mempunyai paras CoQ10 yang rendah selepas melangkaui umur 35 tahun, maka mengambil suplemen CoQ10 adalah difikirkan sebagai suatu pelaburan yang amat berharga untuk mencapai kesihatan optimum di usia emas.

Ramai juga yang mengambil suplemen koenzim Q10 lazimnya melaporkan peningkatan mendadak dalam paras tenaga mereka sebaik sahaja mereka mula mengambil bentuk CoQ10 yang larut air. Mereka dapat bermain lebih banyak golf, dapat kembali semula ke gelanggang tenis, dan selepas semua itu masih mampu meluangkan masa bersama anak dan cucu-cucu mereka.


CoQHealth Plus Shaklee
CoQHealth Plus Shaklee



Nasib baik Shaklee ada CoQHealth Plus. CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E & ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum & penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:


  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • menggalak & melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah & mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Perbezaan Shaklee


  1. Anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli utntuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus
  2. Kombinasi CoQ10 & Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar & menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  3. Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah & jantung)
  4. CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini,yang sumbernya telah diuji & diyakini mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10 nya
  5. Tanpa Gluten (orang yang alergik gluten boleh makan. Yeay!!)


Testimoni CoQHealth Plus:





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Petua Mudah Tambah Susu

Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut selain menggunakan supplemen untuk menambahkan susu. Klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Breastfeeding Shaklee.

1. Kerap menyusu

Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.


2. Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.


3. Makanan herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Halba

4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,


5. Posisi yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.



Sumber: Pa&Ma


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Set Shape Up Shaklee: Buang, Bakar & Bina

Assalamualaikum & salam sejahtera pembaca setia blog Mommafiyya :) Mesti ada sesetengah daripada anda mengalami kenaikan berat badan kan? Maklumlah beru lepas raya sakan & ditambah lagi dengan open house yang tak henti-henti ini. Dah naik berat badan mesti rungsing macam mana nak turunkan balik kan? Jangan risau.. Shaklee ada sediakan Set Shape Up yang berfungsi untuk membuang & membakar lemak serta membina otot. 







Set Shape Up Shaklee

Shape-Up Set Shaklee terdiri daripada:
  1. Cinch Shake Mix (Chocolate,Cafe Latte,Vanila)
  2. Cinch Energy Tea Mix
  3. Lecithin
  4. Herb-Lax

Cinch Shake Mix

Setiap kali anda minum Cinch Shake Mix, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan. Cinch Shake Mix diperkaya dengan Leucine yang berfungsi untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan. Cinch Shake Mix terdapat dalam perisa chocolate, vanilla dan cafe latte. Saya pernah minum perisa cafe latte & rasanya memang cukup sedap. Saya selalunya akan tambah 1 scoop ESP ke dalam cinch shake saya. Memang kenyang dari pagi sampai tengah hari :)

Cinch Energy Tea Mix

Ia memberi anda tenaga semulajadi dan rasa yang selesa. Diperbuat daripada campuran teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha. Cinch Energy Tea Mix merupakan perangsang dan pembekal tenaga semulajadi dan selamat. Ditambah dengan Taurina, ianya dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Cinch Energy Tea Mix juga merupakan pilhan terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh. 

Lecithin

Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu. Fungsi utama Lecithin adalah untuk memecahkan lemak dan kolesterol.  

Herblax
   
Ia mengandungi 9 herba semulajadi: alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckhorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root. Herblax merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Selain itu, Herblax juga membantu masalah sembelit dan tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement). Selalunya lepas makan Herblax ini, kita akan rasa mahu membuang keesokan paginya. Memang pembuangan SANGAT LANCAR. Orang yang susah nak membuang bolehla mencuba herblax ini.



Kebaikan Shape-Up Set Shaklee:


  1. Badan yang langsing dan rapi
  2. Nampak lebih anggun
  3. Rasa unggul
  4. Rasa lebih bertenaga
  5. Meningkatkan keyakinan diri
  6. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Pilihan lain:

Untuk membakar lemak, anda juga boleh menggantikan Lecithin dengan Omega Guard. Omega Guard adalah sejenis minyak ikan yang bukan sahaja boleh membakar lemak bahkan juga bagus untuk perkembangan otak.

Untuk detoks,selain Herblax anda juga boleh menggantikannya dengan Alfalfa yang mempunyai 1001  kebaikan. Anda juga boleh menggantikan Cinch Shake dengan ESP. Selain mengenyangkan, ESP juga bagus untuk kulit,rambut & sebagainya. 

Jom tengok testimoni mereka yang berjaya kurus dengan Shaklee:











Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:










Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg