Gabungan vitamin untuk kulit yang sihat


Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
·   .  Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
· Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif
·  Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.



Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta-karotene (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta-karotene juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karotene merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta-karotene, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Sumber: Utusan Malaysia

Berdasarkan kepada artikel di atas, g
abungan beta-karotene, vitamin C, E, zink, selenium dan vitamin B merupakan gabungan terbaik untuk kulit yang sihat. Vitamin E complex Shaklee sudah pun dilengkapi dengan selenium dan Carotomax Shaklee juga mengandungi beta-karotene. Jadi, untuk kulit yang sihat Shaklee menawarkan Vita E complex, Vita C sustained released, B complex,Zinc complex dan Carotomax. 





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg


Top 12 kebaikan Lecithin Shaklee

Salam semua pembaca blog Mommafiyya :) Hari ini saya nak bercerita tentang kebaikan Lecithin Shaklee. Di kalangan customer saya, ramai beli Lecithin ni untuk pecahkan lemak a.k.a untuk kuruskan badan. Bukan itu saja kebaikannya tetapi banyak faedah lain yang akan kita dapat dengan Lecithin ni. Let's find out!

Lecithin Shaklee
Diekstrak dari kacang soya organik yang non-GMO (genetically modified organism). Setiap kapsul megandungi 530mg lecithin termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu. Kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak,hati,sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuro penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.

Kebaikan utama:

  1. Membantu tubuh menyerap vitamin yang larut lemak seperti A,D,E,K
  2. Melindungi hati --> menghalang enapan lemak dihati,sirosis hati dan hati berlemak
  3. Pemecahan lemak dan kolesterol --> lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi lemak,kolesterol dan trigliserida di dalam tubuh
  4. Pelangsingan --> pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang
  5. Mencantikkan otot dan kulit --> membentuk membran sel,melembapkan dan menghaluskan untuk kulit yang canti, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan
  6. Memperbaiki alergi --> menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah,seterusnya meningkatkan alergi seperti penyakit kulit (dermatitis)
  7. Menghalang kejadian batu karang --> 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol, lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang
  8. Mempertingkatkan daya ingatan & meringankan stress --> mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran,daya ingatan,menghalang Alzheimer dan meringankan stress
  9. Menghalang tekanan darah tinggi --> menghalang arterioklorosis,menggalakkan peredaran darah
  10. Memperbaiki prostat lelaki --> memperbaiki kualiti dan kuantiti semen
  11. Meringankan sembelit --> bertindak sebagai pelembut najis yang berkesan, ianya melembapkan usus dan meleraikan toksin didalam usus
  12. Membantu mengurangkan bengkak susu di kalangan ibu menyusu --> lecithin mengurangkan kelikatan (viscosity) susu dengan meningkatkan bilangan polyunsaturated fatty acids di dalam susu

Banyak betul faedah Lecithin Shaklee ni. Antara testimoni pengguna Lecithin Shaklee:



















Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Halal ke produk Shaklee ni?


Assalamualaikum semua pembaca setia blog Mommafiyya. :) Entri kali ini saya ingin memperkatakan tentang ISU HALAL SHAKLEE. Ramai customer bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee. Antara soalan yang lazim ditanya:


Soalan 1 :

Assalamualaikum,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee
adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk
"Shaklee" iaitu "Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN dari AB RAHMAN BACO:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22
Februari 2011 untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang
sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang
mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada
tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika
Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar
pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat
di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com


P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan
pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat
Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis
ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com


SIJIL HALAL SHAKLEE 2013 (LATEST)

Panjang lebar kan penerangan En. Ab Rahman Baco tentang isu halal Shaklee. Jadi, anda semua tidak perlu meragui tentang halal Shaklee ni. Kita janganlah mengharamkan sesuatu yang halal dan janganlah menghalalkan sesuatu yang haram. :)


Set Kesuburan Lelaki dan Wanita Shaklee

Masalah ketidaksuburan bukanlah masalah biasa lagi apabila 10 peratus daripada setiap populasi negara menghadapinya. Setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, satu pasangan pasti mengalami masalah ketidaksuburan.



Namun, masyarakat sering menuding jari kepada wanita atau isteri apabila memperkatakan soal kemandulan atau penyebab tiada zuriat walhal peratus punca ketidaksuburan lelaki dan perempuan adalah sama banyak. Dalam lima pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan, dua daripadanya berpunca daripada perempuan, dua daripada lelaki manakala satu lagi merupakan gabungan lelaki dan wanita.

“Pasangan yang tidak mempunyai anak setelah setahun berkahwin ataupun enam bulan bagi yang berusia 35 tahun ke atas perlu merujuk pada doktor. “Pakar sakit puan akan memeriksa wanita dan lelaki pula akan dihantar kepada pakar urologi. Ada masalah ketidaksuburan yang boleh dirawat tetapi semakin sukar jika lambat diambil tindakan kerana faktor usia wanita. Kira-kira 40 peratus sahaja masalah kesuburan lelaki yang boleh dirawat.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Shaklee menawarkan Set Kesuburan Lelaki dan Wanita yang terdiri daripada:


SET KESUBURAN LELAKI & WANITA


Set Kesuburan Lelaki:
  1. Zinc complex
  2. Vitamin E
  3. Vitamin C
  4. Vita-Lea
Set Kesuburan Wanita:
  1. GLA Complex
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. Vita-Lea
  5. Alfalfa Complex

Mari kita lihat fungsi suplemen-suplemen diatas:

  1. Zinc Complex
  • zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain
  • defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat,impoten,perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel,kiraan sperma yang rendah,kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra-matang dan rambut gugur
  • zinc melindungi kesihatan prostat,memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly (prostate enlargement) dan keadaan kerap kencing. 
  • pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki,impoten, meninggikan kiraan sperma.

   2.  Vitamin E
  • vitamin E yang paling lengkap di pasaran dan mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin E,memelihara membran sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot
  • "Selenium contains antioxidants that help in sperm formation and increases the sperm’s mobility, giving it the ability to swim and fertilize the ova. Adequate levels of selenium in men, therefore, improve the sperm’s chances of fertilizing the egg" (Livestrong.com)
  • vitamin E mempertingkatkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • ia juga meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

    3.  Vitamin C
  • menurut American Dietetic Association, kekurangan vitamin C boleh menyebebkan sperma berkumpul (clump together)
  • vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

   4.  Vita-Lea
  • mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. 
  • pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

   5.  GLA Complex
  • GLA (gamma-linolenic acid) Shaklee diekstrak dari borage 
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti mood swing,retensi air,senggugut dan sakit payudara
  • GLA juga memastikan kitaran haid teratur
  • GLA membantu dalam penghasilan lendir serviks yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. 

   6.  B-Complex

  • Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg)
  • Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

   7.  Alfalfa Complex
  • diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), 
  • Alfalfa juga membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). 
  • ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.



PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.




Sumber: Utusan Malaysia

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Perlukah si manja anda mengambil suplemen?

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk anda pastikan anak-anak anda membesar dengan baik. Kanak-kanak sebaiknya diberi makan lebih banyak serat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan lemak tepu di dalam makanan ringan harus lah dikurangkan. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk menerima makanan sihat terutamanya buah dan sayur yang sangat penting sebagai keperluan nutrisi perkembangan dan tumbesaran mereka. 


Selain makanan semulajadi, ramai ibu bapa memilih untuk memberi suplemen kepada anak-anak. Bukan sahaja kepada anak yang cerewet makan, malah juga untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka. Antara perkara yang perlu anda pertimbangkan jika ingin memberi suplemen tambahan kepada anak anda ialah:


  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan 
  2. Suplemen perlulah diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk mereka
  3. Vitamin hanya diberikan bila anak anda perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak
  4. Suplemen yang diberi haruslah mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka

Antara vitamin dan mineral yang si manja perlukan:


  1. Vitamin A --> penting bagi mata 
  2. Vitamin B1 --> membekalkan tenaga kepada badan
  3. Vitamin B2 --> membekalkan tenaga kepada badan
  4. Vitamin C --> meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit
  5. Kalsium --> penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat
  6. Zat besi --> penting bagi pembentukan hemoglobin 

Shaklee menawarkan Set Kesihatan Kanak-Kanak yang dapat memenuhi kelengkapan nutrisi si manja anda. 

SET KESIHATAN KANAK-KANAK SHAKLEE


Set ini terdiri daripada:
  1. Mealshakes
  2. Omega Guard
  3. Vita-lea for children (chewable)
  4. Chewable Vita-C
Mealshakes

Mealshakes Shaklee merupakan merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Mealshakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu. Ianya juga sesuai untuk diberikan kepada anak yang cerewet makan. 

Omega Guard

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA). DHA dan EPA mampu:
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf,fungsi mata 
  • Membantu perkembangan memori. 

Vita-lea for children (chewable)

  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
  • Sumber kalsium pembina tulang 
  • Bekalan harian untuk vitamin B.

Chewable Vita-C

  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan 
*suplemen di atas hanya disyorkan untuk si manja yang berumur 1 tahun ke atas

Jadi, sebagai ibu bapa, pilihan di tanagn anda. Yang penting anda tahu apa yang baik dan tidak untuk tumbesaran si manja. Jangan lupa untuk menyemak label makanan di produk makanan di pasar raya. Anda perlu tahu jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam makanan tersebut. 

Sumber: Pa&Ma (Nov 2012)

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Mengatasi masalah anak yang cerewet makan (picky / fussy eater)

Apabila anak mula bermain-main dengan makanannya menandakan
dia tidak berminat dengan makanan yang disajikan


Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pilihan yang tersendiri apabila tiba waktu makan dan ini membuatkan para ibu menjadi gelisah setiap kali hendak menyediakan makanan untuk si manja.

Selera anak yang terlalu cerewet itu disebabkan dia lebih sensitif terhadap rasa, bau dan tekstur makanan tersebut sehingga sanggup menolak hidangan yang berkhasiat terutama sayur serta buah-buahan. Sebaliknya, mereka memilih untuk mengunyah makanan ringan semata-mata.


Ramai ibu bapa mengabaikan masalah ini dan merasakan perilaku itu normal di kalangan kanak-kanak. Tetapi mereka tidak sedar bahawa anak yang cerewet makan akan ketinggalan dalam pengambilan khasiat pemakanan seimbang serta menyebabkan malnutrisi.

Ketua Jabatan Pediatrik di Federal University of Sao Paulo, Prof. Dr. Mauro Fisberg berkata, kajian Abbott Nutrition mendapati kanak-kanak di Asia Tenggara menghadapi masalah susut berat badan, kerap jatuh sakit dan kurang bertenaga kerana terlalu memilih makanan.

Jelas beliau, pemakanan yang cerewet kini semakin merebak di kalangan kanak-kanak yang baru belajar bertatih berusia antara 1 hingga 3 tahun dan prasekolah.
Antara kesan negatif akibat pemakanan cerewet adalah komplikasi pertumbuhan, jangkitan penyakit kronik, meningkatkan risiko masalah pemakanan apabila dewasa kelak, masalah sosial dan emosi, tidak suka disentuh, kelesuan serta tidak berminat untuk bermain dan belajar.

“Masalah pemakanan kanak-kanak boleh timbul seawal usia setahun apabila tiba-tiba wujud selera yang ganjil atau suka mengambil masa yang lama untuk makan terutama sewaktu makan tengahari dan malam. “Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk mengetahui sama ada anak mengalami masalah ini dan mengapa kerana ia boleh mencetuskan masalah kesihatan seperti anoreksia,’’ katanya yang merupakan pakar perubatan dan pemakanan kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa panduan kepada ibu bapa untuk memupuk tabiat pemakanan sihat di kalangan anak-anak:


  • Elakkan gangguan seperti menonton televisyen ketika waktu makan.
  • Jangan paksa anak agar makan kerana dia boleh menjadi tertekan jika anda melihatnya makan dan bersedia untuk mengkritik dirinya kerana membuat sepah atau tidak duduk diam.
  • Cuba mengehadkan pengambilan makanan ringan dan mengimbangkan saiz hidangan mengikut keperluan nutrien.
  • Mengurangkan tempoh waktu makan.
  • Menyediakan makanan yang sesuai dengan umur anak.
  • Perkenalkan makanan baru kepada anak secara berperingkat dan kerap.
  • Galakkan anak-anak makan sendiri. Jangan suap anak yang sudah cukup besar untuk menggunakan sudu dan garpu.
  • Biarkan anak-anak membuat sepah ketika makan agar mereka boleh belajar berdikari.


Sementara itu, Pengarah Perubatan Antarabangsa Abbott Nutrition, Dr. Pedro A. Alarcon, turut menyarankan pemberian makanan tambahan bagi mengatasi masalah cerewet makan lebih-lebih lagi sekiranya kadar tumbesaran anak-anak di bawah paras optimum.


Mealshakes Shaklee


Shaklee menawarkan Mealshakes untuk mengatasi masalah anak yang cerewet makan. Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan,sayur-sayuran,kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.


Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi sehingga dewasa. Ia mengandungi immunoglobulin,lactoferin,bacteriolysin dan sebagainya. Mealshake juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu.


Kebaikan Mealshakes Shaklee:

  1. Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu
  2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protein (tiada laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah,imun
  3. Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  4. Anti-oksida - mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti-oksida
  5. Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap,zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel darah merah
  6. Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut
  7. Kelazatan rasanya - minuman yang lazat , penggantian segera terhadap kekurangan vitamin,mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan
Berikut merupakan testimoni daripada pengguna yang menggunakan Mealshakes:











Sumber: Utusan Malaysia 


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg

Keperluan penyusuan susu ibu mengikut usia bayi

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang keperluan penyusuan susu ibu mengikut usia bayi. Ramai para ibu terutamanya yang baru melahirkan anak pertama khuatir dengan kuantiti susu yang mereka hasilkan. Jangan khuatir apabila susu yang keluar tidak seberapa jumlahnya. Biar beberapa pun yang mampu anda hasilkan, itulah kuantiti tepat yang diperlukan oleh bayi. Seiring pertambahan usianya, jumlah susu ibu akan bertambah mengikut keperluannya. 




1 hari

Bayi hanya memerlukan 5-7 ml susu atau setengah hingga sesudu makan bagi setiap sesi penyusuan. Pada usia ini, saiz perutnya hanya sebesar biji kacang keras.

3 hari

Bayi memerlukan kira-kira 22-27 ml bagi setiap sesi penyusuan. Bagi keperluan sehari pula, dia memerlukan antara 200 ml hingga hampir segelas air. Saiz perut bayi pada ketika ini adalah sebesar buah ceri atau anggur.

1 minggu

Bayi dianggarkan memerlukan susu di antara 45-60 ml setiap sesi penyusuan. Dalam tempoh sehari, bayi mampu menghabiskan 400-600 ml ataupun satu 1 1/2 gelas air. Memandangkan growth spurt bayi semakin  meningkat, jadi akan berlaku beberapa perubahan pada corak tidur dan penyusuannya. Hal ini terjadi hasil daripada perkembangan otak dan fizikalnya.

1 bulan

Bayi memerlukan kira-kira 80-150 ml susu setiap kali sesi penyusuan. Bayi akan menyusu 8-12 kali sehari atau setiap 2-3 jam sekal mengikut permintaannya. Bayi juga sudah mula mahir menyusu malah anda sendiri terutamanya yang baru bergelar ibu tidak lagi kekok untuk menyusukan si manja dengan selesa. Ini merupakan masa yang sesuai untuk memulakan latihan memerah,memberi susu ibu perahan dan menyimpan stok bagi kegunaan bayi ketika anda berpisah sementara dengannya nanti. Jangan jadi macam saya yang gelabah ayam kumpul stok waktu seminggu sebelum kerja. Lepas tu tension sebab stok tak cukup. Hihihihihi. 

6 bulan

Bayi anda suda boleh diperkenalkan dengan makanan pejal namun penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan bagi mengimbangi keperluan zat pemakanannya. Makanan pejal yang diberikan bukanlah makanan utamanya di usia ini, jad susu ibu masih perlu diberikan seperti kelazimannya. Bayi memerlukan sekitar 720 ml susu dalam tempoh sehari. Anda boleh mencampurkan susu ibu ke dalam makanan pejal supaya rasa makanan pejal yang diberikan lebih kurang sama dengan susu ibu. Fiyya tidak suka jika saya mencampur susu ke dalam makanan dia. Fiyya lebih suka makan solid food dengan air masak. :) Di usia 7 bulan pula, kira- kira 875 ml susu diperlukan iaitu kira-kira 93% jumlah keseluruhan keperluan zat pemakanan si manja.

12 bulan

Usia 11 bulan ke atas, keperluan susu mula berkurangan kepada sekitar kira-kira 550 ml  (yeay!!) sehari. Oleh yang demikian, anda perlu pastikan rutin pemakanan sehariannya adalah pelbagai agar semua keperluan zat makanan yang patut diterimanya adalah seimbang. 

Jadi, para ibu tidak perlu bimbang susu tidak cukup dan sebagainya. Yakin dengan diri sendiri dan sentiasa berfikiran POSITIF. Jika anda mahu susu perahan anda lebiH meriah dan pekat, anda boleh klik SET MENYUSU / BREASTFEEDING SHAKLEE untuk mengetahui lebih lanjut. 


Sumber: Pa&Ma Oct 2012




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Dayang Ruqayyah bt Abang Jamari
 sms/whatsApp: 017-5478807
 Emel : vada_beckham23@yahoo.com.sg